Wednesday 17 September 2014

Alahai perempuan!

Monink!

=)

Selasai sarapan pagi ni. Alhamdulillah murah rezeki sebab ada majlis suai kenal dengan wife bos baru kitorang.

Errrkk..belom up cerita pasal bos lagi ye? Ok nanti lain entry kite cerita pasal tu pulak.
Mihmihmihmih~

Sekejap je dah khamis. Esok cuti dah. Lusa hari minggu. Sana-sini penoh jemputan kahwin, maklumlah tengah cuti sekolah kan.

Bila dah ada jemputan kahwin, benda pertama terlintas dalam kepala---nak pakai baju apa?

Pening kejap. Belek-belek baju yang ada dalam gerobok. Alaaa....semua tak best.

Kena beli baju baru la. =_='

Terus jengah instashop yang ada.
Nak cari dress la. Zaman ni macam jarang nak nampak orang pakai baju kurung lagi. Majoriti baju fesyen je kan. Fesyen yang lain dari yang lain pon ada. Yang penting nampak curlasssss. ;P

Ada KBE yang curlas, murah tapi cantek?
Lalalalalalaa~

Gigih la berapa hari ni scroll sana sini, PM orang ni Whatsapp orang sana. Bila dah banyak-banyak jadi rambang mata pulak. Nak beli yang mana satu nih?

Lastly takde keputusan. Try pulak cari kat kedai-kedai biasa area bandar. Mana tau de yang ok kan.

Sebenarnya aku suka shopping. Window shopping lagi suka. Hahaha!

Kerap jugak shopping online. Tapi selalunya barang anak-anak atau barang lain, kecuali baju aku. Senang shopping online ni sebab tak payah bersesak cari parking bagai.

Cuma online ni berisiko sikit. Kalau dapat seller yang amanah, alhamdulillah. Kalau sebaliknya, tak boleh nak kata apa la haih..

Misi mencari baju tu selesai dengan jaya. Aku dapat grab sehelai dress tu, harga Rm60 je tapi aku tawar sampai jadi Rm50. Muka budak kedai tu pon macam nak nangis dikerjakan aku. Hahahah!

Puas hati. Baju sendiri ni payah sikit nak memilihnya. Aku prefer sarung kat badan sesiap, tengok ok ke tak. Fit ke tak. Kadang ada baju yang nampak cantik masa bergantung tu, bila sarung ke badan out terus.

Maka itulah rasionalnya beli kat kedai. Cuma nasib aku baik sikit sebab dapat harga lebih kurang online, jimat pulak kos postage kat situ.

Jadi lebihan tu boleh buat beli barang lain. Contohnyaa,,,,, kasut mungkin? =P

Matilah semua nak kena beli kalau macam nih!

Tak jadik beli kasut. Bukan keperluan pon. Macam baju ni logiknya sebab aku jarang gila beli baju. Selalu beli untuk pakai hari raya je. Maklumlah kerja beruniform ni, mana bebas nak bergaya sakan.

Kasut raya aku ritu ada lagi. Pakai berapa kali je sebab hari biasa aku pakai sandal je pon.

Tudung......
Macam nak beli, tapi macam tak perlu. Sebab aku ada banyak sangat tudung kat rumah tu. Cuma mungkin tak uptodate je la. Hahahah~

Encik suami selalu bising bila nampak aku beli apa-apa, tapi dia lupa bini dia ni membeli pon setahun 3kali jek. Kesian.

Welll,,
Inilah perempuan. Kadang-kadang aku pon tak paham dengan peel aku sendiri. Ni yang aku cakap aku suka beli lepas tu menyesal. Tapi untuk baju ni tak sesal pon, sebab aku memang nak beli. Baju aku semua dah 'kecik'.

Nanges! T___T




Tapi untuk kalini encik suami sporting pulak, siap pilihkan lagi tau. Mungkin dia dah sedar, dia dah save banyak sebab dapat bini yang macam ni.
Mihmihmih~
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati