Monday 30 June 2014

2 ramadhan

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, sempurna ramadhan ke2 harini. Dah mula kerja, ok sikit sebab tak terasa sangat masanya bergerak.

;)

Farish hafiy puasa separuh hari lg arini. Nampak lg semangat compare dengan semalam. Mungkin sebab arini dah jumpa kekawan yang sma2 puasa. Lepas tu teacher pon bg moral support kt dia.

Balik sekolah tengahari tadi, tak alih2 katanya nak puasa sampai maghrib. Tapi laju aku bantah. Dia dah la x bangun sahor pagi tadi. Pegi sekolah pon x minum susu. Kosong terus perut tu, sampai la tengahari ni.

Nonono.

Cukup dulu separuh hari. Kang sakit lain pulak jadinya. Dah bagitau dia kalau nak try smpai maghrib, die kena bangun sahur. Jadilah keadaan macam malam kelmarin, berpuluhkali pesan kejut pagi esok.

Baiklah anak....

Menu berbuka semua kat bazar. :p

Niat asal takde pon nak ke bazar ni, tp bila stok bahan mentah dah licin dan mengenangkan kena pegi belanja barang dapo dulu, terus la tuju bazar je senang.

Pukul 5 baru nk cari laok, agak2 siap masak semua tu nak berbuka pukul berapa kan?

Elak pembaziran bila ke bazar.
Ye, memang aku tau sangat bila sampai bazar ni, masing2 macam sawan makanan. Semua nampak sedap, teruslah tekak teringin makan semuanya.

Sempat melawak, nak pegi bazar bawak RM5 jek. Tapi bila fikir balik, ape je yang dpt dengan RM5 tu? :p

Jenis keluarga aku ni memang takde la nak makan penoh semeja hidangannya. Tadi pon berbuka nasi ambang dengan beriani jek. Kuih muih takde, kurma jek ada. Air panas dengan ais kosong je pon. Punyalah save abes. ;p

Sebabbb berdasarkan pengalaman lepas, takde maknanya mampu terabis semua tu. Lepas berbuka, telan air ajek. Lepas tu mulalah mengah je nak telan nasik.

Takde sesi makan ulangan dalam hari aku. Yang ade sekeliling pon dh maklum dh. Kalau ada pon air panas lg, wat tambah cecair dalam badan masa musim2 panas nih.

Selesai berbuka, rehat jap. Lepas tu sambung masak untuk sahor pulak.
Malam ni farish ikot terawih. Senyap sikit rumah n dapatlah buat banyak kerja selain dari kena leraikan diorg yang suka berkelahi.

Inilah rutin sepnjang ramadhan nampaknya. Supermak kononnya.







Terima Kasih

SmartReader Kids- sports day!

Assalamualaikum,,

Untuk tahun kedua, kami sertai hari sukan smartreaderkids taman bersatu. Tahun kedua untuk farish jugak.

Kalau tahun lepas dah bawak aiskrim, tahun ni kita buat dadih pulak. Dadih coklat. Tapi tak bawak banyak,lagipon ada banyak lagi makanan yang parents lain bawak aritu.

Kalini banyak games. Puas la tengok aksi farish & the gang.

Dia dah mula faham ada kalah menang dalam permainan. Kena lari laju-laju kalau nak menang, kena cepat pass bola pada kawan and kena sorak kuat-kuat sokong kawan yang lain.

Menghiburkan sangat bila tengok keletah anak-anak kat sini. Masing-masing dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mewakili superhero tertentu.

Spiderman
Batman
Superman
Ultraman

Farish kumpulan batman. ;)

Permulaan tu persembahan nyanyian lagu kebangsaan & lagu sekolah, lepastu senaman regangan, ni part paling best la. Rasanya lebih best dari tahun lepas.

Teman setia kat sini, opkos la cik adik yati. Mama hanif, bff farish hafiy. ;)

Kalini eksaited si mama bukan main lagi sebab anak dia dah dua orang sekolah kat sini. Tapi sayangnya harini mood Hasha tak ok. Dia langsung tak involve mana2 game pon......

Sementara tunggu turn anak kitorang, sempatlah selfie sikit walaupon muka sememeh je sebab memang sempoi je kami berdua aritu. Yang penting, pipi kemain gebu. Hahahah!

Suasana kat dalam dewan tu, agak panas la. Sebab nama pun dewan tertutup kan. Memang terperap kat dalam tu. Fareeq dah berapa kali merengek, siap kena bawak berjalan keluar dari dewan sekejap nak kasik kering peluh dia.

Boleh dikatakan semua berkipas kepanasan. Lenguh tangan dibuatnya sepanjang berapa jam kat situ especially yang ada anak kecik. Mungkin tahun depan boleh ubah lokasi, kat padang misalnya.

Eh, bukan padang pon panas ke?
;p

Tak tau la parents lain, cuma pada aku ok je la kat sini. Panas setahun sekali je pon. Heheh~

Kalini tak join acara untuk parent. Kasik chance orang lain pulak, tahun depan kita join semula. Kenapa tak join? Sebab pakai wedges pulak arini. Macam tak sesuai la pulak kan. Jadi, terpaksalah si yati pon tak join sekali.

Hahah! Sape suruh ikut akak,kan dah tak dapat medal? ;p

Sampai acara penyampaian hadiah, aku memang tak berganjak kemana. Setia menengok sampai habis. Gigih snap pic anak-anak sambil melintas selamba depan kamera orang lain. Mesti muka aku banyak dalam pic diorang tu Hahahah!

Selesai bagi hadiah tu, semua dijemput makan apa yang ada. Kitorang makan setakat lepas tekak je, terus balik rumah.

Penatnya mengalahkan orang yang bersukan tu. Farish terus tertido petang tu, semua tido. Tahun depan dah ada 2anak yang sekolah. Rasa tak sabar nak tunggu acara yang akan datang~

Feeling mak-mak dah sekarang nih,
^_*
























posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Sunday 29 June 2014

Day 1- done!

Assalamualaikum,,

Wajib ade entry baru utk harini. Alasannya, teruja nak cerita pasal anak yg belaja puasa tu. ;)

Farish hafiy mampu bertahan separuh hari je arini. Tak tahan bila dia selamba je request susu lepas tengok fareeq sedut sebotol.

Try gak pujuk tadi.
Tapi bila dah meleleh je airmata tu, ibu terus bangun carik botol susu.huhuhu~

Janji esok cuba lagi. Pelan2 sampai terbiasa. Esok mngkin ok lagi sebab dah mula sekolah. Normally masa sekolah pon, dia tak makan sampailah balik sekolah nanti. Pagi biasanya dia makan roti je seketol.

Cuma,, selera budak sorang ni memang dah semulajadi besa. Petang ni dalam pukul 5 dia tanya nasik takde ke? Lapa ni. ;p


Sempat whatsapp ngan makyong kat kluang tu. Puasa ke? Subuh tadi katenya sahor air milo ngn biskot je. Kesian adikku cayang sahur sorang2. Malas masak lettew kan? Hehehhehe~

Apepon, bila dia dapat sempurnakan hari pertama dengan kandungan yg nak masok 9bulan tu, memang terbaek! Tabik springgggg.

Syabas bebeh. Konpem baby tu bergolek2 dalam perot mintak stok makanan kan. ^_^
Tapi tadi sempat gak pesan, ikot kemampuan. Kalau x larat & memudaratkan diri,sila la berbuka puasa.

Masih kat rumah mentua. Banyak la haiii menu berbukanya malam ni. Konfem sebu perut kalau layan semua. Cukuplah isi perut sesikit, kalau tak cemana nak kurus nanti. lol.

Target puasa kalini? Tu haaa,, nak sarung balik baju saiz 34 tu. Sekarang ni nak masok saiz 38 pon kemain payah,stress mikirnya. Selera makan kenapa ntah, tak kenal erti kenyang. •_•

Xdapat 34, masok 36 pon okla. Dah cukup bersyukur. Pipi ni ha,, toling selim sikit. Dah serupa pau pon ado. Kalau susut sikit, baru lah padan dengan diri yang comel je ni. *tolongjanganmuntahyek*

Cemana nak pakai kebaya kalau cutting serupa tong gas begini? ;p

The most useful tips;
.Say no to ice.
Mampukah????????






Terima Kasih

Saturday 28 June 2014

Sebelum kita puasa

#throwback

Kalau nak raya kita panggil bejalan menjelang raya,

Yang ni berjalan menjelang puasa. Tapi dah beli kasut raya. Hahahah! ;p

Sekelip mata besa dah Amanah Allah ni.
Cintakasih ibu dunia akhirat. ;)


Terima Kasih

Ramadhan kembali lagi

Assalamualaikum.

Entry subuh hari, usai bersahur. (:
Semua dah kembali lena, atau mungkin saja golek2 sementara menunggu subuh macam aku.

Permulaan ramadhan kat rumah mentua. Sedangkan sepatutnya tahun ni giliran aku dengan mak ayah bersama menyambut ramadhan. Ikut turn kan. Tapi.....

Perancangan Allah tu lebih baik. Aku redha dengan apa yg direncanakan utk aku. Ketenangan lebih besar aku rasakan, bila aku redha dengan segalanya.

Doa aku untuk keduanya, semoga walau dimana pon mereka berada, biarlah mereka terus dilindungi dan diberkati oleh Allah s.w.t.


Ok, balik kisah kita ya.
Semalam seharian kat bdr. Pusing2 ambik aura positip tengok org bershopping. Tak alih2 kereta meragam la pulak. Dah elok2 je kena beli bateri baru.

Terbang bajet raya~

Xpe, mungkin bukan rezeki kita nak berlebihan belanja kalini. Elok la kereta meragam masa ni dr masa tengah2 bulan nanti.

Kenapa ntah tiba2 terasa positip mnghadapi dugaan mnjelang ramadhan tu. Banyak baca bku motivasi kot sekarang ni.

Ya, mmg penat. Berjam tunggu bantuan sebab kedai2 mmg jauh dr kawasan tu. Kalut jugak. Dengan nak kena handle anak2 yg ligat semacam bila ada kat tmpt terbuka gitu.

Akhirnya selesai lpas maghrib. Anak2 pon kepenatan, upah la makan2 jap.

Pg ni bangun sahur. Terjaga sebelom alarm mnjerit. Mandi2 bersiap utk sahur.

Kami x memasak pon. Semua mak mentua dah siapkan. Menu simple yg dah aku sedia maklum sejak jadi menantu kat rumah ni.

;p

Sekadar alas perut. Lebih semangat suap farish yg bangun bersahur pg ni.

Dari seminggu lepas dia asyik tye pasal puasa ni. Sempat la terangkan sikit2. Yg paling senang budak sebaya dia nak faham.

Pengaroh upin ipin kuat ni, tu yg semangat nak puasa.

Puasa 30hari tu lama jugak katenya. ;)

As a mak2, aku memang x paksa farish utk puasa. Lagi2 umur dia yg baru 5tahun ni. Cuma, niat aku nak bg dia faham suasana tu dulu. Sekadar latihan baru supaya dia lebih faham tanggungjawab dia.

Solat dah pass. Alhamdulillah.
Dia pulak lagi laju nak solat bila dengar azan. Cara wuduk tu x aja pon, die perati je n las2 hafal sndiri. Bacaan gagap lg la.

Ade sumber yg aku penah perasan,
Katanya utamakan anak dengan solat dulu sebelum yg lain2 sebab bila dah solat, In shaa Allah yg lain akan jadi mudah.

Aku pon bukan la sempurna mana didikannya. Tapi, sedaya upaya aku mengharapkan yang jaoh lebih baik utk anak2 aku.

Ada 2orang anak lelaki. Harus lebih tegas asuhannya. Kan pemimpin tu. Aku pon nak topup kekurangan diri, sebab aku kan icon mereka. Wanita pertama diorang tu. ^_^

Tak saba nk tgu siang, nak tgok ragam org berpuasa nih. Dpt bertahan setengah hari pon dh baik dah tu.Cuaca bukan main bahang lg sekarang ni kan. Harap2 hujan turun la kasik reda sikit suhu kepanasan ni.

Btw, selamat menyambut ramadhan ya korang semua!

Maap kalau ada penulisan yang buat korang x senang membacanya, tp percayalah aku hargai komen2 korang semua.

Bye!
#wasalam#



Terima Kasih

Wednesday 25 June 2014

Anak2 itu ujian

Assalamualaikum.

Entah kenapa pulak kebelakangan ni, blognya asik tak sempat dipandang. Tiap kali nak menulis, ada saje halangannya. Sampaikan dah kekok nk menaip, x reti lagi nak susun ayat.

Kelapangan masa memang tak ade. Bz kesana sini, menguruskan itu ini. Rezeki takkan dtg macam tu sahaja, jadi kenalah usaha lebih sikit korban banyak masa daripada biasa.

Baru2 ni hari sukan sekolah farish. Tu pon berkepok duduk dalam draf je, bila nak habes pon entahla. Harap2 sempat siapkan sebelom daya ingatan ni merosot. ;p

Sehari lepas sukan, farish demam. Cuaca panas sangat semalam. Basah lencun baju budak2 sekolah tu. Dan mngkin kerana panas + penat yang amat tu, farish tertewas juga.

Farish ni jenis payah nak sakit. Alhamdulillah dari baby susah sangat nak demam. Mungkin dah combine semua kesusahan tu masa dlm pantang kot. ;p

Tp bila sekali dia demam, habis terus. Terasa cam ade anak kecik pon ye jugak. Muka lemau je, susu xnak. Kejenya baring tido makan. Nasib baik selera makan dia maintain je walaupon demam. Siap bertambah lagi makannya tau.

Sehari
Dua hari

Masok hari ke3 bila demam x kebah juga, memang tak senang dduk dibuatnya. Risau melarat ke sakit yg lain2 pulak. Masa tu dah plan kalau masih x ok, nak bawak hospital je. Biar check bebetol apesal demam lama sgt.

Alhamdulillah, harini dah ok. Dah boleh sekolah. Dah boleh senyom2 sambil buat balik perangai yang ibu tak suka. Huhuhu~

Dah boleh sakat adik, maknanya sihat dah la tu.

Serius lega. Mana ade mak yg x risau bila anak sakit. Kalau boleh tuka pesakit tu, laju2 apply untuk tanggung bagi pihak anak2.

Huhuhu~

Cuaca panas sangat. Sekarang ni galakkan anak2 minum air putih banyak2. Dduk dediam dalam rumah je sebab keadaan cmni lagi memudahkan anak2 jatuh sakit. Automatik bila anak sakit, mak ni pon rasa cm sakit sekali!

Legalah malam dah boleh tido lena balik. Tak terjaga tengah2 malam sebb risaukan suhu badan anak yg panas menjadik-jadik waktu malam.

Yg sorang lagi kat rumah tu po dh mula selsema. Harap2 janganlah menyambung lagi kontrak jaga malam ibu ni ye anak2. Mata ibu dah serupa panda bila duduk ke opis sesiang ni.

Org semua ngantok tgok worldcup, ibu plak tengok worldasset ibu yang berdua ni. ^_^

"Ya Allah, peliharalah anak2 ku dan mereka yang aku sayangi dari kesulitan, berikanlah kesempurnaan rezeki kesihatan kepada semua yang aku sayangi."

Terima Kasih

Thursday 5 June 2014

Separuh aku

Assalamualaikum...

Setelah berbulan hilang, kembali mencuri masa kembali ke sini.

Kekok.

Tak tahu apa nak dikatakan,
Entah dari mana nak mula.

Separuh dari tahun ini,
Tapi pelbagai kisah yg berlaku,
Seperti setiap harinya penuh benda2 baru.
Hmmmm...

Alhamdulillah,
Walau seperit mana dugaan, masih mampu menghadapinya. Saat rasa terhimpit dengan kekalutan, masih ada jalan kemudahan dari Dia.

Separuh tahun ini,
Hanya separuh aku yang masih tertinggal,
Separuhnya lagi entah tertinggal di mana dan pada siapa, aku pun tak pasti.

Separuh ini,
Mengajar aku dahsyatnya mimpi,
Kuasa mimpi yang mengubah diri,
Mengubah persepsi pada rasa hati,
Menjadikan aku seorang yng asyik dalam mimpi.

Peluang dan ruang,
Membuat diri jadi tak keruan,
Yang sini harapan,
Yang sana idaman,
Akhirnya terbiar tanpa pilihan.

Sekadar mengharapkan sesuatu yang lebih 'kuat' untuk terus bertahan.

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati