Thursday 31 October 2013

Mintak diri sat naa~

assalamualaikum

tak dapat hapdet dulu. kena utamakan kerja hakiki ni. heheheheh~

rutin tiapkali hujung bulan tiba. mengira pendapatan. jom jadi mata duitan sat! ;)


Terima Kasih

Wednesday 30 October 2013

alhamdulillah,,5 tahun bersama

assalamualaikum..

entry ni sepatutnya dipublish 24.10 yg lepas. tp sebab masa tak penah menyempat, terperam sampailah harini. ;p

24.10.2013
3ptg

genaplah tahun ke 5 pernikahan aku. sedar tak sedar dah separuh dekad. Patutla anak2 pon makin besar,masa cepat sangat berlalu. kalau dulu segan2 je nak menjawab bila orang tanya umur berapa, sekarang dah dengan konfiden aku jawab.

Saya 25tahun. anak dua orang. ;)

perlu ke rasa malu nak mengaku hakikat??
tak!!!!
aku tak pernah malu apetah lagi menyesal dengan semua yang aku ada sekarang. cuma pemikiran orang2 melayu ni yang buat aku kadang2 malas nak melayan.

ade masalah ke dengan perkahwinan usia muda?

naik jelak dilabel miang nak kawen cepat. tak sabor2 nak berlaki. what the???

kalau ikotkan memang kecik hati. kena pulak kelua dari mulut orang yang kekononnya kawan. for me, kawan takkan sesekali menjatuhkan airmuka kawan dia tak memasal. #_#

jeles ke hape diorang ni? kawen awal tu maknanya saham kami ni tinggi. org laju masuk line. pffft!

takla. pada aku tu kan jodoh. macam mana kita tak tau rezeki kita, macam tu jugak kita taktau pasal jodoh ni. Dah aku jumpa somebody yang sesuai dijadikan suami, mampu dan bersedia menempuh cabaran hidup berumahtangga sama2, apa salahnya kan??

mohon betulkan aku kalau tersalah ye. ;)

jodoh atau pernikahan yang awal tu kan bagus. selalu kita dengar kan, nikah tu untuk elakkan perkara2 maksiat. ke korang suka anak2 muda yang berpeleseran tak tentu hala, berjanji sumpah setia kat penjuru pasaraya atau yang berkasih siang sampai malam lepas tu tup2 cukup 9 bulan terberanak anak yang tak sah taraf???

mintak jaoh!
dulu aku pernah rasa rendah diri. bila perkahwinan usia muda dijadikan isu. suara2 sumbang sana sini. seolah2 aku buat salah pulak.

tapi syukur alhamdulillah...
aku dapat buktikan sedikit sebanyak tanggapan tu salah. kalau aku miang sangat konpem anak aku dah berderet macam mancis ye x? hahahahahha!

kami suami isteri mulakan semuanya sendiri. dari tak punya apa2 kami cipta kehidupan berkeluarga. satu persatu kami sediakan. dan ternyata kami bahagia dan cukup makan. anak2 kami pon tak terabai. Yang terbaik semuanya untuk mereka.

tahun ni anniversary kami jatuh hari kamis. plan awal nk pegi dinner x jadi sebab lepas je maghrib budak berdua ni terlentang tido. maka berlalulah anniversary tu..

esok pagi siap2 nak pegi opis. start je enjin kereta tetiba 'eh.....ada hadiah la!'

siang balut cantik2 lagi. ohh man, ade surprise dipagi hari. bahagianya.......

farish asik tanya kenapa ibu dapat hadiah. jeles ke??? Aku jawab r semalam hari ibu kawen dengan babah. ♥

sampai opis mesej encik suami. dan.macam dijangka dia buat2 selamba. huh, dia memang begitu. kalau dah buat something bajet romantic gini la rupanya. malu sangat nak ngaku. ;p

die just text aku semata nak tanya ok x?
tengahri tu aku pon whatsapp la pic tu kat dia. dengan caption, be kan memang comel.hehehe~

dapat sudah rayban idaman. tengs suamiku. saya takde hadiah. cuma saya hadiahkan diri saya je kat awak. hahahahahahah!!!

saya janji setelah 5tahun kita bersama ni, saya cuba untuk jadi lebih baik. walaupon hakikatnya saya tak sesempurna mana. tak sebaik mana. tapi saya sayang awak! ;)


Terima Kasih

Tuesday 29 October 2013

Semalam di hotel prime city kluang

assalamualaikum..

hari sabtu lepas hubby kena attend kursus utk semua staff bank rakyat. seharian jugak la kursus nye tu. ikut plan asal semua selesai dalam pukul 10malam. masa tau tu dah pening jugak pikir halatuju aku anak beranak seharian tanpa dia. =_=

dek kerana tak mampu nak plan kemana2,aku settle kan kerja rumah je sampai setengah hari. Mendobi. menjemur. melipat. masak lambat sikit sbb aku nak kena pegi rumah mak ambik daging korban. kekonon nak buat blackpepper arini.

lepas sidai kain aku baring ngadap tv jap. ajak fareeq sekali. mata dah serebeh menahan ngantok, kalau aku tak kepit dia memang alamatnya tak tidola.

siap kemas tengahari tu. langit pon kemain mendung,tunggu masa nak hujan je. kena cepat pegi rumah mak ni. Nasib baik fareeq pon dh bangun. sengih je dia bila aku suruh pakai kasut, tau noo nak berjalan. ;p

sampai je rumah mak, hujan pon turun selebat-lebat tidak. selamat la aku anak beranak.

bestnye kat rumah mak ni,dapatlah aku isi perut sikit. pagi td aku breakfast roti ngan milo je kot. jadi bila dapat kari daging mak, memang cun sangat. ;)

nak balik pon x boleh. hujan siap berdentam dentum kat lua tu. stay dekat 2jam jugak. sampaila dekat2 5petang aku pon ready nak balik. nk masak la katekan. hahahhha!

bila semangat nk masak datang,berkobar la. cer angin malas datang? tengok bontot kuali pon taknak. ;p

sebelum balik,hubby whatsapp. kursus die ni abes awal. mungkin lps maghrib dah abes. Bank ada sediakan hotel untuk staf sebab plan asal kan kursus ni sampai lewat malam.

nak tido hotel tak??

waaaaa!!!!! soalan apekah ini? laju2 cakap nak walaupon hakikatnya hotel tu kat bandar kluang je. sesekali ditaja best jugakkan. hotel paling kelass kat kluang ni. tarap 3bintang je kot. ;p

hilang terus semangat memasak tadi. Farish yang tadi xnak ikut balik pon alih2 nk ikot aku. sebab? nk tido hotel. ade pool. motip sangat ko nak!

balik rumah siapkan budak2. mandi semua la. bawak baju sorang sehelai je. Yang penting susu anak,ada.

sebelum pegi hotel,aku bawak bebudak makan dulu kat mcD. Sejuk2 ni cepat lapa. orderkan bubur ayam untuk fareeq, mc Chicken farish punya dengan ayam goreng untuk mak diorang ni.

settle bab makan,baru bergerak ke hotel yang ambik masa 15minit jugak la nak sampai. parking kereta pastu terus ke tingkat 11. phewww..tinggi x agak2.

banyak mulutla budak berdua beradik tu. sana sini semua nak tanya. kesian pulak rasanya,last tido hotel november taon lepas kot. masa pegi marathon holiday tu.

doakan ibu ade rezeki lebih ye,nanti kite cuti jaoh sikit ok. Sekarang ni dana banyak mengalir kat kos belajar abang. nanti settle bab sekolah, kita plan holiday.

ok balik bab tido hotel ni. malam tu puaslah berinternet. selalu kat rumah lain macam siput kan, kat sini gunalah puas2. download semua kartun untuk anak-anak. Tab tu dua2 aku dah clearkan. game yang macam x best aku dah uninstall. biar banyak space kosong utk masuk video diorang.

kalau kat rumah aku dah membebel suruh tido, malam tu aku bg chance. mainlah selagi korang nak main. tu yang sedar2 diorang tertido sendiri. tengok jam dah 12tengahmalam. padanla pon tertido..

lena sangat tido kitorang. aircond memang sejuk. sampai bisa tulang aku dibuatnya. Kalau orang selalu komplen aircond x sejuk,aku pulak nak.komplen sejuk. aku dah minima kan pon same je sejuknya. dah aku bergulung dalam selimut macam tenggiling. T__T

farish yang paling awal bangun pagi tu.mungkin dah terbiasa bangun nak pegi sekolah. fareeq tak bergerak lagi. tertiarap baik je aku tengok. feeling2 holiday kat oversea ke? hahahahah!!

mandi2 terus turun breakfast. muka aku pon suci bersih je. Tak kuasa mekap.

tapi tu la satu masalah aku. bila time aku sehabis poyo macam ni la aku terjumpa orang2 dikenali. stress tau.

nasib baik meja jaoh dari orang. aku tunduk je makan. orang tegur aku hai2 jek. maapla aku bukan sombong,cuma aku tak konpiden bila serabai2 cenggini.

menu hotel ni, biase2 je. ade lontong kering,mihun goreng,bubur. bebudak aku kasi cereal je. Bolehla sebab  free. tak penah aku breakfast sini. selalu kalau attend event pon same ade lunch o dinner.

lepas siap terus naik atas. singgah swimming pool dulu. usyar line. farish dah tersipu2 masa tu. memang takkan punyala dia nak mandi campur budak2 lain. Las2 die cakao nak mandi pool yang dalam bilik je. ;p

bilik dah jadi tongkang pecah dikerjakan budak2 ni. Siap main sorok2 celah katil. terjerit terlolong macam tarzan. lantakla, arini mak nak cuti membebel. hahahah!

sebelom check out harus posing sakan. mintak.farish snap kan pic. abes semua goyang. orang belum ready dah snap. geram jek. selalu elok je dia amek. ni jadi blur sebab die sebenarnya taknak snap tapi kena paksa. ;p

nak gamba dgn hubby pon xdapat. susah tau dikelilingi orang x sporting ni. stress mak.

biarlah mak snap sendiri. asal bahagia. yang pasti makcik tukang kemas ni mesti makan hati tengok bilik macam kapal karam. ni stay semalaman,bayangkan rumah yang stay hari2 tu? ;p

tengahri tu balik ke pangkal jalan. semangat nak masak blackpepper yang terbengkalai semalam. Sesekali kalau holiday belakang rumah macam ni best jugak. nampak kan muka bahagia aku tu? hahahahahahhahaah!!











Terima Kasih

Monday 28 October 2013

Tudung versi geli2

assalamualaikum!

ini bab fesyen. kalaupon mak encik xla haptudet sangat dgn fesyen2 ni,tapi selagi mampu up akan kuusahakan. ;)

sana sini orang kemaruk dengan tudung2 glitter ni. maka aku juga gigihlah mengintai market. Majoriti jual harga 40-50 sehelai. semput mak encik!

satu hari tu,tak ingat hari apa tp konfiden hari minggu masa tu. melilau la kat kluang mall. singgah satu kedai tudung femes kat kluang ni. (femes bukan sebab mahal ye, tp sebab banyak sgt cawangan die kat sini)

glitter wide shawl. rm 20.

tanpa toleh kiri kanan,terus kupilih dengan rakus. kainnya agak keras. sama macam yang aku tengok dlm tv tu. mungkin lps basuh ok. ececehh..
poyo sangat diriku!

merah lawa. hijau gojes. biru mengancam abes.

.pening.

lepas kukirai satu persatu, nekad ambik kaler gold. masa tu dah terbayang zara dalam cite  love u mr arrogant tu. kne make sure nanti aku se cun die. hahahahah!

lepas bayar terus balik. rendam dalam baldi dengan harapn kekerasannya hilang. esok nak melaram nih~

esoknya aku siap2 nak pegi jemputan kawen kira. schoolmate kat STK dulu. we olz xlah rapat sangat tapi bila orang dh jemput ape salahnya kita datang. lagipon aku memang free harini. jadi marilah makan free!

plus rumah die kampung sebelah ni je. mak ayah pon dapat jemputan jugak. Cu x dijemput tapi aku paksa je buat teman. hahahaha!

tudung baru ni tetap keras n kembang2. ade karipap2 pulak depan muncung die. stress mak!

walaupon tudung berkaripap,muka tetap bajet hot. gila kau, diriku sorang je yang pakai shawl geli2 ni. ;p

memang bangga diri. phuii!

sampai2 je makan dulu. kepala tegak je konon xnak shawl tergalih.  maklumlah jap lagi nak jumpa ramai member2 lama kononnya. Hakikatnya benci tak dapat menikmati makanan dengan sepuas hati.

betullah kata orang,,kalau dah taraf mak-mak tiada gunalah nak melaram bagai. kusangka anak dah makin besar dapatlah emak nak glamer2,nahhhh..sekejap je tudung glitter mak kena tarik dengan abie.

konpemla mengerekot abes. mcm nk nangis mak tau. hoiii la anak,x boleh ke bagi chance kat ibu kejap?

walaupon tudung dah macam ape, tetap jugak.nak masuk jumpa pengantin. itu memang wajibla.kan. nanti penat2 aku datang pengantin.x.nampak aku. aik,,perlu ke pengantin nampak aku? ;p

pose dengan pengantin. kelass kemain tinggi puan pengantin sampai aku kena jinjit2 kan kakiku yang ala kadar ni. hahahahah!  oh mengapakah diriku x kelihatan langsing? xmau pakai baju ni lagilah. buat aku nampak bambam.

lepas aku upload pic ni kat IG, kemain ramai.ckp aku chubby. macam cool je aku reply kan. padahal makan dalam wooo~

wish u happy marriage dear. semoga berbahagia till jannah gitu. dikurniakan anak yang comel dan beribu-ribu lemon.dan yang paling penting, kau sangat gojes haritu. ;)

cinta dari zaman sekolah yang berakhir dengan perkahwinan. Syabas!

balik dari rumah kira,pantas berdesup ke batu pahat. Mari kite belai diri. katakan selamat tinggal kepada rambut yang macam berus sabut~


Terima Kasih

Kehendak manusia vs kehendak Allah

Assalamualaikum..

lama sgt blog ni aku tinggal sepi. bukan tiada cerita nak dikongsi,cuma masa semakin tiada untuk diri sendiri. kerja baru penuh dgn komitmen. dekat rumah pon x sempat nk cerita pjg lebar,dah terperok dlm draft. kesian sgt..

nantilah,ade kelapangan aku cerita balik. tu pon kalau xde yang muak nk baca hal2 yg dh lama lepas. ;p

tp story yg nak aku share sekarang ni,betul2 fresh. kurang 12jam yang lepas dan semuanya masih terbayang kat mata ni.

harini pagi2 aku dah terima khabar gembira. opismate aku si liza dh selamat bersalin. Alhamdulillah. Dia dah selamat bergelar ibu beranak 2. Ada komplikasi masa proses kelahiran tu yang memaksa dia utk dirujuk ke HSI Johor Bahru. mudah2an sekarang ni ibu dan baby ok.

dalam pukul 9pagi pulak, aku dapat tau anak opismate aku yang selamat bersalin 5hari lepas dah kembali ke penciptanya. Innalillah. Tersentak aku dengan perkhabaran tu. baru tadi kitorang bercerita pasal staf2 yang semuanya dah selamat bersalin. tetiba berita sedih macam ni pulak yang diterima.

aku tak fikir panjang. aku setuju nk ikut menziarah. masa tu macam2 aku fikir. aku simpati sangat pada kak siti. aku masih ingat betapa dia bersemangat sangat nak susukan baby dia nanti,awal2 dah order set berpantang Shaklee dengan aku.

dengan perkahwinan yg agak lewat,kak siti dikurniakan rezeki dr perkahwinan itu agak awal jugak. aku yakin dia mesti teruja menanti kelahiran anak pertama dia. aku yakin sangat sebab aku pernah lalui waktu2 macam tu.

Masa aku sampai hospital, aku terus tuju kat dia. aku peluk die sambil ucapkan kata2 semangat. Aku terkilan sebab belumpun sempat aku ucap tahniah di atas kelahiran puterinya itu,harini aku ucapkan takziah pula padanya. dalam pelukan aku dia menangis teresak2. aku tau dia sangat2 terdera emosinya. Aku tau dia tak sekuat mana. dan aku pasti aku juga tak mampu untuk tampil kuat andai aku ditempat dia.

masa tu sempatlah aku bertanya sikit2. Kisahnya jantung baby die tu dah lemah masa die ke hospital 5hari lepas. kak siti dah overdue lebih kurang seminggu. Disebabkan kondisi baby x stabil, kak siti perlu melahirkan secara c zer.

rupa2nya baby memang tak stabil masa dilahirkan. baby tak menangis. baby disyaki dah tertelan najis. cuma pihak hospital x maklumkan hal sebenar pada kak siti. sampailah malam tadi dia diberitahu yang baby kritikal. sepanjang tempoh 5hari tu baby langsung x sedarkan diri. dia hanya diberikan ubat2an melalui tiub yang disalurkan. setitik susu ibu pon tak sempat dijamah anak kecil itu sebab dia memang diarahkan berpuasa.

Dan akhirnya,baby yang dikandung 9bulan itu menghembuskan nafas terakhir dipangkuan ibunya. Ya Allah mengalir airmata aku. lebih2 lagi bila jenazah bayi tu melintas di depan mataku. sebak melihat kak siti. ye aku faham perasaannya. aku tahu die terpukul dengan semua ini. aku tahu ade seribu rasa dalam hati dia.

Usai urusan di hospital,jenazah dibawa ke surau. segala hal pengurusan jenazah dijalankan oleh pihak kem. semuanya terasa pantas. dimandikan,dikafankan dan disolatkan. selama masa itu jugakla kak siti melihat segala2nya. Mungkin dia pun terasa semua ni macam mimpi. Dan saat kemuncaknya bila ibubapa dibenarkan menatap wajah terakhir anak kecil tu..

di depan sekujur tubuh kecil itu,si ibu berlutut. mengumpul kekuatan yang sebenarnya dah tiada. mencium lembut pipi wajah bersih tu seolah2 masih belum puas menatapnya. lama dia begitu. aku tahu rindunya belum terubat tetapi kini dia perlu melepaskannya.

kasih akan kekal sampai bila2. rindu akan hilang suatu masa nanti. satu persatu nasihat dibisikkan kepada kak siti.

dia perlu redha. merelakan si anak menemui penciptanya. Dia diberi kesempatan merasa nikmat mengandung dan melahirkan,tetapi tidak membesarkannya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tidak akan menduga seseorang diluar kemampuannya. kak siti insan terpilih. setidak2nya dia punya pari2 kecil yang bakal menantinya di akhirat kelak. Itu janji Allah kepada umatnya yang redha.

aku pandang wajah kak siti lagi. dia kuat. walau airmatanya tak henti2 mengalir, dia masih mampu bertahan sehingga selesai pengkebumian. kasih sayangnya membuatkan dia kuat. Dia perlu kuat untuk meneruskan kehidupannya kelak.

Beberapa kali juga aku menangis. terlalu syahdu. aku tak pernah lalui situasi macam ni. Sepanjang masa aku sedekahkan Alfatihah kepada arwah. sambil2 tu aku bermuhasabah sendiri.

anak2 anugerah Allah. anak2 amanah Allah. anak2 juga pinjaman Allah. Dia memberi bila dia berkehendak dan Dia juga menjemput kembali pada bila2 masa yang dikendakiNya.

Subhanallah. Airmata mengalir lagi. Terasa betapa besarnya kurniaan Allah buatku. Wajah anak2 silih berganti. Sungguh Dia maha mengasihani, menurunkan rezeki kepada hamba2nya walaupun terkadang manusia ini sendiri acapkali melakukan kekhilafan........


Terima Kasih

Ini baru anak dua.............

Assalamualaikum

Kembali lagi. Tetiba rasa nak share semuanya kat sini. Cuti dua hari tapi macam2 keje dah dibuat. Macam2 kisah ade.

Aku. Malam ni jam 12tgahmalam masih terkais-kais menyiapkan semua kerja yang masih belum sempurna.

Anak-anak dah tido. Bolehlah aku mulakan misi. Selagi tak tido tak dapatlah aku nak mengemas. Dan kerana nak tunggu diorang tido, maka terpaksalah aku bertahan sampai jam ini. Tak lama lepas tu aku tengok,si suami pon dah masuk tido.

Teruslah aku mulakan apa yang sepatutnya dah selesai....

Sepanjang mengemas tu, aku pon melayan rasa sendiri. Ini pertama kali aku kena berjaga malam semata-mata nak kemas rumah. Sebelum ni aku cuma dengar kakak2 kat opis tu bercerita.
    -bangun jam 4pagi sebab nak kemas rumah-

Masa tu aku fikir diorang tak pandai ejas masa. Diorang gagal urus masa diorang. Diorang tak boleh urus rumahtangga dengan baik.

Tapi sekarang;
Aku lalui sendiri. Kena tunggu anak2 tido baru boleh buat keje. Ataupun kena tunggu diorang kat rumah mak. Masa tu aku bebas nak kemas ape saje.

Mata mengantuk tapi aku buat2 tak paham. Letih. Siang dah memang tak menang tangan. Tak sempatnya nak bersandar layan tv. Ade menda nak dibuat. Ade je permintaan yang nak kena penuhi.

Ini cerita aku. Perempuan yang ada 2orang anak. ye mungkin ade yang cakap 'ala..baru 2'

Aku memang x terbayang kalau ade lebih dari tu. Huhuhuhu~

Mungkin aku gagal urus masa. Mungkin aku tak reti urus rumahtangga. Tapi hakikatnya aku dah cuba sebaik mungkin.

Sesi mengemas rumah aku cuma pada hujung minggu.hari2 bekerja lagilah aku tak mampu.

Bangun pagi siapkan diri sendiri. Lepas tu kejut farish jam 730pagi. Bayangkan ade setengah jam lagi masa nak masuk opis.

Terus mandikan farish. Belum masuk bab menangis bila bangun pagi. Bab nak mandi tapi nak duduk atas lantai. Taknak gosok gigi. Nak pakai baju sekolah sambil baring je. Nak dokong masuk kereta. Macam2 oiiii! =__=

Kadang2 stress. Sangat stress. Fareeq mudah sikit. Tak nangis2. Hurmm...dulu farish pon takde nangis2. Baru2 ni jek. Apesal ntah. Kalau sempat aku mandikan la fareeq tu. Kalau tak, mandilah dia kat rumah mak nanti. Tapi yang mesti aku sediakan pagi2 tu adalah susu. Si kecik ni asal celik mata je nak susu. ;)

Pecut ke rumah mak. Turunkan fareeq terus patah balik ke opis. Farish selalunya aku tapaukan kuih je untuk alas perut. Takpon roti gardenia je. Nanti kat school ade makan lagi.

Masuk opis. Jam 1130pagi keluar jemput farish. Hantar rumah mak, then patah balik ke opis. Agak jaoh sebab rumah mak tu melintas kawasan rumah aku.

Cuma kadang2 mak atau ayah keluar jemput farish. Ni je la yang buat aku rasa ringan sikit. Mak ayah dekat kan.. ;)

Sambung keje. Petang balik terus amek budak2. Jarang kot aku jemput diorang then terus balik rumah. Yang mengasuh ni mak aku. Takkan la aku nak buat poyo je terus balik. Duduk jugaklah jamah segelas dua air.

Sampai rumah sendiri dah nak maghrib. Mandi2 segala barulah mencari menu untuk isi perut. Lepas makan siapkan farish punya kerja sekolah. Anak aku yang sorang ni kalau tak kena gaya maghrib dah tido. Sebab dia tak tido siang. So kalau doa dah tido awal tu trpaksalah buat homework kat opis aku esok.

Nak suruh tido pon satu hal. Kena ade ibu baru nak tido. Nak berpeluk jugak dengan ibu ni. Salam ibu,kiss ibu. Ok pejam mata sekarang. #_#

Dan selalunya.......
Ibu tertidur dulu dari budak2 ni. Maap la ye. ;p

Sudah siap mengemas. Jam pon dah 1lebih. Sangat marveles kalau tiap wiken macamni. Esok dah kena bangun awal pagi. Dulu aku ingat bila anak dah besar sikit ni kuranglah letihnya. Tapi rupa2nya sama jek. Ade je akal diorang ni.

          So, baby & toddler is just a same.
Dua2 meletihkan. Tapi selagi ada hayat,ibu bertahan je. Memang lumrah hidup macam ni kan.

Aku masih rasa alangkah bertuahnya kalau aku boleh spend a whole day dengan anak2. Biar penat tapi aku nampak sendiri tumbesaran diorang. Hmm..mungkin Dia lebih tau hikmah dibalik semua ini. Sebab tu aku cukup hargai tiap saat yang aku ade bersama2 diorang walaupon cuma pakaikan bedak atau tukang bersihkan diorang yak~ 
♥♥♥


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati