Sunday 29 June 2014

Day 1- done!

Assalamualaikum,,

Wajib ade entry baru utk harini. Alasannya, teruja nak cerita pasal anak yg belaja puasa tu. ;)

Farish hafiy mampu bertahan separuh hari je arini. Tak tahan bila dia selamba je request susu lepas tengok fareeq sedut sebotol.

Try gak pujuk tadi.
Tapi bila dah meleleh je airmata tu, ibu terus bangun carik botol susu.huhuhu~

Janji esok cuba lagi. Pelan2 sampai terbiasa. Esok mngkin ok lagi sebab dah mula sekolah. Normally masa sekolah pon, dia tak makan sampailah balik sekolah nanti. Pagi biasanya dia makan roti je seketol.

Cuma,, selera budak sorang ni memang dah semulajadi besa. Petang ni dalam pukul 5 dia tanya nasik takde ke? Lapa ni. ;p


Sempat whatsapp ngan makyong kat kluang tu. Puasa ke? Subuh tadi katenya sahor air milo ngn biskot je. Kesian adikku cayang sahur sorang2. Malas masak lettew kan? Hehehhehe~

Apepon, bila dia dapat sempurnakan hari pertama dengan kandungan yg nak masok 9bulan tu, memang terbaek! Tabik springgggg.

Syabas bebeh. Konpem baby tu bergolek2 dalam perot mintak stok makanan kan. ^_^
Tapi tadi sempat gak pesan, ikot kemampuan. Kalau x larat & memudaratkan diri,sila la berbuka puasa.

Masih kat rumah mentua. Banyak la haiii menu berbukanya malam ni. Konfem sebu perut kalau layan semua. Cukuplah isi perut sesikit, kalau tak cemana nak kurus nanti. lol.

Target puasa kalini? Tu haaa,, nak sarung balik baju saiz 34 tu. Sekarang ni nak masok saiz 38 pon kemain payah,stress mikirnya. Selera makan kenapa ntah, tak kenal erti kenyang. •_•

Xdapat 34, masok 36 pon okla. Dah cukup bersyukur. Pipi ni ha,, toling selim sikit. Dah serupa pau pon ado. Kalau susut sikit, baru lah padan dengan diri yang comel je ni. *tolongjanganmuntahyek*

Cemana nak pakai kebaya kalau cutting serupa tong gas begini? ;p

The most useful tips;
.Say no to ice.
Mampukah????????






Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati