Friday 9 August 2013

Bulan puasa bulan menguruskan badan ke??

Assalamualaikum!

Selesai raya ke2. Ramai sedara mara kat rumah atok tadi. Sayangnya,,terlupa nak bergambar. Sabarr je la. Huhuhu~

***sebenarnya memang xde rasa nak bergambar sebab pakai t shirt buruk je td.***

Malam sikit dh rasa lapang kepala. Perut pon dah kenyang. Maka hati pon menjadi senang. Idea pon berlari2 datang. ;)

Sedikit perkongsian ringkas sahaja untuk mlm ni. Pengalaman terbaru dalam bulan puasa yg lps..

Dulu2 bila dengar orang cakap bulan puasa nanti kuruslah badan,aku bukan main mencebik. Sebab aku pasti itu TAK BETUL. sepanjang aku puasa xde penahnya kurus. Makan sahur dengan berbuka je dh macam siap.cover breakfast,snack, lunch,tea time & dinner. Kadang2 sekali pakej dengan supper. Kelass kan?

Maka dek tabiat makan aku yang sebegitu, tak penah kurus keringlah aku dihari raya. Sihat je aku rasa. ;p

Cuma untuk bulan puasa kalini,,,
Aku terpaksa mengaku yang bulan puasa memang mampu membantu menurunkan berat.

Siapa yang selalu jumpa/follow aku mesti dah tau kegebuan aku yang mendadak tiba2. Nerat tertinggi penah aku smpai is 57kg. Ko hado?

Itu berat masa dh tunggu hari nak beranak farish tau. Lagi sedih sebab boleh selamba je berat aku sama dengan berat mak. Serius makan hati! ;(

Jd aku pon plan baik punyeee untuk mencuba diet ramadhan. Mana tau ade sinar harapan kan..hahahah!

Puasa tahun ni sepenuhnya kt rumah sendiri. Dua tiga kali je berbuka rumah mak n mertua. Selebihnya,sendirian berhad. Sahur memang masak yg paling senangggggg sangat.

Sahur cuma dlm 2minggu pertama jek. Lepas tu x sahur2 dah. Malam tu makan berbuka, lps tu kunyah2 snek. Tido. 5pagi bangun minum air kosong. Tido. ;p

Bukan nak mengutamakan tido,cuma pagi2 mata memang sangat perit nak celik. Kalau bangun pon makan mcm orang takde perasaan. Suap-kunyah-telan. Heheheheh~

2minggu berpuasa, penurunan yang pertama. Berat badan terkini adalah 54kg. K fine, 2+kg dh susut.

Terus puasa mcm biasa. No heavy menu on sahur dan hanya makan waktu berbuka tu jek. Alhamdulillah, perut dah mula terbiasa dengan rutin tu. Lepas seminggu terus jeling2 penimbang lagi!

49kg.
Berkaca mata weyh! Terharu sangat. Akhirnya kurus jua. Hahahahah! Poyo tau macam dapat ape die punya syiok tu. Terus la berangan harap2 dpt lebih kurus dr ni. ;)

Esok dh nak raya. Berjalan ke giant mencari entah apa yang tak jumpa lagi. Jumpa pulak mesin penimbang lagi. Nak timbang tak ekkk??

Gulp,,syiling tarak!
Toleh kiri,toleh kanan. Selamba je tuka syiling kan. Punya semangat nak sukat berat kan. Hehehehe~

Huwaaaaa! 45kg jek???????????
Memang ikot hati nak pelok ciom je mesin timbang tu. Gila banyak turun. Tak risau dah baju raya x muat~

Tapi siapa sangka, malam tu aku pon x pasti nak suka ke nak sedih sebab....
BAJU RAYA ADALAH GEDEBOH. T_T


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati