Tuesday 31 December 2013

sepanjang 365 hari yang lalu

assalamualaikum

hari terakhir di tahun 2013. selasa.

dari awal pagi timeline fb penuh dengan status khas menjelang berakhirnya 2013. bukan baru hari ni macam tu, sejak minggu lepas hari2 aku perati mesti ada yang up status jumaat terakhir,sabtu terakhir, ahad terakhir..

semuanya terakhir. kemain la semua orang ni. aku pon ade stori mori pasal ahad terakhir kan. Ye. kami dijohor akan merindui Ahad selepas ini. seiring dengan tahun baru, inilah pembaharuan pertama untuk kami ;)

setelah melalui 365hari yang lepas,, tiada apa yang terkesan sangat rasanya. Tiada perubahan besar yang berlaku dan yang pasti tiada pertambahan bilangan ahli keluarga juga.

2013 tahun pertama punya anak yang bersekolah. nama saje sekolah tadika, bajetnya punyalahhhhhh besar.

kos sara hidup dah meningkat. rm 1500 untuk registration + rm3000 kos yuran bulanan selama setahun.

kalau disimpan rm300 sebulan memang perit je rasa. Tapi nak membayar yuran anak ni tak terasa pulak sesaknya tu. Mungkin tu namanya keberkatan. Duit tak terasa bila disalurkan pada anak2. ;)

Alhamdulillah. Allah berikan 'keringanan' rezeki dalam bab mendidik anak-anak ni. Mudah2an aku terus diberi kemurahan rezeki dalam usaha memberi yang terbaik buat anak2 aku.

perniagaan online?
ada pasang surutnya. adat meniaga kan. Tapi aku tetap bersyukur, masih ada transaksi dari customer setia. biar sikit mana pon, itu dah cukup baik sebab semuanya hasil titik peloh aku sendiri. ^____^

jadi ibu yang punya 2anak, cukup buat aku rasa sempurna. walaupon kadang2 aku dah tak serupa manusia, nak mngurus diri sendiri pon tak cukup masa tapi aku tetap rasa bahagia. diorang sentiasa jadi penguat semangat aku dalam segala segi. aku rela tua sebelom waktu sebab asik stress melayan kerenah yang entah apa2 asalkan ada dengan yang 2orang ni. hahahaha!

takde yang havoc2 sangat tahun ni.
cuma tahun ni tahun paling banyak aku berjalan. Paling banyak meninggalkan anak juga. huhuhuhu~

februari 2013.
seminggu kursus kat sarawak. seronok la sampai tempat orang. tengok budaya orang dan makan dengan banyak sekali. ;p

ogos 2013.
2hari yang pack di kota kinabalu. trip opis ni aku pegi dengan encik suami dan farish. Penat tapi tak puas. kena pegi lagi nanti. ;p

november 2013.
4hari bercuti ke jakarta. cuma berdua sama encik suami. lebih gamble sebab main terjah je ape yang jumpa. tak puas jugak dan kena pergi lagi. yang penting kena potostat duit banyak2. semuaaaaaaaa best. ;p

penghujung 2013 terima berita yang cukup membanggakan aku sebagai ibu. farish sebagai pelajar terbaik. sekali lagi aku diberi rezeki yang tak ternilai dengan wang ringgit.

semua moment2 indah ni, tak mampu aku beli dengan duit. walau sebanyak pon duit yang aku ada. aku lebih menghargai apa yang aku ada dari mengenang apa yang aku tak punya.

Allah memberi segala yang terbaik untuk aku. untuk anak2 aku. untuk orang2 yang aku sayang. untuk mereka semua...

mensyukuri apa yang aku ada seadanya. tapi aku tetap berusaha menambah baik apa yang aku ada sekarang untuk keselesaan hidup aku anak beranak.

2013 dah berlalu. kenangkan balik betapa banyak orang2 yang dah membahagiakan kita dengan pelbagai cara. belajar menghargai setiap minit yang kita ada sebab yang terbaik takkan datang berkali2. yang berkualiti jarang2 kita temui. positip dan sentiasa merendah diri. peace yaw! gonna miss u 2013~


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati