Tuesday 24 April 2012

mati itu pasti

2april 2012
   entrY terbengkalai dr mama. hari isnin, sekitar jam 4ptg mama dimaklumkan tentang kematian ayah cu. Diam sekejap. Terperanjat. Kematian yg tak disangka-sangka. Sunggoh mati itu rahsia Allah. Tp bila xde angin xde ribut, tibe2 maninggal. maka ramailah yg tersentap dgn kematian itu. Termasuklah ayah....
   arwah meninggal akibat serangan jantung. Meninggal dpn hospital penawar pasir gudang. Arwah pergi hospital tu sendirian, mungkin dia dh rasa x sedap badan. agaknye la kn...
   Perancangan awal, jenazah akan dikebumikan kt sri lalang. kampong halaman arwah merangkap rumah yg family mama tinggal sekarang. Ayah & mak pon dah standby apa yg patot tapi di saat akhir perancangan tu dipinda pulak. Jenazah akan dikebumikan di Pasir Gudang.
   Serius tersentuh hati mama bila tengok isteri arwah. Tak berdaya sunggoh dia. Dengan mata yang masih membengkak. Mungkin dia pon x jangka, suami yg semalam sihat hari ni meninggal dia. Bukan untuk sehari, bukan sebulan, bukan setahon. Tapi untuk selama2nya.
   Sepasang anak arwah pon nmpk bingung. mUNGkin masih terasa macam bermimpi. Ayah yg menghantar mereka ke pintu pagar sekolah pg tadi, yg menitipkan pesan supaya belajar bersungguh2 kini sekelip mata sudah pergi. Oh,, mama simpati sekali. Hanya mampu meminta anak itu bersabar dan tabah menghadapi ketentuanNya.

   Mati itu pasti. Cuma masanya saja yg kita x tahu. Bila smpai masanya, takkan terlewat sedetik pon kerana itu kuasa ALLAH. dan kita yg hidup hendak la bermuhasabah diri. Melengkapkan diri. Sebab tak seorang pon tahu bila masanya akan tiba.
   Arwah meninggal pada usia 41Tahon. Meninggalkan isteri yg selama ini bergantung sepenuhnya kepada dia. Simpati lagi. Bila isteri arwah mmg x pandai memandu. Selalu pergi balik kerja dihantar dan dijemput. Ohh.. semoga dia tabah menghadapi hari esok. Kepada arwah ayah cu, semoga kamu tenang di sana. AL-FATIHAH~


   Bila ada kenduri kendara macam ni, baru la bertemu sedara mara. Yg kadang2 setahun sekali pon payah nk jumpa. So ade la pic mereka sikit ni...

keluarga auntie noi
:)

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati