Tuesday 3 January 2012

siap sedia

ihsan dr google
  
   Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba & kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dlm susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;
* Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air paip tk beberapa ketika.

* Rendam botol di dlm bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air dh sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman & rendam lg tk beberapa ketika.

* Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kpd 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika utk mencampurkan bahagian2 yg terpisah & menyamaratakan suhunya.

* Rasa suhunya sekali lg sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
* Turunkan bberapa botol (ikut keperluan) susu beku drpd bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dlm peti sejuk anda pd sbelah mlm supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan susu kpd bayi nanti.

* Apabila bersedia utk memberikannya kpd bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk & cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:
1. Gunakan susu perahan yg paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).

2. Cairkan & panaskan susu perahan hanya dlm kuantiti yang diperlukan sahaja.

3. Susu yg sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.

4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 1 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya. Tp ade sstengah artikel yg menyatakan susu yg dibiarkn pd jangka masa 2-3jam masih boleh dibeikan pd bayi. Sila ikut kesesuaian masing2 sbb ini hanyalah sbg panduan..

5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).

6. Susu yang telah disimpan di dlm peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku utk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau & rasanya mungkin sedikit berubah krn susu yang disimpan lama di dlm peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:
* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.

* TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).

* TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.

* Sebab & alasan:

 susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.



*sharingiscaring*

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati