Sunday 25 October 2015

Another year we had been together!

Assalamualaikum

Ulangtahun perkahwinan datang lagi. Terasa macam baru je sambut tahun lepas, alih-alih bertambah setahun lagi.

Feeling pengantin baru?
Memang tak laaaaaaaa.

Terima hakikat yang usia perkahwinan kitorang dah makin panjang. Dan sepanjang usia tu jugak, macam-macam cerita dah kami lalui sama-sama.

Antara kuat dengan tak kuat je.
Gagal atau berjaya.

So far Alhamdulillah semua baik-baik. Bohonglah kalau tak pernah ada salah faham, krisis dalam hidup berumahtangga ni.

Apepon,
Tanya balik pada diri sendiri.
Kemana halatuju perkahwinan yang dah dibina tu.

Bukan semuanya manis dalam hidup berumahtangga ni. Lagi-lagi untuk rumahtangga yang belum lama mana pon, macam kitorang.

=)

5tahun pertama dah berjaya kitorang lepasi. Orang kata tu la tempoh paling mencabar dalam rumahtangga.

Kata orang,
Bukan kami kata tau.

Apa yang pasti,
Tolak ansur, sikap lebih kurang dan saling bertahan dengan peel antara satu sama lain tu yang jadi tips kitorang selama 7tahun ni.

Both ada kurang dan kelebihan kan.
Belajar terima partner kita seadanya.
Tak boleh terima?

Buat je tak reti sampai nanti satu masa akan rasa pasrah pasal dah sedia maklum peel dia memang sejak azali begitu.

Hahahha!

Percayalah,
Tips ni berkesan taw.
Mihmihmih~

Takde sesiapa yang sempurna.
Even ada partner yang serba serbi nampak sempurna pon, takkan pernah ada kesempurnaan dalam hubungan tu.

Just nikmati hari-hari bersama.
Buat apa yang korang suka.
Kalau macam aku spesis sukahati je bebila nak jadi pemalas,
Dianugerahkan suami yang rajin sikit dari aku.

Walaupon mulut dia bising pasal kena tolong buat mende yang aku malas tu, takpe.

Diamkan je.
Jangan melawan tau.
Dia tolong tu dah kira ok la tu.

Ngeeee~

Rasa macam dah lama sangat kawen. Setiap hari tu dah boleh agak apa flow nya.

Bosan?
Pergi holiday.

Spend time sama-sama. Bawak anak sekali.
Walau tak mungkin dapat jadi seromantis masa bercinta dulu, at least ada masa terluang bersama.

Mungkin untuk orang yang baru beranak dua, nampak macam senang nak plan untuk vacation kan?

Inshaallah,
Esok lusa kalau kami dah ada 4orang anak pon kami tetap macam ni. Berikan masa untuk keluarga. Tak perlu belanja besar. Ikut kemampuan sudah~

Sejak kawen,
husband jadi suka pergi berjalan.
Jadi nampak macam kerap nooo kitorang pergi jalan. Walhal semua dalam malaysia je pon.

Sebab pada kitorang,
Momen paling bahagia adalah bila mampu buat anak-anak gembira.

Itu je hadiah ulangtahun kalini.
Rezeki anak yang ada tu.

Ya,
Inilah perkahwinan.
Tiba-tiba kite terima apa saja yang partner kita suka walaupon awalnya kita tak pernah suka.

Sempena ulangtahun perkahwinan harini....

Untuk husband yang paling win,
Happy anniversary.
Tenkiu so much untuk semuanya.
Untuk kekentalan hati,
Kekuatan mental melayan isteri ni,
Juga untuk semua pengorbanan selama ni.

I love u.
So much.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati