Monday 1 October 2012

sungguh manusia itu rambut sama hitam..

assalamualaikum

    .mengeluh dulu.

   jiwa kacau semerta. x jumpa permulaan utk berkata, x jumpa penghujung nk luahkan rasa.

   manusia kan, kalau yg dulu teman baik kita, arini x mustahil jadi musuh ketat kita. yg semalam jujor tak mustahil arini berpaling tadah.

   setahun dulu, aku cume pegawai kerajaan yg bergantung sepenuhnya dgn gaji bulanan yg tinggal berapa jek. tu la utk byr kereta, isi minyak, makan semua.
   entah dr mne terbukak hati nk join catalyst mase tu. modal untuk jd agen cuma rm150. dapat 5botol vco. ntah ye x ye je la mengatur strategi. untung agak besa. maka bermula la sesi promosi..
   siapa sangka sekecik2 modal tu mengubah segala2nya.syukur alhamdulillah. rasianya? niat nombo 1. kalau betul niat, betul la jadinya. Insya Allah. 
   sy hanya agen biasa, selama beberapa bulan. sehinggalah sy bertemu kak hanita jaafar, dc catalyst johor. sy apply jd stokis sbb belian sy mase tu sgt tinggi dan permintaan sgt menggalakkan. mungkin sy perlu memulakannya sekali lagi. dgn risiko yg lebih besa & pastinya modal yg tinggi.
   menggigil tangan ni masa hulur 1.5k pada kak hani. bila dapat barangnya pulak, lagi la gigil. asik terfikir, boleh abis ke ni?? T_T

    39vco---gile la banyak. 

   dpt 2 beg besa mase tu. ingat lg pesan kak hani. tips2 die. strategi marketing semua. masa tu ade 2org stokis lain, mmg suci sgt ilmu mase tu. 
   bulan demi bulan, smua makin baik, bayangkan sales pernah mencecah hampir 12k sebulan. mcm x caye. asik belek2 rekod jualan dgn mr Hb. mase ni la untungnya bersuamikan org bank. hehehe~

   tp siapa sangka, stlah sebegini lama.... barula terasa erti cabaran dlm perniagaan yg sebenar2nya. sgt sentap. kalau ikotkan hati, bia la tutop kedai je cmni. x larat melayan sikap manusia ni.

   bisnes cikai ni la yg memenuhkan tabung simpanan kami. melapangkan urusan harian kami. bab tabung anak2, minyak makan semuanya. setidak2nya dgn catalyst ini jugakla kehendak kami x perlu disekat mcm dlu. tapi dlm masa yg sama, kami ttp beringat utk masa susah.

  paling besa jasa bisnes kecik ni, bila dpt belanja mak, ayah, adik, anak2 mase hri raya. Ya Allah besarnya nikmatmu. tersentuh sgt hati. kalau dgn gaji sekarang ni, belom tentu mampu begitu. dapat pulak hulur duit minyak utk diorang beraya nanti. sungguh pulangan yang berbaloi.

   tercabar kah dgn kejayaan yg x seberapa ni? hurm... susah bila bertindak x profesional nih. mcm mana nk berjaya kalau kita x terima pendirian org lain.
   sebesar besa kesenangan yg nampak ni, ade sedikit sebnyak kesulitannya. belajar menerima penolakan sbb tak semua orang semampu itu. kita tak tahu masalah org, so jangan la mendesak.
  
   ni bila ditolak---melenting x pasal2. boom sana sini. kondem jalan rezeki org lain. betul ke mcm tu??
   dikurniakan akal utk menimbang betul atau tidak sesuatu hal, dikurniakan hati bukan utk dengki dan iri. busuk hati tu tak kemana, makan diri sendiri jugak nanti..
 
 berbaloi ke sakit2 ati sedangkan diri yg didengki tu elok2 saje kt sini? hmmm....

   tak pasal2 menangis bwh meja arini. sedih melihat sikap kawan2 yg hanya pd namanya shj kawan. berpura mesra sedangkan hatinya mengulit rasa2 negatif. serik rasanya nk berkawan. mujur masih ada yg ikhlas, menghulur kata2 semangat. menyokong dr belakang. malah berfikiran terbuka dgn setiap yg berlaku.
   sy x pernah memaksa sape2 utk join catalyst. sy sekadar mengesyorkan kenalan cuba dlu productnya. kalau rasa x berbaloi, x perlu teruskan. mudah. saya x mintak disanjung, dipuji apatah lagi diampu. memadai la menghormati duduknya di sini. prnsip yg mudah. SAYA TAK KACAU ANDA, MAKA JANGAN KACAU SAYA.

    saya bukan robot. menguruskan perniagaan sekecik ini dgn hal anak2 bukan ssuatu yg mudah. yepp,, hampir tiap hari menu saya disediakan si tukang masak upahan. semuanya terlalu packed smpai satu masa sy perlu susun semuanya sekali lagi. bukan mudah untuk berada di kedudukan hari ini.
      maka saya belom bersedia untuk menambah komitmen yang sedia ada. bersyukur dgn apa yg ada kerana setidak2nya sy telah berusaha dan biarlah sampai di tahap ini shj. tak mahu mengejar kesempurnaan sedangkan hakikatnye mempertaruhkan kehidupan peribadi yang sedia ada.
  
   oke. lega rasanya. bebanan rasa dh terluah.

   ini bukan entry propa untuk memancing siapa2 join catalyst. tidak langsung. siapalah saya nk mengubah hidup anda sedangkan 1 masa dulu sy sendiri berusaha untuk mengubah kehidupan saya sendiri.

   senyum selalu & jgn dengki2~ ^_^

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati