Monday 22 August 2011

Sebab musabab susu men'drop'

   Rmai yang bertanya apa yg sy mkn utk tambah pengeluaran susu ibu, tetapi tak rmai yang sdr mereka juga perlu mengetahui faktor yang menjadi punca kekurangan susu ibu. Dengan mengetahui punca sesuatu masalah kita dapat mencari penyelesaian bagi masalah tersebut.Jom check satu persatu.


Tekanan @ stress
   Tekanan bukan sj berpunca dari pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidup seharian mlh ramai ibu2 yang rasa trtekan bila mendapati pengeluaran susu mereka berkurangan.
   Diakui amat sukar utk x brasa tertekan, tp sebolehnya elakkan trlalu memikirkan mslah kkurangan susu ibu sewaktu memerah susu atau menyusukan bayi.

   Dakap bayi dan tenangkan fikiran. Jika x brsama bayi ,lihat gmbarnya o byngkan  momen2 besama dgn bayi anda bg membantu pengeluaran.

Keletihan atau kurang tidur   Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Lebih2 lg bila terpaksa bangun wktu mlm utk menyusukan bayi. Walaubagaimana pun ini  x brmakna ibu2 boleh mnjadikan ini sbagai alasan utk kurang tidur.
   Keletihan bukan shja boleh mengganggu pengeluaran susu malah ia boleh mengganggu fungsi badan yang lain spt sistem pencernaan.Bagaimana pun anda masih perlu bangun pd wktu malam untuk menyusukan bayi. Anda masih bertuah krn x perlu bangun utk memanaskan air dan membancuh susu.
Tidur siang dlm jangka masa yang singkat boleh membantu mengurangkan keletihan tetapi pastikan anda x tidur berlebihan.


Kurang minum air   Bdn kita menggunakan air utk pelbagai fungsi termasuk utk menghasilkan susu yang mencukupi. Pengambilan air yang trlalu kurang boleh mengganggu pengeluaran susu.

 Kehamilan   Biasanya pengeluaran susu selepas bulan keempat kehamilan akan mengalami sedikit kemerosotan. Walau bagaimana pun pengeluaran akan kembali normal slps kelahiran bayi.

Pengambilan pil perancang   Walaupun ia jarang brlaku trdapat juga kebarangkalian pengeluaran berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang kehamilan.   Ambil pil perancang yg sesuai utk ibu menyusukan spt NORIDAY.






Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati