Monday 8 December 2014

Luar kawasan liputan

Assalamualaikum!

Lama sepi tanpa cerita yek? Ade je sebenarnya, blogwalking rumah orang lain. Rumah sendiri tak ter hapdet-hapdet. Ngee~

Disember sudah mari.

Bermakna penghujung tahun dah makin dekat. Sedar tak sedar dah lebih 330hari berlalu dalam tahun 2014 ni.

Nanti kendian aku cerita pasal teacher meet parents week kat SRK.

Akan cerita jugak pasal wedding of the year classmate kat high school dulu. Puas selfie kat majlis die aritu. Heheh~

Malam ni cuma nak bagitau, dah 24jam aku keluar rumah. Rindu budak-budak.

Ada bengkel seminggu kt HQ.
Memula rasa eksaited nak pegi,
Dah makin dekat hari makin pulak tak sampai hati.

Meleleh airmata masa nak pegi semalam. Nasibla dapat mak gembeng cenggini. Bila bebudak nak salam tu, haaaa amek ko bertakung mata.huhuhu~

Cepatlah jumaat.
Rindu nak pelukciom anak-anak
Rindu rumah yang sepah macam tongkang pecah tu jugak

Honestly aku tak reti nak tido cenggini. Kiri tak kena, kanan pon sama. Janggal tido bila takde pengapit kecik. Takde suara-suara bingit yang suka menjerit kat tepi telinga, takde sape nak dimarah sebab dah lewat masih tak tido lagi, takde yang kejut tetengah malam, sambil hulur botol susu.

Huh,
Rindu!


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati