Monday 6 July 2015

Percubaan memahami dunia anak

Assalamualaikum

Ape pasal pulak bloggerdroid aku nih takleh publish entry dengan gambar. Dah banyak kali try, siap buat semula pon takleh nak ok.

Mengapakah?
Terus hilang feel nak bercerita taw. Huhuhu~

Menaip usai membebel pada anak-anak.

Ya Allah, anak yang ada ni makin hari makin banyak ragam, makin mencabar rasa dan makin sukar nak dikawal. Setiap masa ada saja yang tak kena pada mata aku nih.

Kejap kang elok berbisik berdua,
Main sampai sepah-sepah berdua,
Bergurau kemain bahagia,
Gelak besar tak hingat apa.

Ehhhh,
Tiba-tiba ada yang teriak.
Melolong jeritan sampai terkeluar anak tekak.

Si ibu?
Kalau sekali dua larat la nak bising mulut ni suruh berdiam, suruh main baik-baik jangan sampai berkelahi, suruh main sama-sama pasal semuanya ibu dah beli serba dua, jadi nak rebutkan ape lagi?

Tapi bila dah selalu...
Lama-lama telinga jadi tuli dah. Gasak korang lah nak terpekik terlolong macam tarzan, mak tarzan dah tak larat nak mekik dah. Pasrah..

Agaknya macam ni lah mak aku rasa dulu. Zaman kecik aku kerap jugak berkelahi dengan cu. Ada je yang tak ngam sampai kena berkelahi. Jadi bila aku ingat-ingatkan balik tak peliklah. Kalau aku yang adik beradik perempuan pon sakan berkelahi, apa lagi anak aku yang lelaki berdua ni. Hari-hari nak jadi superman wooo!

Pelan-pelan aku cuba masok dalam dunia diorang. Dunia budak-budak yang imaginasinya tinggi melangit. Nak jadi hebat, nak jadi kuat, pasal tu asyik melompat-lompat dari sofa ke bawah. Tak makan saman walaupon dah berbuih mulut ni mencegah.

Ini peringkat perkembangan diorang. Dulu masa aku kecik pon selalu berangan main anak-anak dengan anak patung. Bezanya mainan aku masa tu tak menyebabkan aku jadi agresif sampai melompat-lompat macam anak aku sekarang ni.

Sesekali aku layankan jugak masa diorang main tu. Cuba la untuk jadi mak yang sporting katenya. End up aku yang tarik muka masam pasal fareeq jenis main tak reti-reti kemas. Die susun la mainan die sepanjang-panjang tidak kat ruang tamu tu.

Huhuhuhu~

Dengan bermain pon kanak-kanak boleh belajar. Jadi aku biarkan. Janji masa belajar tetap teratur macam selalu. No big deal.

Maka selepas dari ini,
Aku akan cuba berlagak cool lebih sikit dari selalu. Penat tau kalau bising-bising mulut ni. Mulut penat, tekak haus, hati pon sakit.

Harap-harap esok tak marah lagi.

Eh salah,
harap-harap esok anak bertuah ni behave sikit jadi ibu takpayah marah lagi.

Otherwise,
Ibu tetap love korang berdua. Please love ibu jugak ye.

=)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati