Saturday 25 July 2015

Bye gigi pertamamu!

Asalamualaikum

Raya kelima.
Tetiba skip entry raya ketiga pasal teruja nak story pasal gigi.

Ngeee~

Gigi pertama farish tanggal selepas beberapa hari dia genap berumur 6tahun. Sebenarnya masa birthday haritu dah goyang giginya, menunggu hari tercabut dari gusi jek.

Cubaan mencabut gigi sendiri kat rumah tak sukses. Aku memang tak berani, babah nye pon serupa. Sampailah farish sendiri request nak pergi jumpa dentist.

Mungkin sebab die rasa susah nak gigit makanan dengan gigi yang goyang tu. Kejap kejap kang adoiii pasal tergigit makanan guna gigi yang sakit.

lol

Raya kelima haritu kitorang dah ada kat rumah sendiri. Keluar mencari stok makanan pasal dah jemu hadap ketupat rendang dan kuih raya. Tengah-tengah membeli tu farish mintak pegi klinik lagi.

Hurmmm..
Ahad mana ade klinik. Maka setelah dia beria ia nak sangat, kitorang bawak je ke klinik pergigian hospital kluang. Ingat takde orang raya-raya camni. Rupanya adelah!

Proses mendaftar tu mudah je. Just bagi mykid. Tapi untuk mak yang bertahun tak jejak klinik gigi ni memang terkial-kial. Siap cabut tu boleh tanya lagi, kena bayar tak?

Hahahah!

Free rupanya.

Tak lama pon menunggu turn farish. Aku teman dia masok walaupon dia nampak rileks jek melangkah. Aku sama babahnya yang percaya tak percaya. Risau kot tetiba dia menjerit tepekik terlolong weyh!

Same goes masa farish admit dulu. Mati-mati kitorang pikir dia akan meronta jerit pekik masa masok jarum kat tangan untuk drip tu.

Eh sekali tak nangis la.
Muka pon selamba jek.

Rasa nak tampar-tampar pipi pasal tak caye.
=P

Ok balik pada cerita cabut gigi tadi. Dah alang-alang sampai ni diorang check sekali gigi farish. So far gigi semua ok. Cuma farish ni jenis suka gesel-gesel gigi, jadi permukaan gigi tu bergerigi la. Dipesan jangan gesel lagi masa gigi kekal nanti. Tu je.

Aku ingat bila dah masuk tu, terus cabut je giginya. Rupanya ada step lain. Disapu sejenis krim kaler merah. Aku tak sure tu untuk apa tapi dia gonyoh-gonyoh kat gusi selama beberapa minit.

Bius ke?

Lepastu aku ingat dah tanggal giginya, sekali belom laaa!

Die guna playar tu jugak nak cabut gigi farish. Tu pon dua tiga kali baru tercabut. Kuat lagi kot giginya? 

Hurmmm..... Gigi yang sebelah dah mula goyang juga. Kalau nak mudah cabut je sekali jalan. Tapi aku tak kasik. Nanti dua batang gigi rongak. Kelaka. Hahaha!

Yang cabut harini, dah mula keluar gigi baru. Mujur cepat kalau tak, abes berlapis gigi dia. Esok bila yang ni dah tumbuh banyak, kita cabut yang sebelah pulak.

Turn by turn gittew.

Selesai dah. Memang tak nangis tapi muka ade sikit berubah. Kalau cakap lelebih mau banjir airmata.

Diam je tuju ke kereta sambil gigit kapas. Dah lama sikit baru bercakap.

Heiii u dah rongak muka terus lain.
T_______T


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati