Wednesday 4 January 2012

bila baby x poo poo

elow sumer!

smoga ceria ceriie d hari ni

arini mama nk share pengalaman mama
bila ank x poo poo dlm jgka masa yg lame

n_n





  ini la abie. PIc terlatest skali. Mama busan be2 sje sme die, then mama snap la. via Samsung Galaxy Tab 10.1. hahaha! (x memasal)

   Melangkah ke usia 8bulan, si kecik mama ni masih lom leh dudok. cme menyulurrr aje ke sne cni. Sgt la aktif melalak. huhuhu!
   Lihat la si kecik yg diberi susu ibu shj, kecikkk aje kn. Berat pon 7kg aje. adehh~ Minom punye la byk, mkn pon x kurang selera. Tp besa takat tu jugak. But as long as my paed kate ok, mama hepi sje.

   Mase abie baru2 lahir dulu,, die jarang sgt poo poo. kekadang smpai seminggu. Diakui, mama cuak mase tu. mama takot mama de slh mkn smpai terkesan pd abie. Percayalah, mama sgt2 mnjaga diet mama sbb mama xmau abie menanggong kesan.
   Sne cni mama cari info, tye kt KIM smpai la mama dpt keputusannye. BAYI yg minom susu ibu shj mempunyai 2 kebarangkalian. Sama ada die kerap poo poo atau jrg2 poo poo tp ble dh melabor tu boleh buat baja. ;p

     CERITANYE MCM NIE...
  

   mama yakin hmpir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tak poo poo beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya buang air besa stiap hari. Bayangkn kita mkn macam2 setiap hari, tapi buang air seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan buang air spt buang air besa seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan 1 perkara yg boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kpd masalah kesihatan spt kekurangan nutrisi atau penyakit lain yg lebih serius.
   Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak buang air besa selama beberapa hari sering berlaku. Mama pernah mendengar org mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Mama tak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tp mama pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak buang air besa selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu buang air besa. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.
Apa yang perlu di ambil perhatian?
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak poo poo dgn kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
   Sekiranya bayi anda tidak buang air besa, jgn panik. Monitor perkembangan bayi & sekiranya bayi tak sembelit ketika buang air, biasanya tak ada apa yang perlu dirisaukan.
(^_^)


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati