Tuesday 29 October 2013

Semalam di hotel prime city kluang

assalamualaikum..

hari sabtu lepas hubby kena attend kursus utk semua staff bank rakyat. seharian jugak la kursus nye tu. ikut plan asal semua selesai dalam pukul 10malam. masa tau tu dah pening jugak pikir halatuju aku anak beranak seharian tanpa dia. =_=

dek kerana tak mampu nak plan kemana2,aku settle kan kerja rumah je sampai setengah hari. Mendobi. menjemur. melipat. masak lambat sikit sbb aku nak kena pegi rumah mak ambik daging korban. kekonon nak buat blackpepper arini.

lepas sidai kain aku baring ngadap tv jap. ajak fareeq sekali. mata dah serebeh menahan ngantok, kalau aku tak kepit dia memang alamatnya tak tidola.

siap kemas tengahari tu. langit pon kemain mendung,tunggu masa nak hujan je. kena cepat pegi rumah mak ni. Nasib baik fareeq pon dh bangun. sengih je dia bila aku suruh pakai kasut, tau noo nak berjalan. ;p

sampai je rumah mak, hujan pon turun selebat-lebat tidak. selamat la aku anak beranak.

bestnye kat rumah mak ni,dapatlah aku isi perut sikit. pagi td aku breakfast roti ngan milo je kot. jadi bila dapat kari daging mak, memang cun sangat. ;)

nak balik pon x boleh. hujan siap berdentam dentum kat lua tu. stay dekat 2jam jugak. sampaila dekat2 5petang aku pon ready nak balik. nk masak la katekan. hahahhha!

bila semangat nk masak datang,berkobar la. cer angin malas datang? tengok bontot kuali pon taknak. ;p

sebelum balik,hubby whatsapp. kursus die ni abes awal. mungkin lps maghrib dah abes. Bank ada sediakan hotel untuk staf sebab plan asal kan kursus ni sampai lewat malam.

nak tido hotel tak??

waaaaa!!!!! soalan apekah ini? laju2 cakap nak walaupon hakikatnya hotel tu kat bandar kluang je. sesekali ditaja best jugakkan. hotel paling kelass kat kluang ni. tarap 3bintang je kot. ;p

hilang terus semangat memasak tadi. Farish yang tadi xnak ikut balik pon alih2 nk ikot aku. sebab? nk tido hotel. ade pool. motip sangat ko nak!

balik rumah siapkan budak2. mandi semua la. bawak baju sorang sehelai je. Yang penting susu anak,ada.

sebelum pegi hotel,aku bawak bebudak makan dulu kat mcD. Sejuk2 ni cepat lapa. orderkan bubur ayam untuk fareeq, mc Chicken farish punya dengan ayam goreng untuk mak diorang ni.

settle bab makan,baru bergerak ke hotel yang ambik masa 15minit jugak la nak sampai. parking kereta pastu terus ke tingkat 11. phewww..tinggi x agak2.

banyak mulutla budak berdua beradik tu. sana sini semua nak tanya. kesian pulak rasanya,last tido hotel november taon lepas kot. masa pegi marathon holiday tu.

doakan ibu ade rezeki lebih ye,nanti kite cuti jaoh sikit ok. Sekarang ni dana banyak mengalir kat kos belajar abang. nanti settle bab sekolah, kita plan holiday.

ok balik bab tido hotel ni. malam tu puaslah berinternet. selalu kat rumah lain macam siput kan, kat sini gunalah puas2. download semua kartun untuk anak-anak. Tab tu dua2 aku dah clearkan. game yang macam x best aku dah uninstall. biar banyak space kosong utk masuk video diorang.

kalau kat rumah aku dah membebel suruh tido, malam tu aku bg chance. mainlah selagi korang nak main. tu yang sedar2 diorang tertido sendiri. tengok jam dah 12tengahmalam. padanla pon tertido..

lena sangat tido kitorang. aircond memang sejuk. sampai bisa tulang aku dibuatnya. Kalau orang selalu komplen aircond x sejuk,aku pulak nak.komplen sejuk. aku dah minima kan pon same je sejuknya. dah aku bergulung dalam selimut macam tenggiling. T__T

farish yang paling awal bangun pagi tu.mungkin dah terbiasa bangun nak pegi sekolah. fareeq tak bergerak lagi. tertiarap baik je aku tengok. feeling2 holiday kat oversea ke? hahahahah!!

mandi2 terus turun breakfast. muka aku pon suci bersih je. Tak kuasa mekap.

tapi tu la satu masalah aku. bila time aku sehabis poyo macam ni la aku terjumpa orang2 dikenali. stress tau.

nasib baik meja jaoh dari orang. aku tunduk je makan. orang tegur aku hai2 jek. maapla aku bukan sombong,cuma aku tak konpiden bila serabai2 cenggini.

menu hotel ni, biase2 je. ade lontong kering,mihun goreng,bubur. bebudak aku kasi cereal je. Bolehla sebab  free. tak penah aku breakfast sini. selalu kalau attend event pon same ade lunch o dinner.

lepas siap terus naik atas. singgah swimming pool dulu. usyar line. farish dah tersipu2 masa tu. memang takkan punyala dia nak mandi campur budak2 lain. Las2 die cakao nak mandi pool yang dalam bilik je. ;p

bilik dah jadi tongkang pecah dikerjakan budak2 ni. Siap main sorok2 celah katil. terjerit terlolong macam tarzan. lantakla, arini mak nak cuti membebel. hahahah!

sebelom check out harus posing sakan. mintak.farish snap kan pic. abes semua goyang. orang belum ready dah snap. geram jek. selalu elok je dia amek. ni jadi blur sebab die sebenarnya taknak snap tapi kena paksa. ;p

nak gamba dgn hubby pon xdapat. susah tau dikelilingi orang x sporting ni. stress mak.

biarlah mak snap sendiri. asal bahagia. yang pasti makcik tukang kemas ni mesti makan hati tengok bilik macam kapal karam. ni stay semalaman,bayangkan rumah yang stay hari2 tu? ;p

tengahri tu balik ke pangkal jalan. semangat nak masak blackpepper yang terbengkalai semalam. Sesekali kalau holiday belakang rumah macam ni best jugak. nampak kan muka bahagia aku tu? hahahahahahhahaah!!











Terima Kasih

2 comments:

  1. wahhhh dua-dua baring dgn tab d tangan ;)

    ReplyDelete
  2. mak n anak2 yg sama comel..huhu..abih jgk baca entri ni >_<

    ReplyDelete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati