Friday 28 October 2011

1001 kisah botol susu

Adakah... saya perlu mensterilkan botol-botol bayi saya?
   Ya, sterilkan semua perkakasan penyusuan bayi sebelum menyediakan susu. Mensteril akan membunuh kuman yang boleh berkumpul pada botol dan susu bayi. Kuman ini boleh membuatkan bayi anda sakit.
   Sebelum menyediakan makanan bayi, cuci semua botol, puting, gegelang bendungan dan tutup botol dalam air yang bersih, panas, bersabun dan sterilkan semuanya. Lakukan ini setiap masa anda menggunakan perkakasan ini.
   Untuk mensterilkan perkakasan penyusuan bayi, anda memerlukan pensteril stim elektrik atau pensteril ketuhar gelombang mikro, atau anda boleh menggunakan larutan mensteril. Anda juga boleh merebuskan botol dan puting dalam periuk yang bertudung untuk sekurang-kurangnya 10 minit untuk mensterilkannya.

Bagaimanakah saya memastikan bayi saya menghisap dengan selesa?   Apabila anda memberi bayi makan, tonggengkan botol sedikit supaya hujung puting itu sentiasa dipenuhi susu, bukan udara. Anda akan memerhatikan buih dalam botol semasa anak anda menyusu. Dia mungkin menghisap kuat untuk beberapa ketika, kemudian berhenti rehat sebelum menghisap semula. Masa rehat antara penghisapan memberikannya masa untuk menentukan samada dia sudah cukup kenyang atau tidak.
   Jika anda mendengar banyak bunyi-bunyi menghisap yang kuat semasa bayi menyusu, dia mungkin terlalu banyak menelan udara. Untuk membantu bayi menghisap udara secara minima, pegang dia secara menegakkan sedikit. Berhati-hatilah menonggengkan botol supaya puting dan leher sentiasa dipenuhi formula.

Berapa kerapkah saya harus menyusukan bayi saya?
Selera bayi anda akan berbeza dari hari ke hari dan bulan ke bulan, jadi biarlah dia menentukan kekerapan ini. Bayi anda akan menyusu sekerap yang diperlukannya, selagi anda belajar untuk memerhati kiu-kiunya dan memberi respon.
   Jika bayi anda baru lahir dia perlu menyusu sedikit-sedikit dan kerap, jadi, berikan dia susu setiap dua atau tiga jam. Biarkan dia menyusu seberapa lama dia mahu. Jika dia tidak mahu menyusu lagi, jangan paksa dia untuk minum lebih. Apabila bayi anda membesar dia akan mampu mengambil susu yang lebih banyak dan boleh tahan tidak menyusu bagi jarak yang lebih panjang.
   Sebagai pandaun umum, bayi anda akan meminta antara 150ml dan 200 ml formula bagi setiap kilogram berat badannya. Jadi, jika berat bayi anda 3 kg, dia akan memerlukan antara 450ml hingga 600ml formula dalam tempoh masa 24 jam untuk memuaskan kelaparannya.
Bagaimanakan bagi saya memanaskan sebotol susu dengan selamat?
   Jika anda menggunakan susu badan yang diperah, anda boleh memanaskan botoldalam periuk atau mangkuk yang dipenuhi air panas. Biarkan dia rendam tidak lebih dari 15 minit. Anda juga boleh membeli pemanas botol elektrik, yang mengambil masa sebanyak empat atau enam minit untuk memanaskan botol ke suhu yang sesuai untuk bayi anda.
   Adalah baik untuk tidak menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan botol yang mengandungi susu ibuatau susu formula yang sudah disediakan.
Ketuhar gelombang mikro memanaskan secara tidak rata, jadi ia mungkin menghasilkan saku-saku panas yang boleh melecurkan mulut bayi.
  

Bolehkah saya menyediakan botol dan menyimpannya dalam peti ais untuk digunakan kemudian masa?
   Adalah baik untuk menyediakan botol formula yang segar setiap masa bayi anda mahu menyusu. Susu tepung tidak steril, dan bakteria boleh hidup dalam susu walaupun anda menggunakan air steril untuk membancuhkannya. Walaupun anda menyimpan susu formula dalam peti ais, bakteria boleh membiak dalam beberapa jam sahaja.
   Namun begitu, mungkin ada masanya anda tiada pilihan selain menyediakan susu untuk digunakan kemudian. Ini juga satu kemungkinan jika anda mempunyai anak kembar, atau anda keluar untuk membeli belah dan tidak mahu menyediakan susu botol di tempat yang terapat banyak bakteria berterbangan.
   Jadi, untuk masa-masa anda merasa anda perlu melakukannya, sediakanlah satu botol susu bayi terlebih dahulu. Lakukan ini secara yang paling selamat yang mungkin dengan menyimpankan susu itu dalam peti ais atau beg sejuk sebaik saja anda selesai menyediakannya. Pastikan anda menggunakan formula itu dalam masa empat jam jika ia disimpan dalam beg sejuk atau 12 jam jika disimpan dalam peti ais.


**sharing is caring*** :)
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati