Monday 28 October 2013

Ini baru anak dua.............

Assalamualaikum

Kembali lagi. Tetiba rasa nak share semuanya kat sini. Cuti dua hari tapi macam2 keje dah dibuat. Macam2 kisah ade.

Aku. Malam ni jam 12tgahmalam masih terkais-kais menyiapkan semua kerja yang masih belum sempurna.

Anak-anak dah tido. Bolehlah aku mulakan misi. Selagi tak tido tak dapatlah aku nak mengemas. Dan kerana nak tunggu diorang tido, maka terpaksalah aku bertahan sampai jam ini. Tak lama lepas tu aku tengok,si suami pon dah masuk tido.

Teruslah aku mulakan apa yang sepatutnya dah selesai....

Sepanjang mengemas tu, aku pon melayan rasa sendiri. Ini pertama kali aku kena berjaga malam semata-mata nak kemas rumah. Sebelum ni aku cuma dengar kakak2 kat opis tu bercerita.
    -bangun jam 4pagi sebab nak kemas rumah-

Masa tu aku fikir diorang tak pandai ejas masa. Diorang gagal urus masa diorang. Diorang tak boleh urus rumahtangga dengan baik.

Tapi sekarang;
Aku lalui sendiri. Kena tunggu anak2 tido baru boleh buat keje. Ataupun kena tunggu diorang kat rumah mak. Masa tu aku bebas nak kemas ape saje.

Mata mengantuk tapi aku buat2 tak paham. Letih. Siang dah memang tak menang tangan. Tak sempatnya nak bersandar layan tv. Ade menda nak dibuat. Ade je permintaan yang nak kena penuhi.

Ini cerita aku. Perempuan yang ada 2orang anak. ye mungkin ade yang cakap 'ala..baru 2'

Aku memang x terbayang kalau ade lebih dari tu. Huhuhuhu~

Mungkin aku gagal urus masa. Mungkin aku tak reti urus rumahtangga. Tapi hakikatnya aku dah cuba sebaik mungkin.

Sesi mengemas rumah aku cuma pada hujung minggu.hari2 bekerja lagilah aku tak mampu.

Bangun pagi siapkan diri sendiri. Lepas tu kejut farish jam 730pagi. Bayangkan ade setengah jam lagi masa nak masuk opis.

Terus mandikan farish. Belum masuk bab menangis bila bangun pagi. Bab nak mandi tapi nak duduk atas lantai. Taknak gosok gigi. Nak pakai baju sekolah sambil baring je. Nak dokong masuk kereta. Macam2 oiiii! =__=

Kadang2 stress. Sangat stress. Fareeq mudah sikit. Tak nangis2. Hurmm...dulu farish pon takde nangis2. Baru2 ni jek. Apesal ntah. Kalau sempat aku mandikan la fareeq tu. Kalau tak, mandilah dia kat rumah mak nanti. Tapi yang mesti aku sediakan pagi2 tu adalah susu. Si kecik ni asal celik mata je nak susu. ;)

Pecut ke rumah mak. Turunkan fareeq terus patah balik ke opis. Farish selalunya aku tapaukan kuih je untuk alas perut. Takpon roti gardenia je. Nanti kat school ade makan lagi.

Masuk opis. Jam 1130pagi keluar jemput farish. Hantar rumah mak, then patah balik ke opis. Agak jaoh sebab rumah mak tu melintas kawasan rumah aku.

Cuma kadang2 mak atau ayah keluar jemput farish. Ni je la yang buat aku rasa ringan sikit. Mak ayah dekat kan.. ;)

Sambung keje. Petang balik terus amek budak2. Jarang kot aku jemput diorang then terus balik rumah. Yang mengasuh ni mak aku. Takkan la aku nak buat poyo je terus balik. Duduk jugaklah jamah segelas dua air.

Sampai rumah sendiri dah nak maghrib. Mandi2 segala barulah mencari menu untuk isi perut. Lepas makan siapkan farish punya kerja sekolah. Anak aku yang sorang ni kalau tak kena gaya maghrib dah tido. Sebab dia tak tido siang. So kalau doa dah tido awal tu trpaksalah buat homework kat opis aku esok.

Nak suruh tido pon satu hal. Kena ade ibu baru nak tido. Nak berpeluk jugak dengan ibu ni. Salam ibu,kiss ibu. Ok pejam mata sekarang. #_#

Dan selalunya.......
Ibu tertidur dulu dari budak2 ni. Maap la ye. ;p

Sudah siap mengemas. Jam pon dah 1lebih. Sangat marveles kalau tiap wiken macamni. Esok dah kena bangun awal pagi. Dulu aku ingat bila anak dah besar sikit ni kuranglah letihnya. Tapi rupa2nya sama jek. Ade je akal diorang ni.

          So, baby & toddler is just a same.
Dua2 meletihkan. Tapi selagi ada hayat,ibu bertahan je. Memang lumrah hidup macam ni kan.

Aku masih rasa alangkah bertuahnya kalau aku boleh spend a whole day dengan anak2. Biar penat tapi aku nampak sendiri tumbesaran diorang. Hmm..mungkin Dia lebih tau hikmah dibalik semua ini. Sebab tu aku cukup hargai tiap saat yang aku ade bersama2 diorang walaupon cuma pakaikan bedak atau tukang bersihkan diorang yak~ 
♥♥♥


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati