Sunday 12 May 2013

tahun keempat sebagai IBU

assalamualaikum..

sana sini orang up pasal hari ibu. hari ni eh hari ibu? :P

sejujur2nya, memang tak penah sambut pon hari ibu ni. kalau hari jadi ibu tu adelah. huhu~
bila hari ibu yg sebenar pon xsure sangat. cuma yang tau hari ibu ni bulan 5. sama macam hari guru jugak. :)

terpanggil untuk buat entry ini. nak kongsi pengalaman sepanjang bergelar ibu. Bukan ibu baru pon, dah hampir 4tahun menyandang gelaran tu. Dan bukan ibu kepada sorang anak pon. 

memula sekali, maap. kelamaan tak menulis. semua terasa janggal. nak susun ayat pon rasa something wrong somewhere. :P

ibu. mak.mama.umi.
panggilan yang berbeza tapi maksudnya tetap sama.      
Gelaran untuk seorang wanita yg telah mengandung dan melahirkan bayi. 
Dan aku, salah seorang yg teruja menanti gelaran itu. 


suatu masa dahulu
perasaan sebagai ibu? 
sangat menakjubkan

mengusung kandungan lebih 9bulan. dengan selera makan yang membuak2. Berat badan yg mencanak naik tanpa kenal erti kesal. Muka yang membulat tanpa maap. Hidung yang kembang tanpa segan silunya. phewwwww~

belom masuk bab nak beranak. 
Fes time ok. so I sangat2 x reti nak agak masa tu dh nak beranak ke hape. 
Orang cakap turun tanda tu nak beranak, ok fine. walaupon x sakit terus serah je diri kat hospital. Rupanya x nak beranak pon lagi... adehh~

kena induce bagai nak rak. serius memang sakit. lebih2 lagi bila kembar darah. memang insaff sesangat la.

nak nangis pon x kua airmata. Pujuk2 baby keluar la cepat sayang. Ibu memanh tak daya sangat. Babah pon xde. Sensorang la ibu tahan sakit kat dalam wad tu. 

Lemah, selemah2nya. TApI kena KUAT. Persiapan baby bukan main meriah. Awal2 trimester ke3 semua dah ready. Baju dah berbakul dibeli. Mitten Booties pon melambak2 berwarna warni. Playpen kamu pon x kurang cantik. Semua tak sabar tunggu kamu baby. 

Maka 10julai 2009  itu..
secara rasminya aku bergelar IBU.

Sungguh tak percaya. Yang dinanti dah tiba. 
Cahaya mata pertama. ^_^

Dua tahun kemudian, lahir pulak baby ke2.
yepp. masih failed bab tanda2 beranak ni. 
Memang takde turun tanda macam yang dulu. makin la tak paham dibuatnya. 
Cuma perut makin sakit, jap sakit jap hilang.
Orang pon pesanlah suh kira berapa minit sekali.
huhu~
kalau memang tak reti, x jadi jugak!

22mei2011
kini aku ibu beranak dua. 

Alhamdulillah.DEngan izin Allah, aku kini merasai nikmat bergelar ibu

Mereka kesempurnaan aku. 
Kekuatan aku. 
Inspirasi aku.


my sweet DOUBLE F
setelah 4tahun menjadi ibu...
anak2 pon makin besar. makin banyak ragam. makin x dapat dijangka. dan makin perlu banyak sabar.

ye... mengaku la,
kadang2 sabar tu tak berapa nak kuat. 
anak makin cerdik
makin mencabar
sampai kadang2 hilang sabar. 
mihmihmih~

tapi semampu boleh seorang ibu akan tetap bersabar.
kerenah anak2 tu biasalah..
tu tak masuk bab tak pham bahasa atau senang kata buat2 tak paham bahasa. =_=

pangalaman mencabar membesarkan mereka setakat ni, takde la sangat kot. Masa awal2 farish lahir dulu je. Lepas tu ok. 

Yang terkini, cabaran menguruskan dua beradik ni bila diorang berkelahi. alamak aihh~

Si abang suka usik adik, sekali adik debik...
 nah,, abang yg menangis!

Bila sama2 tunjuk keras kepala, taknak tolak ansur. memang stress. Kadang2 hal yang kecik je, contohnya mainan. Time xde yang main, elok je mainan tu tak sorang pon pandang. Tapi bila sorang main, yang sorang pon sebok nak. memang ibu geram yek. Las2 nanti mesti ade yang menangis. huh.

Teringat kata2 mak.
Beli apa2 pon mesti beli dua. Mesti sama. Jangan beza sikit pon.
ohh mak..
pesanan berdasarkan pengalaman dia membesarkan aku dua beradik.
^__^

tapi seingat aku, walaupon mak beri sme sejibik kat kami berdua,
tetap jugak gaduh... :P

Mungkin itu dah jadi kelaziman kot. Tapi itu jugaklah kenangan terindah yang kami dua beradik kenang sampai hari ini. Bila ade part abg & abie gaduh, sikit sebanyak mesti mengingatkan kami pada masa kecik dulu. :')

sekarang farish dah mula kenal sekeliling. Dah sekolah la katakan. Mudah2an dia berjaya. dunia dan semestinya di akhirat jugak. 

Setiap hari, ada saje momen baru dalam hidup aku sebagai ibu. Dan aku takkan penah jemu menikmatinya. Sebab setap saat, aku sedar.. anak2 aku terlalu cepat membesar.


Terima Kasih

4 comments:

  1. akak dh tinggalkan pengalaman hamil, perut membesar dan melahirkan anak ni dh 14 thun...
    anak yg kecik pun dh 13 tahun, kan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mesti akk masih ingt pengalaman tu smua kan. :)

      Delete
  2. seronokkan alam mengandung nie.saya baru 1st time laluinya.lagi best bila baby ada respons.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat. Mesti awak pon teruja kan. Rasa teruja tu ttp sme walau bpe kali mengandung pon. ;)

      Delete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati