Monday 30 June 2014

SmartReader Kids- sports day!

Assalamualaikum,,

Untuk tahun kedua, kami sertai hari sukan smartreaderkids taman bersatu. Tahun kedua untuk farish jugak.

Kalau tahun lepas dah bawak aiskrim, tahun ni kita buat dadih pulak. Dadih coklat. Tapi tak bawak banyak,lagipon ada banyak lagi makanan yang parents lain bawak aritu.

Kalini banyak games. Puas la tengok aksi farish & the gang.

Dia dah mula faham ada kalah menang dalam permainan. Kena lari laju-laju kalau nak menang, kena cepat pass bola pada kawan and kena sorak kuat-kuat sokong kawan yang lain.

Menghiburkan sangat bila tengok keletah anak-anak kat sini. Masing-masing dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mewakili superhero tertentu.

Spiderman
Batman
Superman
Ultraman

Farish kumpulan batman. ;)

Permulaan tu persembahan nyanyian lagu kebangsaan & lagu sekolah, lepastu senaman regangan, ni part paling best la. Rasanya lebih best dari tahun lepas.

Teman setia kat sini, opkos la cik adik yati. Mama hanif, bff farish hafiy. ;)

Kalini eksaited si mama bukan main lagi sebab anak dia dah dua orang sekolah kat sini. Tapi sayangnya harini mood Hasha tak ok. Dia langsung tak involve mana2 game pon......

Sementara tunggu turn anak kitorang, sempatlah selfie sikit walaupon muka sememeh je sebab memang sempoi je kami berdua aritu. Yang penting, pipi kemain gebu. Hahahah!

Suasana kat dalam dewan tu, agak panas la. Sebab nama pun dewan tertutup kan. Memang terperap kat dalam tu. Fareeq dah berapa kali merengek, siap kena bawak berjalan keluar dari dewan sekejap nak kasik kering peluh dia.

Boleh dikatakan semua berkipas kepanasan. Lenguh tangan dibuatnya sepanjang berapa jam kat situ especially yang ada anak kecik. Mungkin tahun depan boleh ubah lokasi, kat padang misalnya.

Eh, bukan padang pon panas ke?
;p

Tak tau la parents lain, cuma pada aku ok je la kat sini. Panas setahun sekali je pon. Heheh~

Kalini tak join acara untuk parent. Kasik chance orang lain pulak, tahun depan kita join semula. Kenapa tak join? Sebab pakai wedges pulak arini. Macam tak sesuai la pulak kan. Jadi, terpaksalah si yati pon tak join sekali.

Hahah! Sape suruh ikut akak,kan dah tak dapat medal? ;p

Sampai acara penyampaian hadiah, aku memang tak berganjak kemana. Setia menengok sampai habis. Gigih snap pic anak-anak sambil melintas selamba depan kamera orang lain. Mesti muka aku banyak dalam pic diorang tu Hahahah!

Selesai bagi hadiah tu, semua dijemput makan apa yang ada. Kitorang makan setakat lepas tekak je, terus balik rumah.

Penatnya mengalahkan orang yang bersukan tu. Farish terus tertido petang tu, semua tido. Tahun depan dah ada 2anak yang sekolah. Rasa tak sabar nak tunggu acara yang akan datang~

Feeling mak-mak dah sekarang nih,
^_*
























posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati