Wednesday 28 December 2011

nak susu banyak!

   arini mama nk citer psl susu ibu. ya, cite susu ibu akan ttp d update dlm blog mama slagi mama menyusukan anak mama. :)
  

stok berpantang
n_n

   byk x?? alhamdulillah, spjg mama berpantang mama mampu kumpol kurang lebih 500oz susu utk abie. Berkat cekal & semangat.
  
susu pertama utk abie
4hari slps kelahiran
hasil kali pertama pam

   ye,, mama teruja utk berjaya menyusukan anak kecik mama. seawal kelahiran abie hnya mama berikan kolustrum. direct from breast to his mouth. momen indah buat mama.

stok terawal mama
   mama kumpol stok sms berpantang. start je susu sebenar terhasil, mama teros buat stok. 2jam skali mama akan pam utk pastikan breast kosong. Tp hakikatnye, kita xkn pernah berjaya betol2 mengosongkanbreast sbb kitaran susu adalah berterusan. Semakin kerap pam, semakin cpt n byk susu terhasil. ingt prinsip penyusuan.

supply on demand

   lately, semakin ramai yg taksub mencari kaedah utk kasi susu banyak. Hmm... boleh di katakn tiap ari kt KIM akan ada yg tnye 'mcm mne nk bykkn susu' o 'susu saya dh makin ckit, nk makan ape ek?'.
   mama x nafikan sedikit sebanyak mknn & supplement menambahkn susu mmg membantu. Tp jgn pulak terlalu eksited smpai sanggup telan 4 ke 5 jenis suplement tiap ari. adehh....
   ingt kunci utamanya, kerap kosongkn breast. mudah aje. Jaga pemakanan dan amalkn minom byk air utk kekalkan kandungan cecair dlm bdn.

contoh
   1. Kekerapan bayi menyusu. Bayi perlu menyusu mengikut keperluannya sendiri mengikut kekerapan untuk membesar. Kadang dalam sehari kekerapan menyusu berbeza waktu pagi dan petang. Kalau kena bangun 5-6 kali pada waktu malam nak menyusukan baby.

2. Bayi tiba-tiba kerap menyusu dan payudara terasa lembut. Kita sebagai mama risau susu tak cukup. Ini sebenarnya bagus kerana payudara kosong sebab bayi kerap menyusu dan ini akan meningkatkan kadar stimulasi pengeluaran susu. Jangan risau susu akan re-fill kembali. Kita ambil konsep kalau kita flush kat toilet. Lepas tank kosong automatically akan di isi penuh semula.

3. Bayi makin kurang menyusu, jika kerap merisaukan, kurang juga merisaukan. Kemungkinan bayi mendapat susu yang mencukupi jika payudara mempunyai kapasiti simpanan yang banyak. Boleh periksa output lampin bayi.Kalau maintain oke, oke aje la. ^_^
4. Bayi menyusu sekejap. Mungkin biasa dengar perlu menyusu dalam jangka masa tertentu untuk pastikan dapat hindmilk. Sebenarnya semua ini bergantung respon bayi dan payudara. Ada yang menyusu dalam 5 ke 10 minit sahaja. Atau kerana bayi sudah pandai menyusu dengan betul.
5. Bayi menangis dan menyusu 1 botol susu lagi selepas menyusu badan. Adakah kerana ia memang lapar atau ia menangis jadi untuk menenangkannya bagi botol susu. Selain lapar menangis boleh disebabkan kerana ingin menghisap lagi, alergi atau kembung. Tak semestinya menangis sebab nak susu je.


6. Bayi tersedak, berbunyi-bunyi dan menarik puting atau tidak menyusu lama atau mungkin menjerit, mungkin ini tanda susu terlalu banyak. Anda pula terasa sentiasa penuh sepanjang masa dan cuba mengosongkan susu. Cuba tekan sedikit payudara semasa menyusu untuk memperlahankan flow.


7. Meragam ketika lepas tengahari dan petang. Aliran susu berkurang, jadi susu keluar dengan pelahan, jadi bayi akan meragam bila susu kurang. Tambah pula kepenatan menyumbang kesabaran mereka berkurang. Bayi perlu kerap menyusu, namun ibu pula enggan menyusu sebab baru menyusu.


8. Bayi tak tidur sepanjang malam. Normal bayi bangun banyak kali dalam setahun pertama. Tidak normal jika tidur terlalu lama lebih 4 jam tanpa menyusu dalam bulan pertama. Ini mungkin tanda kurang susu jadi bayi tidur untuk simpan kalori. Selain itu bayi bangun kerap mungkin juga sebab sakit, tidak selesa atau kerana baru belajar merangkak, berdiri jadi semangat nak cuba. Atau juga kerana terlalu seronok di siang hari tak mahu makan, malam baru lapar dan nak menyusu bila dah kurang stimulasi.


9. Baca bahasa badan bayi. Bayi cuba sampaikan susu sikit dengan kerut dahi, kening atau menarik dan lepas puting. Atau mungkin menekan payudara dengan tangan seperti anak kucing menyusu. Ini adalah cara untuk keluarkan susu. Bayi yang kurang sabar akan terus lepaskan payudara dan menjerit. Ibu selalu salah faham sangka bayi tidak mahu menyusu badan. Semua bayi mahu menyusu cuma kerana ada masalah dia menolak dengan tujuan ingin memberitahu sesuatu, dan kita pula sangka bayi tak mahu menyusu. Biasa bila bayi dah dapat
susu, bayi akan mula relaks dan matanya pelahan-lahan tutup dan tidur.
   Sepanjang 7bulan menyusukan fareeq, mcm2 ragam dan gelagat. Mama bljr mcm2 ttg penyusuan susu ibu. dan sekarang, die sudah pndai ketap2 bila menyusu. adoyai~~


si dia
>maaf sdikit blur<
o_O


owhhh,,, entry plg pjg dr mama. ;p



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati