Friday 30 August 2013

Malam ini diambang merdeka

Assalamualaikum

30ogos 2013

Sehari sebelom merdeka-hujan lebat. Sejuk sangat!

Esok pagi2 dah kena beratur kat dataran. Walaupon tak kena berkawad tetap juga kena statik berdiri menghadap kluang mall ye. ;p

Baju tak standby lagi. Tudung pulak baru basuh. Poyo kan esok nak pakai arini baru basuh. Dah la kat lua tu hujan. Kejap lagi aku sidai je bawah kipas bilik. Harap2 esok kering. Kalau tak kering, nak pakai tudung ape ek esok? Hahahaha! Nanti jap lagi aku pikir.

Malam ni rumah kami ade marhaban. Tapi tak join la. Esok ade komitmen kan. Cettt alasan! Ni melepak rumah mak. Jap2 lagi kembali ke.pangkal jalan la. Untung kan rumah mak sekangkang kera je. Asal nak lari je tuju rumah mak. Hahahah! Pelik jugak, ramai jiran aku yang tak ambik. Ke diorang dah tak feel raya dah? Maklomla..dah hujunggggg sangat.

Sedih la tahun ni, raya pada aku slow sangat. Meriah seminggu pertama je. Takde la excited aku nak beraya sakan. Open house pon tarak. Kenapa entah. Hmm....

Okla. Sejuk je malam ni. Berangan kalaulah esok hujan lebat lepas tu tak payah berbaris,kan best. Yeayyyy!  ;)

Tapi jangan mimpi. Awal2 bos dah cakap,sape tak datang sila beri surat tunjuk sebab. Jadi sedaya upaya aku akan datang. ;p

Lastly, selamat menyambut ulangtahun merdeka. Jangan reti sebut merdeka je tapi tak tau kisah merdeka2 tu ye.

---kalau tak sekarang ni mesti tengah lepak kat dataran. Tengok bunga api yang kastam sponser tu sambil layan orang deklamasi sajak. Lepas tu pegi berdua konon2 berdating la. Feel remaja umur 17tahun padahal diriku sudah tua ganyut.kihkihkihkihkihhhh~


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati