Sunday 18 August 2013

Kemaskini gerobok anakanda

Assalamualaikum

Cuti hujung minggu dah sampai ke kemuncaknya. Esok bekerjalah kita mencari rezeki demi sesuap nasi. Cheeeewah!

Masa2 keemasan yang berbaki ni eloklah kita guna sebaiknya. Kain baju berlonggok sejak hari raya hari tu dah selamat didobi dan dilipat.

Membasuh tu menyeksakan sebab naik patah ampaian nak menyidai baju2 tu semua. Berkali2. Mana x banyak, sehari raya kau hentam 2 3 pasang baju wahai anak2ku. =__=

Kering je jemuran tu selonggok dalam bakul besar. Tunggu dilipat. Sape nak lipat tu? Huhhh,,pengsan. Kalau ade jual mesin lipat kain konfem aku beli. Takpon kalau ade perkhidmatan sewa amah dengan kos rm10/hari pon aku sanggup asalkan aku tak kena lipat kain baju ni. ;p

Dah kulipat sampai penuh ruang tamu. Pengasingan baju mak-bapak-abang-adik pon sudah. Besa dan kecik pon selesai. Stokin2. Tudung2. Fuhhh,,memang kena sabar banyak. Ruang tamu jadi lautan kain baju jek. ;(

Dah tu,,nak dipos ke rak baju masing2 pulak... Kadang2 lepas lipat tu aku biar je dulu kat situ. Dengan harapan ada yang rela membantu. Cett,,bantu membebel adelah. Atau paling teruk,askar2 kecik aku tu kirai sehelai2 baju tu. Terbaik!

Same jugak kisah dengan gerobok baju budak2 tu. Kukemas sekali die sepah 2kali. Kemas 2kali die sepah 10kali ganda. Hamek ko! Kalau aku no 24/7 ade rumah boleh la aku layan kemas tiap masa. Ni mak keje nak oi. Sebulan sekali je pon kalau ade ruang nak hadap betul2 gerobok tu.

Eh tau kan gerobok tu ape??? Gerobok tu almari. Gebor tu selimut. Ronyok tu kedut. Muahahah! Kelas bahasa jap. ;)

Jadi mengenangkan ade masa lapang ni. Aku kemasla sikit. Banyak sangat baju yang tak tersusun. Ade tu yang aku letak atas katil je sebab aku rasa kalau simpan dalam gerobok tu makin menambah penat aku nak melipat semula.

Bila tengok baju diorang,loya terus tekak ni. Banyak sangat. Tu belom baju yang x sempat pakai tiba2 jumpa dah x muat. Siap tag harga sekali. Over kan???

Dulu masa anak2 kecik lagi,aku memang gila shoping. Mana2 mall aku pergi,mesti aku beli baju untuk anak aku tu. Tak kisah la memang nak beli atau tak sengaja beli. Nafsu membeli aku meluap-luap sangat. Padahnya sekarang baju anak2 aku dah macam boleh bukak kedai pakaian budak2. =__=

Sebelom Lipat sekali baju dengan seluar supaya xde lagi kejadian baju tanpa seluar atau seluar tanpa baju. ;) Baju yang sedondon semua gantung,senang nak cari nanti. Sejujurnya memang aku suka pakaikan diorang baju sama. Comel. selepas dikemas. Kemas sebenar benarnya ni. ;p Yang selonggok ni nak hantar rumah mak. Untuk baju basahan diorang. Cantik dah kan? Lepas no.tengoklah zaman bila pulak aku sempat kemas. Huhuhu~
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati