Tuesday 18 September 2012

alkisah anak pelat

assalamualaikum wbt

    tergerak hati nk publish topik ni. tentang anak yg pelat atau bahasa simplenya cakap tp xterang. :)

    sikit info copy paste dr link ini.

BUKAN sesuatu yang pelik jika kanak-kanak bercakap pelat kerana pada peringkat awal tumbesaran, kanak-kanak tidak boleh mendapat bunyi yang betul..
Secara biologi, lidah mereka tidak boleh mendapat bunyi yang tepat dan apabila si kecil menutup bibir dan menghembus, perkataan pertama yang akan keluar ialah `ma'.
Sebab itu, panggilan untuk ibu di seluruh dunia kebanyakannya bermula daripada huruf M seperti 'mak', `mama', `mummy' dan `ma' kerana is antara perkataan awal yang keluar daripada mulut bayi. 

Saintis Social dan Eksekutif Unit Penvelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia UiTM Perak, Airil Haimi Adnan, berkata pelat kanak-kanak bukan berpunca daripada ajaran orang dewasa, sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh dielak dan biasanya dilalui setiap kanak-kanak.

Menurutnya, perkataan itu kemudian diikuti sebutan `pa', lalu timbulkan perkataan `papa' untuk memanggil bapa. Perkataan lain seperti `abah', 'ayah' dan 'umi' jugamudah disebut, tetapi kanak-kanak menyebut suku kata akhir terlebih dulu yang lebih mudah disebut sebelum dapat menyebut perkataan penuh.
Sementara itu, untuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ibu atau bonda, walid (bapa), si anak mengambil masa menyebut perkataan berkenaan kerana si bayi akan menuturkan apa yang mampu dikeluarkannya dulu.

"Pada 1980-an dan 1990-an, masyarakat kita sering diingatkan supaya jangan melayan kanak-kanak dengan bercakap pelat kerana dikhuatiri menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik apabila besar.
"Sebenarnya, ada dua pendapat berbeza dalam hal ini, iaitu tidak salah bercakap pelat jika hendak mengajuk atau bermanja dengan anak itu.
"Kanak-kanak boleh faham percakapan kita jika kita 'bercakap bahasa betul atau bercakap pelat ketika berbual dengannya. Satu pendapat lagi, jangan amalkan bercakap pelat sebab nanti mcmpengaruhi kecekapan si kecil bertutur," katanya.

Punca kanak-kanak lambat bercakap bukan disebabkan dia bercakap pelat. Perbezaan gender antara faktornya iaitu kanak-kanak perempuan lebih cepat membezakan bunyi, menyebabkan dia lebih cekap bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.
Bagaimanapun, daripada segi lain, kanak-kanak lelaki lebih cepat menguasai kemahiran fizikal, misalnya berlari berbanding kanak-kanak perempuan.

"Sebaik-baiknya, apabila kanak-kanak mampu bercakap normal, jangan bercakap pelat dengannya kerana kanak-kanak tidak menyukai kelakuan itu kerana rasa dipermainkan. lni menyebabkan dia tidak berminat bercakap atau berbual. Jika hendak mengusik tidak mengapa, tetapi jangan diamalkan," katanya.

Menurutnya, sampai satu tahap apabila kanak-kanak itu dapat mengenal pasti bunyi yang betul, si kecil akan bercakap dengan bahasa betul.
"Jika pada usia enam tahun kanak-kanak itu masih pelat, perkara itu boleh diterima. Bagaimanapun, jika pada usia tujuh hingga lapan tahun dia masih tidak mampu bercakap dengan betul, ibu bapa diminta berjumpa pakar bahasa percakapan bagi merujuk masalah itu," katanya. 


Last Updated ( Monday, 28 January 2008 )

sidia



   si petah ibu. pelat pon tp phm je ape ibu cakap n penting sgt bile die elok je balas balik. so, no worries mommy! :))

Terima Kasih

1 comment:

  1. As salam, tepat sekali puan!

    Yang penting 'mommy'nya faham :-)

    ReplyDelete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati