Tuesday 27 September 2011

susu ibu vs susu formula

   mama terjumpa artikel ni di blog hanisamin.com

Skdr mahu berkongsi dgn smua yg terjah blog mama ini. :)



Kebaikan Susu Ibu

(1) Makanan awal terbaik!

(2) Sistem imun yang lebih kuat
perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma & obesiti

(3) Bayi yang lebih cerdik!

(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.

(5) PERCUMA!

(6) Mudah
Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.

(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan.
membantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).

(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling.
Waktu tengahari yang panas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan.
Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.

(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.

(10) Kebaikan untuk IBU
 membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus,
serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

Kebaikan Susu Formula

(1) Mudah
 Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja.
Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu.
Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.

(2) Kurang frekuensi penyusuan
kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.

(3) Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri
 boleh makan apa jua, atau tak makan langsung (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.

Cabaran Menyusu Badan

(1) Sakit di payudara pada peringkat awal
krn masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain).
Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.

(2) Lebih frekuensi penyusuan
kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.

(3) Lebih komitmen buat si ibu 
 perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.

(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.

(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.


Cabaran Memberi Susu Formula

(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.

(2) Keselamatan produk tersebut.

(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!

(4) Kurang antibodi.
*tp alhamdulillah, farish mnom FM tp jrg sakit.

(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi.
 Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.

(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.
*ini mmg terbukti & sy mengalaminya sndiri

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati