Tuesday, 27 August 2013

2hari 2malam di sabahan

Assalamualaikum

Entry laju yang dicombine pic semata2. Satu kekdah supaya takde yg mual menengok.pic banyak bertepek tepek. Hehehehe~

Jumaat lepas aku,suami n farish bertolak ke negeri dibawah bayu tu. Join group org opis ye. Sekalian pergi sebab puan pau(one of my officer) ade kt sana. Tengah menanti masa nak bersalin. .;)

Flight jam 920malam dr senai airport dan ngam2 sampai jam 1150malam. Phewww~ dah turun embun kot masa sampai KK tu. Lepas letak beg2 terus cari makan minum sat. 1st impression,makanan kat sini agakla mahal compare kt kuching.

Siap makan kembali ke apartment utk tido. Tido jam 3pagi untuk bangun jam 6pagi. Marveles!

Day1--
Sarapan kt apartment. Maap la diriku tak lalu makan sebab awal sesngat. Standard makan 830pg so bila tetiba kne makan 630pagi memang tak mampu la....

Makan sikit. Tuang tong sampah banyak.

Berkumpul kat pintu masuk sementara tunggu van persiaran. ;)

Direct to gunung kinabalu. Perjalanan sangatttt lama. 2jam lebih kot. Mabok ok. T_T

Almaklumlah mak ni selalu duduk sebelah driver. Alkisah bila di letak belakang driver mulalah mabuk kepayang. Huhuhu~

Plus,,kena pangku farish la pulak. Makinla mak pening serabut otak segala. Tapi kesian pulak kat anak yang sorang ni. Tido pon terkelepet jek celah tiak mak.

Apepon Alhamdulillah dia xmeragam.tido kejap bangun kejap bangun memang boleh buat dia berubah mood. Baru nak lena, berenti sudah di lokasi memula. Kat sini tempat orang yang nak mendaki gunung kinabalu.

Kalau tanya apa rasa kat sini,,rasa sangat sejok. Cameron highland,genting ataupon bukit tinggi memang takleh challenge la. Terbaik punya sejuk. Fresh air. ;)

Selesai menikmati panorama tu terus ke strawberry farm. Malangnya takde buah stoberi lagi sebab dalam proses penanaman lagi. Gelihati pon ade. Beria nak petik stoberi sabah, las2 dpt rasa  aiskrim Stoberi je. Tu pon entah dapat buah mana2 ntah. ;p

Terus ke tempat gigit2 ikan. Spa ikan. Rasa mcm biasa je masa memula tu. Tapi bila tengok ikan yang punyalah besa, tetiba cuak pulak. Geli pon iye jugak. Hahahah!

Sudahnya kaki rendam tapi mata tak pandang bawah. Ngeri la nak tengok ikan yang tengah seronok giler gigit2 kaki aku.

Rasa kena gigit tu macam gigi anak2 aku masa baru nak tumbuh dulu. Tak tajam sangat tapi berasa la. Hahahaha!

15minit je tau masa yang dibenarkan untuk berendam. Meriah sungguh rasanya. Punyala riuh memasing. Terpekik terlolong. Huhuhuhu~

Penat. Dah setengah hari berjalan. Penat duduk dalam van. Perut pon dah mula lapa. Masing2 dok punggah bekalan makanan. Sandwich laris macam ikan tadi yang rakus gigit2 kaki kitorang. ;p

Berhenti makan tengahari sebelum ke plan seterusnya.  makan adalah tajaan masing2. ^_^

Makan dan solat. Lepastu bergerakla untuk ke desa farm. Melawat lembu2 di sabah!

Dalam perjalanan tu tak bukak aircond pon xpe. Sejuk jek. Lagipon takut van semput pulak nak bawak umat2 yang sendat dalam van ni. Gulp!

Rumput kat desa farm ni awesome gila. Hijau die pon xmacam yang selalu kite jumpa tu. Indahnya ciptaan Allah. Terus terasa mcm kat switzelen ok. ♥

Lama kat sini. Sebab semua pakat posing sakan. Yang datang laki bini je seronok la mengambil kesempatan. Dah macam shoot outdoor prewedding je gamaknya. ;)

Aku yang datang beranak pinak ni pon sama jugak. Cuma stress sebab farish xnak bergambar sangat. Dia bergasak nak ambikkan gamba aku dan si suami je. Tenkiu farish sebab memahami ibu sama babah sangat. =_=

Kat sini sempatlah beli souvenier. Tak beli banyak sebab semua gamba lembu je kan. So beli fridge magnet 1 dengan poskad kiut 1. Dah selamat tepek kat petiais rumah kitorang pon.

Petang dah.. Kitorang patut bergerak balik jam 4ptg. Tp dasar pelancong konon2nya. Memang tak tepati waktu punya. Singgah pasar kundasang pon beria membeli ok. ;)

Dinner di Gayang seafood. Kelas la satu kepala rm30. Anak aku je free sebab makan banyak mana je kan...

Lepas tu.. Makanan utk grup kami ni dh di arrange oleh penganjur. Xde maknanya nk mkn lobster bagai. makan ikan,udang,sotong. Sayur sikit. Ade ayam goreng juga. Hahaha!

Settle around 9pm. Ada request nak ke pasar kampung air. Masa untuk membeli dan mengempiskan poket!

Kesian anak ibu. Mesti penat gila sehari suntuk berjalan. Sampai apartment 11malam terus mandi n suruh tido. Esok nak bangun pagi lagi.

Day 2--
Bangun pagi jugak. 6pagi. Tapi cerahnya hari. Macam 8pagi dah. Nak sambung tido pon x feel. Hahaha!!

Sarapan pagi ini ditaja oleh puan pau. Kat rumah makbapak dia. Menu coto/soto makasar. Sedap. Unik. Pedas berasap punya~

Las trip di sabah. Ke pasar filipin.lepas tu lunch n terus k eairport. Kejap je kan? Masa memang suntuk dan jadual memang pack. Letih xpayah cakap la kan..

Kat pasa filipin ni gasakla memasing memborong macam2. Aku? Cari goodies. Tak kisahla keychain o FM, asalkan ada yang mampu milik. ;p

Tshirt sabah untuk abie. Upah anakanda yanv kutinggalkan itu. Untuk abang tetap ade juga, jangan risau. Harus sama sejibik dua beradik tu.

Flight pulang ke pangkuan keluarga. Ecececeh!   ada jodoh dtg lagi. Manatau lepas ni dengan mak ayah pulak kan. ;)

Doa2 kan la kemurahan rezeki daku ye~ ^____^


Terima Kasih

3 comments:

  1. thanks for this entry. mmg membantu la kitaorg yg tgh planning trip sabah ni....

    ReplyDelete
  2. Harus beli ikan bilis n udang kering kalau p sana ;p

    ReplyDelete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati