Wednesday 25 June 2014

Anak2 itu ujian

Assalamualaikum.

Entah kenapa pulak kebelakangan ni, blognya asik tak sempat dipandang. Tiap kali nak menulis, ada saje halangannya. Sampaikan dah kekok nk menaip, x reti lagi nak susun ayat.

Kelapangan masa memang tak ade. Bz kesana sini, menguruskan itu ini. Rezeki takkan dtg macam tu sahaja, jadi kenalah usaha lebih sikit korban banyak masa daripada biasa.

Baru2 ni hari sukan sekolah farish. Tu pon berkepok duduk dalam draf je, bila nak habes pon entahla. Harap2 sempat siapkan sebelom daya ingatan ni merosot. ;p

Sehari lepas sukan, farish demam. Cuaca panas sangat semalam. Basah lencun baju budak2 sekolah tu. Dan mngkin kerana panas + penat yang amat tu, farish tertewas juga.

Farish ni jenis payah nak sakit. Alhamdulillah dari baby susah sangat nak demam. Mungkin dah combine semua kesusahan tu masa dlm pantang kot. ;p

Tp bila sekali dia demam, habis terus. Terasa cam ade anak kecik pon ye jugak. Muka lemau je, susu xnak. Kejenya baring tido makan. Nasib baik selera makan dia maintain je walaupon demam. Siap bertambah lagi makannya tau.

Sehari
Dua hari

Masok hari ke3 bila demam x kebah juga, memang tak senang dduk dibuatnya. Risau melarat ke sakit yg lain2 pulak. Masa tu dah plan kalau masih x ok, nak bawak hospital je. Biar check bebetol apesal demam lama sgt.

Alhamdulillah, harini dah ok. Dah boleh sekolah. Dah boleh senyom2 sambil buat balik perangai yang ibu tak suka. Huhuhu~

Dah boleh sakat adik, maknanya sihat dah la tu.

Serius lega. Mana ade mak yg x risau bila anak sakit. Kalau boleh tuka pesakit tu, laju2 apply untuk tanggung bagi pihak anak2.

Huhuhu~

Cuaca panas sangat. Sekarang ni galakkan anak2 minum air putih banyak2. Dduk dediam dalam rumah je sebab keadaan cmni lagi memudahkan anak2 jatuh sakit. Automatik bila anak sakit, mak ni pon rasa cm sakit sekali!

Legalah malam dah boleh tido lena balik. Tak terjaga tengah2 malam sebb risaukan suhu badan anak yg panas menjadik-jadik waktu malam.

Yg sorang lagi kat rumah tu po dh mula selsema. Harap2 janganlah menyambung lagi kontrak jaga malam ibu ni ye anak2. Mata ibu dah serupa panda bila duduk ke opis sesiang ni.

Org semua ngantok tgok worldcup, ibu plak tengok worldasset ibu yang berdua ni. ^_^

"Ya Allah, peliharalah anak2 ku dan mereka yang aku sayangi dari kesulitan, berikanlah kesempurnaan rezeki kesihatan kepada semua yang aku sayangi."

Terima Kasih

1 comment:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati