Monday 26 August 2013

Hari raya sekolah farish

Assalamualaikum....

Lame kan sepi?? Bencik nya lahai bila tpaksa pending banyak post. T_T

Maap. Mak encik memang bizi sikit. Bizi beraya tu tidak. Entah ape yang dibizikan pon x pastila. Heheheh~

Sekolah farish dah start sejak isnin lepas. Alhamdulillah takde drama2 bagai masa first day aritu. Risau jugak bila dah lama cuti panjang, die jadi lemau. Syukurlah masih semangat waja nak sekolah. ;)

Lepas tu.. Jamuan hari raya smartreader jatuh pada hari jumaat. Patut la haritu farish sibuk cakap nanti abang kena pakai baju raya,samping,songkok. Nak raya2. Esoknya terus cikgu remind kat tokyah pasal sambutan raya kat sekolah die.
Oohh..bru la ibu paham. Sebenarnya ibu excited sangat. Kalah farish. Terus ibu pikir nak.pkai.baju ape segala. Padahal anak aku tu rilek je. Hahahahha!

Sesi memilih baju melayu farish. Tahun ni tahun 'kaya' baju melayu bebudak ni.

Ada berpasang2. Entah bila aku tempah pon aku tak perasan. Sampai masa nak raya,tempah kat tailor dah bertimbun bajunya.

So sepasang je yang belom farish pakai. Yang kaler pink2 maroon ni. Ni mak yang tempah. Sebab tu kaler ni hanya ade utk farish. Mak beli kain tak cukup utk dua2 anak aku.Kalau aku yg tempah, opkos abie pon dapat sekali. Aku kan suka sedondon2 ni~

Pg jumaat tu hujan turun. Hujan rahmat agaknye. Seram jugak aku,takot farish liat nak bangun. Huhuhuhu.  

Ibu:abang,bangun nak gi sekolah.
--takde respon. Keras je atas tilam tu. Telan air liur jap.
Ibu:abang,harini kan nak raya2 kat sekolah. Pakai baju raya dengan songkok.
--celik mata dah. Merengek2 jugak. Tapi nasib baik makan pujuk. Laju2 mandi sebab tak saba nak pegi sekolah.

Sampai sekolah ngam2 8.30pg. Pass kuih kat cikgu die,terus babai. Kuih ape? Kuih raya rumah aku ni je ha. Kuih sponser dr bank. ;p

Lupa ye nak kabo...kuih rumah aku ni 98% tajaan bank rakyat. Dpt 5jenis kuih. So aku beli satu je. Hahahaha!

Awalnya aku nak suruh farish melenggang je. Tak payah la bawak beg sekolah. Sekali rupanya kena bawak sebab nak letak goodies bag. Jamuan raya harini sekali dgn birthday party.
Sekali balik bawak 3 goodies bag,hamek ko.

Ptg tu dah bergerak ke jb. Ibu pon keje half day je arini. Nak fly2 ke sabah pulak mlm ni.. ^_^

Ok, dah tak payah cerita panjang lebar. Layan gamba je la ye. ;)


Terima Kasih

2 comments:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati