Tuesday 2 September 2014

Perbarisan hari merdeka ke 57

Assalamualaikum~~~~

Nah, sekali lagi lambat hapdet blog. Sorry sangat-sangat la. Kalini bukan masalah apa, cuma tak menyempat nak bukak blog.

Banyak sangat keje nak kena settlekan hujung bulan ni kan. Dengan kerja kat opis, dengan kerja part-time, dengan anak-anak, anak sedara, semuanyalah.

:p
Kemain hebat bagi alasan kannnnnnnn

Ok, hapdet lelaju sekarang.
Honestly, masa merdeka ritu aku plan nak excuse tahun ni. Sejak masuk kerja dulu, tiap tahun memang ada muka aku dalam acara perbarisan ni. Tak pernah dapat nak bercuti sebab aku kan pekerja yang baik sangattt.

Tahun ni aku rasa malas nak join.aku nak lepak kat rumah, tengok tv. Boleh gitu? Hahahaha!

Tapi pagi hari kemerdekaan tu, nahh aku terpacak kat tapak perbarisan tu.

Dari semalam aku fikirkan, nak datang ke tak. Kalau aku tak datang, sape je yang ada nak berbaris nanti. Dah kurang sorang. Tu kalau sorang. Kot ada yang lain tak datang jugak, kesian team aku. Oh my!

Aku taktau apasal la concern sangat aku pasal tu. Otak asyik fikir pasal orang lain jek. Dan kerana tu la aku terpacak kat situ. Aku kesian jabatan aku walaupon mungkin kalau aku tak datang, tak effect ape pon. Huhuhhhuhu~

Dah lebih sejam berdiri, barulah majlis mula. Itu standard. Menunggu segala vip tiba. Masa tu dah berpeloh kemain lagi. Maklomlah, selalu duduk tempat sejuk. Kena jemur sesekali ni, memang terbaikkkk.

Tahun ni buat pertama kali, kena berarak. Selalu statik je.
Kiri-kanan-kiri-kanan
Hamek kau, bersepai langkah memasing. Kitorang memang takde rehearsal bagai, main hentam je.

Nasib baik tak kena pakai uniform. Malu la sebab berterabur habis langkah kitorang kan. Ala-ala itik pulang petang gitu. Dengan handbag memasing. Hakhakhak!

Berdebor kemain masa berbaris tuu. Lagi nak sampai depan stage, lagi debar. Lawak bila ingat semula. Dengan memasing tercungap-cungap tak cukup nafas melangkah sejauh tu. Balik rumah terus kejang betis tetiba kena exercise macam tu.

^_^

Majlis habis awal. Tapi belum sempat majlis habis, aku dah masuk kopitiam. Makan. Lapar la jalan jauh tadi tu. Kebetulan jumpa plak bekas cikgu sekolah menengah dulu.Borak-borak sampai tengahari.

Balik rumah kepenatan. Tido terus. Sedar-sedar je dah petang. ;)

Gambar-gambar ni combine dari henpon reramai. Ade yg dah edit pulak. Tapi aku share je la ye.

Kbai.









Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati