Sunday 23 August 2015

Susun atur : ruang tupperware & tipuware

Assalamualaikum.


Banyak beno pending post nampak gayanya. Bersabarlah menunggu aku update sikit-sikit. Hope so korang tak jemu menunggu.

lol.

Baru berkesempatan nak mengemas dapur rumah semalam. Dari hari raya sampai dah selesai beraya, kuih raya masih ade bersaki baki dalam telap lagi.

Jadi semalam rajinkan diri, kentalkan hati, kemaskan semuanya.

Simpan balik bekas-bekas kuih, satukan kuih yang boleh jadi kudapan masa tengok tv kat dalam satu bekas. Nanti masa lapar-lapar tengah malam bolehlah buat alas perut nak sampaikan ke pagi.


Selesai sarapan, terus cari barang dapur, then terus balik rumah. Mulakan misi.


Ya Allah bersepahnya la hai!

Kelebihan kabinet bertutup ni pasal semuanya boleh disumbat selagi muat lepastu tutup rapat-rapat.
Mata tak sakit.

Tapi bila datang masa nak kemas macam ni, bukak pintu kabinet.
Hahahahahah!
Menakutkan hokey!

Segala mak nenek ada kat dalam tu. Kantoi la kemalasan diri ini bila tengok isi balik kabinet.
Tarik napas dalam-dalam. Mikir nak mula dari mana la nih. Semak samun rasanya mata ni.
Satu tips yang aku cuba hadam sampai paham is...


Jangan simpan sampah.

Sampah ni maknanya barang-barang yang kau tetap nak simpan walaupon sebenarnya kau tak tahu pon entah bilanya nak guna lagi.

Dapat tak?
Satu sifat semulajadi aku dari dulu,
Aku suka simpan.
Huhuhu~

Berbalik pada kabinet dapur aku tadi.
Nah ni suasananya.

Mana nk humban nih?

Tiba-tiba terasa banyak sangat stok Tupperware kat rumah ni. Belinya tak seberapa banyak, dapat hadiah yang buat nampak banyak terus.

Rezeki.

Ikutkan hakikat sebenar,
Aku lagi banyak tipuware dari tupperware nih. Takpelah, dua-dua ok jek aku gunapakai. Cuma tupperware ni sayang sikit nak buat basahan.
Entah pape kan.


Eh, buat tak nampak je super babah kat belakang tu ye.

=P

Mulakan dengan pencarian ruang simpanan untuk bekas-bekas ni semua. Akhirnya terpaksa punggah keluar khazanah ini. Tssk!



All the storage bottles zaman fareeq baby dulu. Honestly ni paling aku sayang jadiknya aku simpan sampai sekarang. Dulu aku plan nak gunapakai kat next baby, tapi sampai sekarang pon takde newborn juga.

Kasik belek semula.

All the bottles still in a good condition. Dulu aku guna untuk simpan susu perahan je. Untuk minum aku transfer ke botol lain. 

Anak yang paling mewah dengn botol is rareeq qashfiy. 
Fact ok.

Hurmmm..
Tapi bila try google, rata-rata kata botol ni boleh tahan 6bulan je. Lepastu kena tukar lain, jadi aku dengan berat hati asingkan kesemuanya ketepi. Kesemuanya. Termasok la botol-botol baru yang masih dalam kotak.

Nak jugaK tanya hb, padahal tak sampai hati nak buang sebenarnya.
.
.
.
.


Me : nak simpan ke buang je botol ni ek? Botolnya ok lagi. Tak kuning pon.
*muka sedih je masa nih*

Hb : buang je la kalau dah was-was.

Me : So nanti kalau ada baby, beli baru la kan.
.......... 
Ehh.... Takde respond plak dia.
Hahahahah!


Lepas dari persetujuan tu baru aku perasan ada jugak berpuluh packet plastic storage yang tak habis guna dalam simpanan aku tu.

Padah menyimpan sampai aku pon tak hingat dah ada lagi stok plastik tu. Banyak pasal dulu aku borong sakan bila fabulous mom buat sale.
tepi tu kaki fareeq . sebok aje soal siasat ape isi dalam kotak ni semua.


Tolak tepi kotak tu, 
Tak mau tengok lagi.
I is sad.

Satu-satunya yang aku simpan cuma electric pump aku. Spectra 3. Yang ni aku takkan letgo la. Kalaupon rosak akan kusimpan jua. Hamek ko, over tak?

Ni la yang banyak berjasa tolong aku simpan stok masa berpantang. Bekerja keras pam setiap 2 jam tak kira siang ke malam. Sentimental value sangat.

Bila-bila free nanti nak hantar servis. Kalau elok boleh la pakai untuk kelahiran yang akan datang walaupon niat dihati teringin nak pakai medela fs pula.
Ngee~

Eh balik pada kesah kemas dapur tadi. Segala tray pon aku susun semula. Bila kotak isi botol tu dah takde, ruang ada extra untuk simpan barang-barang majlis ni.

Besi buai pon ada!


Motor buai nya dah lama arwah, besinya je yang masih ada. Yang ni pon takde rasional nak simpan lagi rasanya. 
Buang ajela.


Set pinggan mangkuk & teko.
Aku beli satu set je dulu. Tapi bila mak mentua datang sekalian dengan ipar duai, baru aku perasan set ni tak mencukupi. Kena cukupkan sedozen la pulak. Maka space kat bawah tu aku reservekan untuk setengah dozen lagi yang bakal dibeli.Kalau takde aral raya akan datang berisilah ruang yang bawah tu. Hahah!


Atas tupperware, bawah tipuware. 
Adil memasing dapat satu space. 
sekian untuk hari susun-susun.


Lain minggu nak buat storage pulak. Tengok blog orang lain, rasa Nak buat semua. Insyaallah boleh. Asalkan rajin itu ada.

Kerana mengemas yang beria-ia tadi, sebagai upah mintak babah belanja pusing mall sekali makan kat chicken rice shop. Alasannya tak larat dah nak masak. 
Heeeee~

Tq u.



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati