Wednesday 25 February 2015

Another 2years to go

Februari 17, 2015

Alhamdulillah, dah menginjak ke usia 27 tahun dan masih diberi nikmat hidup yang tak putus-putus dari Allah swt.

Sekejap masa berlalu,
Rasa macam baru semalam sambut ulangtahun yang ke20, tak alih-alih arini dah jadi 27tahun.

✌✌✌

Bangun pagi,
Terkebil-kebil macam tak percaya.

Sempat terfikir, apa sajalah amalan aku sepanjang 27tahun ni. Cukup dah ke?

Subhanallah,,
Banyak cacat celanya,
Banyak kurangnya sana dan sini.

Nikmat Allah tak putus-putus,
Setiap masa
Setiap perlakuan
Aku dapat rasakan nikmat Allah tetap ada di dalam setiapnya.

Kecik atau besar,
Aku tetap bersyukur,
Sebab kalau diukur dari amalan aku,
Jujur rasanya aku belum layak untuk semua ini.

Aku ada kerjaya,
Ada keluarga,
Ada segalanya.

Aku rasa hidup ni dah terlalu lengkap untuk aku. Semoga semuanya ini dalam keberkatanNya.


Keluarga kecik aku.

Ada suami yang sentiasa memahami.
Even bini dia ni malas kemain,
Tetap bertabah je melayan.

Ada anak-anak yang sentiasa menyenangkan hati. Kalau orang kata anak-anak tu penawar mujarab, aku setuju sangat. Sebab walau penat macammana pon, bila diorang ada, aku rasa tenaga aku tak pernah habis untuk layan diorang.

Diorang anugerah untuk aku,
Anugerah yang selalu aku usahakan untuk jadi dan beri sebaik mungkin.


Orang yang aku sayang sepenoh hati,
Yang aku yakin takkan ada sesiapa mampu tandingi kasih diorang pada aku,
Yang selalu ada bila aku perlukan sokongan,
Yang melahirkan dan berkorban untuk besarkan aku.

Ayah.
Mak.
Adik.
Keluarga kitorang pon kecik jugak.

Harapan aku di usia baru ni,
Aku cuma nakkan kesihatan yang baik untuk aku teruskan hidup,
Taknak sakit teruk2,
Nanti sape nak uruskan keluarga kan.
Rezeki yang luas untuk aku bantu keluarga aku,
Memang duit tak boleh beli kebahagiaan,
Tapi kite takkan bahagia kalau takde duit.
Selain tu,
Aku mengidam anak baru untuk membesarkan lagi keluarga kecik aku nih.

Mihmihmihmih~

Yep, aku dalam proses Trying to conceive-TTC

Since fareeq dah besar,
Sampai masanya menambah anak.
Dah lama sangat takde baby nih. Ngee~

Setakat ni nampaknya belom ada rezeki lagi. Selalu aku doa, biarlah rezeki tu datang saat aku dah bersedia mental & fizikal. Dan rasanya macam dah sedia sekarang.

Haaaa... Gediks!

Ok, nak sambung entry utk esok pulak.


Well,
My encik shuben memang bukan jenis penoh dengan kejutan. Jgn mimpilah dia nak surprise hadiah besar dalam bonet kereta.

Cuma wish kt fb jek.

Bajet sweet sangat!

Takpelah takde hadiah, walaupon memula tu macam sentap jugak. Lepas tu tak heran dah. Tiap tahun pon memang macamni kan.

Hurmm...
Bilalahhh nak jadi romantik sikit ntah die nih.


Birthday girl. Hahahahah!

Girl la sangat.

Eh, lagi 2 tahun dah 3series la. Ayokkkkk!!!
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati