Monday 17 June 2013

report card pertama farish hafiy

assalamualaikum~

  seperti yang dah dijanjikan dgn kak Min(tuan empunya Smartreader kids Taman Bersatu),

berjumpalah kami hari rabu itu..

mak,bapak dan pelajar. datang sekaligus.

nasib kami baik, takde parents lain. Atau mungkin Kak Min dah arrange baik2 supaya takde pertembungan antara makbapak yang lain. 

mood cuti sekolah lagi. yang ada cuma pelajar2 yang ikut kelas tuisyen kat sini. Farish terkebil2 jugak tengok budak2 yang lain tu. konpius kot. :)

sampai2 je Kak Min terus jemput masuk opis die. Opis yang sama kitorang datang 2kali dulu. Sekali masa survey kindergarten untuk farish. Kedua masa confirm nak register Farish kat sini. :)

Debar je masa Kak Min collect semua buku2 dgn report card Farish. Hb pandang aku, aku pandang dia. Farish terkepit je celah ketiak kitorang. macam tak biasa datang sini pulak gaya dia masa tu. T__T

memula kak Min tanya, apa yang aku perasan tentang perkembang Farish lepas 5bulan kat SRK ni. Aku telan air liur dulu, walaupon jawapan tu dah 'toink2' dalam otak ni. 

Aku pon beritahu la, aku rasa sepanjang 5 bulan ni banyak jugak perubahan pada anak aku ni. Dah pandai baca ABC, baca alip ba ta, mengira 1 sampai 13. Dah pandai berkawan, walaupon still masih ada sesetengah masa tu dia malu2.

tapi bak kata kak Min, budak2 biasalah ada 'angin' dia. aku angguk2 je masa tu. Paham dah aku kalau bab angin si Farish ni.

Beberapa minit lepas tu kitorang jusat borak2 tentang perkembangan Farish dimata cikgu2 dia. 

Mesti diorang ingat lagi student yang bukan main agresif masa mula2 masuk sekolah dulu. 'bersilat' cikgu2 melayan Farish ni. haha! lawak la bila ingat pasal tu.

Bab kehadiran Farish pon dipuji. Sebab Farish memang rajin pergi sekolah. Kalau tengok betapa mengamuknya dia masa sekolah dulu2, mesti orang tak sangka dia bersemangat waja nak ke sekolah tiap hari. Kak Min suka Farish sebab tak ponteng sekolah.

Babah sengih, aku lagi lebar sengih.

Jangan berangan la nak ponteng, rugi bayar yuran mahal2 tau! :p

Bab dalam kelas, Farish memang senang belajar. Tu cikgu dia yang cakap, bukan aku suka2 puji yek. :p

cuma, tahap kepelatan farish tu jek yang cikgu dia sangat2 gelihati. heheheh~

Takpe2, taon depan baiklah pelat tu. Chewah,, kak Min sedapkan hati aku. Tapi dia cakap, memang ramai pon student yang pelat. Lama-lama ok. Lega la hati ni.....

aku memang lupa nak snap pic report card tu.
tapi markah dah tau la.
dalam repord card tu lebih details perkembangan & kemahiran Farish dari awal sampai setengah tahun ni.




haaa...itu dia. ade nampak??

cikgu cakap farish lebih ke arah matematik & sains. 
kembang kempis hidung weyh,, tengok mak bapak ler! ^_________^


 ini buku2 latihan setengah tahun pertama ni. actually tak sampai stengah tahun pon, sebab diorang mula belajar bulan 2 haritu. Januari, bulan mesra2 jek. ngeee~

menariknya, dekat buku2 ni cikgu dah tulis sekali tarikh 'khatam' anak2 korang belajar buku tu. Perlu diberitahu juga tarikh tu adalah berbeza pada setiap pelajar. Ni salah satu sebab aku pilih Smart reader. Diorang tak paksa anak korang ikut student lain. Semua diajar ikut kemampuan masing2. Budak2 kan ada yang cepat ada yang lambattt sikit. :)

balik tu aku tengok la buku dia satu2. Bab tulis anak aku ni memang ok la. Tapi bab kaler2,, anak aku menurun betol gen mak bapak dia. Memang dasar tak bape kretip. heheheh~

duduk2 tu aku cakap kat hb. memang markah farish takde 90+. 

tapi aku tetap bangga. sebab..


aku hanta anak aku ke sekolah tanpa basic apa2 pon

farish tak tau ABC, 123 apatah lagi alip ba ta. Dia cuma ada pensel, yang die tulis suka2 hati dia atas buku yang aku belikan khas untuk dia.

dia ke sekolah tanpa tau apa. senang kata KOSONG la.

2bulan sekolah dia pandai baca ABC. 1-10 versi melayu+english. Bezakan huruf besar dengan yang kecik, yang sikit dengan yang banyak. phewww~

 Apa lagi yang aku harapkan ye tak? Dah la aku tolong dia ulangkaji + buat latihan malam je. =____+

setakat ini, aku cukup bersyukur. Itu dah cukup baik untuk budak yang baru 3tahun 10 bulan macam dia. tak la push dia sangat. Nanti die bosan, susah pulak. As long as dia berminat untuk terus belajar, itu dah memadai. 

Ciom pipi kanan, pipi kiri. Sayang anak ibu la. :)

Dalam masa yang sama, aku nak sangat ucapkan terima kasih kat cikgu2 smart reader tu yang tekun mengajar anak aku nih. Sebab aku tau, tak senang nak mendidik budak2 ni. Sebab aku dah try kat rumah, takdenya sukses. :P

aku cuma mintak dihalalkan semua ilmu yang diberi kat Farish selama ni. Mudah2an Farish terang hatinya nak belajar lebih baik masa akan datang. Perjalanan masih panjang, dan impian aku masih tinggi. 

wassalam. 






Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati