Friday 14 June 2013

sempena menghilangnya aku beberapa tempoh..

assalamualaikum!

sumpah rindu pada blog ni. pada keyboard & pada skrin nih. 
tapi sejak beberapa minggu ni langsung tak punya masa untuk menghapdet.
kalau ade feel nak hapdet pon, line tenet mcm hampess!

mcm entry aku ttg besday cu  3minggu lps,, dh cun2 aku create boleh plak line tenet problem. so terperam dlm draf dan semestinya aku dah xde rasa nak publish tentang itu. BASI!

masih lagi dlm mud menulis, tp kekangan dan halangan lain2 tu buat aku fed up. Dah la kena curik2 masa nak hapdet, dah syok2 boleh plak line problem. Sangatla........ 

actually banyak gila kot yang berlaku sepanjang beberapa minggu ni. Dengan kisah kenduri kawen, perjalanan jaoh kami sekeluarga dan macam2 lagi yg aku pon dah x berapa ingat. maklom la, dah peram lama. ..

sementelah cuti sekolah yg panjang aritu, aku memang terikat dengan jadual majlis kawen yg super pack. 

minggu pertama cuti tu,  dah set up baik punyee wedding kak ipa aku tu. so jumaat dah port umah mak mentua sampai la isnin. Penat? Memang gila punya penat. Rasanya paling penat kot? hahahahhahaha!



 majlis nikah. sebenarnya tak la nak tayang pic pengantin tu,lebih nak tunjok aku yg terkelepot kat belakang nun. :P

aku adalah antara org yg bz kot masa tu. dgn lambakan goodies yg belom settle. periok kuali kat dapor bergelimpangan. haishhh~ 

mandi pon rasa mcm x serap air. T__________T




punyalah kelam kabut kan. lme dh x buat keje kawen. 


ni pic lps majlis, tengoklah fareeq pon pakai pampers jek. sebab ibu dah bwk stok baju ngam sampai ahad je. babah la ni.... grrr~

setel bab kaklong. masok mingu ke2 cuti sekolah, preparation wedding cu pulak. 

lagi x menang tangan kan,, maklomlah yg terakhir kali. :)

tingtongtingtong....
pengantin nak g spa, aku bawak
nak berinai, aku anta
nak cari bubble talk lagi. merempit g kampung sebelah.
segala2nya demi cu
^_^



menanti penoh debar~

alhamdulillah, cu sah menjadi milik suaminya. :')

 tahniah dik. akhirnya kamu menjadi isteri orang jua. aku adalah teruja. tak saba nak dpt anak sedara. kuikuikui~


:aku harap dpt anak sedara pompuan:
hhahahhaa! over tak? 
:P

ini mak. muka mak pon nampak letih sangat. takpe mak, ni yang terakhir kali. lepas ni kite rewang majlis farish pulak. 20 tahon lagi. :p


 masa ni orang semua dah kelua g makan. aku memang selalu teruja kan. nak jugak la amek pic dgn anak2. laki je memang spesis kaki bangkang. mne die layan nak pose2 mcm ni.

btw, aku rasa kiut. hahha!
sebab kiri kanan aku ada hero2 yg sporting melayan cekadak ibu die ni. sayang dua2~

memang x banyak pon pic majlis ni dlm henpon aku. bayangkan la akau kehulu hilir buat macam2, mana tercekau tangan nak pegang henpon semata kan? 

so adelah korek2 sikit, x lawa mana pon, tapi nampak jugak la. nanti lepas copy pic dr kamera sebenar aku paste lagi, jangan nak muntah pulak menengoknya nanti. ^__*

esok majlis makan2. aku memang dah lantik diri sendiri jadi orang kuat mak. Tukang pegang beg duit. perasan banyak sngat la duit salam keruk tu yek. :p


 part yg teruja sangat la nih, abes beg2 salam kerok aku tinggal. nak sangat jd toll gate girl kan. :)

farish pon boleh la tahan,, join sekaki. hahaha! dasar anak yg sebijik peel mak.

seronok ok jadi orang2 tol ni. walaupon dapat cuma singgit dua, tetap puas ati. bukan aku ni nak sangat duit tu, lebih pada nak enjoy tergedik2 je dpn gate tu je sebenarnya...

masa ni ade la 10 minit gak kami mem block pengantin. tapi masalahnya,, aku meamng xde pic banyak. so memang suka x suka kenalah korang tengok muka aku jek. kuikuikui~

majlis jalan lancar. alhamdulillah. cuaca pon baik punya terik. kau jangan tak tau betapa kitorang berdoa janganlah hujan, kalau tak memang konpem melekat2 la tumit kasut semua yang datang aritu.


 kalau memang namanya ibu dan anak,, ginilah gayanya.
tudung tu las minit punya hal tau. lama dh kubeli. tapi ngeri nak pakai. macam glemer noo. 

dan dek kerana itu, aku rasa ade la jugak 5orang dok ingat aku ni pengantin. huh??

tak logik pada aku sebabb..... takkan la pengantin berpeleseran kat luar pulak ye tak? haishh,, mcm2 ragam org ni.  tapi selain dari tu, memang pecah bumper aku kena puji gitu. bajet cun. hahaha~ makan ati laki aku! ^_~

itu ajelah kisah 2minggu berturut aku. nanti kita sambung kisah aku dan semua ke pantai timur pulak. karang pepanjang sini muak pulak orang nak membacanya. Jadilah ubat2 rindu aku pada blog yang dh serabai ni. sedih! =_=

las but not least, rindu semua. walaupon aku tak up entry, aku ttap follow setiap entry baru korang tau. So jangan lupakan daku. hahaha! kbai. wasalam. 



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati