Tuesday 3 January 2012

boleh tercemar ke??

   huhuhu... sdikit info psl susu ibu. Isu ni dh dibincangkn kt WHI taon 2011. Jom bace,,


Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.

Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat2 yg boleh menyebabkan susu tercemar.
Dr. Norashikin menyatakan bhwa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu. ubatan yg lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.
:)

 Payudara adalah steril
payudara adlh tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dr payudara tiap kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
^_^
 Ini BERBEZA bila susu yang disimpan atau dibekukan. Askar2 tersebut akan tidur dlm suhu yg rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi krn askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut.
  
Susu ibu basi?
Susu ibu TAK AKAN basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
o_O
 Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dgn sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa.
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu mkn durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu mkn petai, susu pun akan berperisa petai.

Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
 
 Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.


sumber dr WHI
JULAI 2011  
 

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati