Wednesday 13 May 2015

Kecintaan aku pada persatuan

Assalamualaikum

Terima jemputan dari puspanita & helwa Kluang sempena hari ibu.

Bila ditanya nak join tak, laju je cakap nak!

Lately kecintaan aku pada persatuan-persatuan ni mendadak naik pulak. Pantang ada event laju aje nak offer diri. Baik peringkat daerah atau paling tak pon jabatan.

Kadang-kadang aku rasa ni semua faktor usia. Bila makin berusia ni rajin pulak aku nak berpersatuan. Bajet macam dalam drama petang kat tv3. Sikit-sikit aktiviti persatuan.

Bahahahah!

Akhirnya aku sampai jugak ke satu majlis sempena hari ibu. Dalam majlis ni ada slot motivasi sikit dari encik amin idris. Aku pon tak kenal sape die memula tu, siap tanya kawan-kawan yang kenal barulah teruja nak pegi dengar slot dia.


Orangnya smart.

Tapi bila dia bercakap, lagi terpegun. Hahaha!

Ada la selingan persembahan sikit haritu.

Tapi paling tak sangka rupanya ada part bagi hadiah pulak.

Ibu gojes ko!
Tak gila aku menggigil masa nama kena panggil naik atas stage. Depan ratusan orang. Fuhhh,,sejok tangan.



Sampai sudah tak habis pikir tang mananya baju aku ni gojes no. Takde blink-blink labuci pon. Baju kebaya je pon. Dasar mak-mak tak reti dress up. Orang lain ramai yang cantik pakai jubah cun-cun.

Tu namanya rezeki kot.
Asalnya aku dah nyaris tak dapat attend sebab insiden yang satu ni. Boleh pulak aku kelamkabut pagi tadi sampai terlupa bawak kunci rumah.

Sebelom ni memang aku tak letak kunci rumah sekali dengan kunci kereta. Berat kocek. Tak suka. Mesti letak dalam kereta je tapi nak dijadikan cerita pagi tadi budak-budak buat peel sampai aku kelam kabut terus drive menonong pegi opis.

Dah aku merenung grill rumah berkunci. Dengan baju ape nak pakai pon tak decide lagi. Iron jaoh sekali. Huhuhu~

Terpaksa patah balik pegi rumah adik, ambik kunci spare pada ayah then patah balik saujana. Peloh peloh weyh!

Mood pon dah spoil. Lastly amek je baju yang tak perlu iron, tu pasal berbaju kebaya. Ikotkan nak pakai dress jugak. Pendaftaran jam 1 tapi aku sampai 5minit sebelum jam 2. Kau ghase?

Nak pakai korset pon takdan. Bahahaha! Melimpah lemak iols. Jenoh cover masa nak duduk tu.

Baju masa anak sorang tapi aku sarung masa dua anak dah sekolah pon, bayangkanlah!

Apepon syukurlah muat jugak walaupon ada sesetengah bahgian sendat sikit.

=)



Dapat merasa diri sebelah datin pengerusi puspanita. Selalu pandang dari jaoh jek. Ni siap pimpin tangan potong kek sesama.


Anugerah ni ada 2kategori.

Aku dapat ibu gojes muda,
Akak yang sorang ni ibu gojes kategori old skul.

Padahnya sampai ke tempat parking kereta orang wish tahniah. Dah la sorang, tak muat tangan pelok hamper.

lol.


Antara yang hadir. Dalam surat jemputan takde mention tema pon tapi kebetulan mengikut tema pulak aku aritu. Pink pink baju tak bergosok. Hahah!




Kebetulan cikgu maimunah jadi emcee petang tu. Siap mention ni bekas anak murid saya masa dia umum nama aku sebagai penerima hadiah.

Besa dah anak murid cikgu ni. Dulu bergambar berdua masa hari penyampaian hadiah, nak buat persembahan tarian.

Cikgu Mai ni paling legend dalam hidup aku sebab dia jadi guru kelas aku dari darjah 1 sampai darjah 6. Dia kenal benoo mak ayah aku. Satu yang aku takkan lupa, bila dia cubit time takdapat buat soalan math. Memang terangkat laaaaaaa sakitnya.

Hahaha!
Kenangan.
Dulu masa 7tahun.
Sekarang dah 27tahun.


Merasa jugak pose dengan amin idris.
Hensem. Hahaha!


Buat kenangan.
Ratu international.
Hahahah!
Perahsan sangat la ko.

Sebenarnya apa ada pada gelaran gojes tu. Kalau digelar ibu terbaik pon aku dah cukup gembira. Aku bahagia dengan dua anak yang menyempurnakan hidup aku selama ni.

Hari-hari adalah hari ibu sebab takde satu hari pon seorang ibu tu berhenti digelar ibu. Kasih ibu sampai mati.

Luv,
Ibu gojes ini milik encik shuben & doubleF.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati