Tuesday 20 November 2012

we had been married for another year!

assalamualaikum, ;))

entry basi jua. T_T




241012 ulangtahun pernikahan kami, setahon lagi, menjadikan tempoh berumahtangga kami genap 4tahun. syukur. bahagia & menyempurnakan. ;)

"aku terime nikah nurul farehah binti zainal dgn mas kahwinnya rm22.50 tunai."

akad itu masih tersimpan kejap dlm memori. momen indah yg akan selamanya manis. amin.

dia lelaki saya. dia suami saya. dia nyawa saya.

sepanjang melayari bahtera bersama, banyak yg kami lalui bersama. pahit manis berdua menjadikan diri ini sntiasa mahukan dia, dan hanya dia. dirinya adalah saya & saya adalh bahgian dirinya.

cinta kami x sederita qaisy&laila, x juga seromantis romeo&juliet, tapi cinta kami agung dgn cara kami yg tersendiri. cinta yg bertahun belum menjaminkan perkahwinan, dan syukur sekali lagi perkenalan sesingkat itu mengikat kami dgn sesuatu yg lebih bermakna. mengizinkan kami merasa manisnya kehidupan berumahtangga, bersama putera hati kami yg menceriakan hari2 mendatang.

kami mungkin x mewah dgn harta, tapi kami mewah dgn rasa cinta. kerjaya kami biasa2 jek, tp kami cukup bahagia. masih mampu meneruskan hidup bersederhana itu sudah memadai juga. syukur lagi.

harapnya bhgia ini berpanjangan, diizinkan kami meraikan tahun2 kecintaan kami berdua. diberi kelapangan rezeki & kudrat membesarkan cinta hati kami. semoga cinta ini berterusan hingga ke syurga abadi, insyaallah. amin.


buat mohd nor hafizan b ahmad,
tiada kata menggambarkan rasa yg sedia ada, tiada airmata menggambarkan manisnya kehidupan bersama kamu. meskipon kamu kadang2 menjengkelkan, tapi saya sudah lali. tak mampu marah kerana sayang sy membatasi rasa itu. ;)



posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati