Friday 7 December 2012

Kelahiran yg pertama kali

Assalamualaikum...

Selesai makan mlm sama mereka. Suami&anak2 tersayang. ;)

Ibu landing sekejap. Layan buletin utama. Suami? Mengadap tab. Ketagihan melayan game lettew. ==

Anak2 saya?? Makan biskut oreo dgn khusyuknya. Cuci mulut la kiranya. Abes hitam melegam mulut,tangan & muka.

Letih seharian ni. Lawatan 5S makin menyesakkan nafas. Kalini kami wakil peringkat johor pula. Dh dapat persijilan, skrg kena maintain pulak.

Bila org nk melawat masing2 mula la sibuk. Sibuk baiki sana sini. Hurmmm....

Sudahnya... Takde kesudahan. 18disember diorg dtg lg. Maka kebizian arini akan berulang lagi. =
=

Maka untuk hilg rasa celaru berkeladak semua2 ni..

Kita share kisah anak ye. Bila stress,
Ingat semula masa2 yg happy bersama kesayangan. Sure thap stress tu menurun. ;)

Sebulan slps bergelar rja shari, period yg spatutnya dtg x tiba2.

Hurmm... Stok pad dh beli sebundle. Sebab teruja berbelanja kelngkapan peribadi same2 lps jd hubby&wifey.

Jengjengjenggggggggg~~~~

Mengandungkah diriku?????

Bia dlu. Tnggu. Ngam 2 ari lewat. Harus check. Mne tau membuahkan hasil. ;p

Kelua lunch hour terus g guardian.dgn inai yg merah lg kat jari, wt muka toya je tuju bahgian pregnancy test.

Gila banyak bentuk&nama!!!!!!!
*_*

Ushar yg sedang2 aje. Yepp. Rm 16.90.
Sepaket ada dua. Boleh la yg ni. Terus baya. Pecut balik rumah. Hihihihi~

Jam 12.30tghri. Pegang,belek& koyak plastik laju2. Sensorang kat rumah. So terujanya agak buruk.

Terus la g toilet. Membuat eksperimen. 100% follow arahan kat kotak.

Titis.tunggu.hasil.

Zupppppp.. 2 line pink kelua tanpa malu2. Clear sesangat. Maka berlakula lompat2an. Maklomla org umo 20 tahun. Terujanya semacam sikit.

Dail cpt2. Nak infom bakal bapa. ;)
Call x berjawab. Yela dah pegi solat jumaat la tu. Pesan kat diri sendiri...
*SILA SABAR*

Jam 2 call lagi.

"sayang, b buat pregnancy test.nanti balik keje b tunjuk."

Ptg tu semangat gila tunjuk pregnancy test tu. Siap letak tinggi2 tau. Konon takut hilang. Tengok skali lagi. Masih 2 line. Hahahah! Nampak sengal kn? Ada kes ke 2line tu jd 1 line pulak? Kalau 1 line jd 2 tu penah la kan. Disitu lagi keterujaan org muda. ;p

Nah. Hulur kat si suami. Dia pon belek2 la....

"2 line ni mengandung ke tak?"

Erkk... Si isteri tiba2 blur. Td konfiden. Lps kne query jd serba slh pulak. Terus ambik kotak smula.

"dia cakap 2line ngandong."

Lps mandi. Ajak hb ke klinik. Muka dia masih x konfiden. Las2 decide utk test skali lagi since ada 1lagi upt tu.

Ok. Konfem. Marilah kita menuju klinik. Masa tu hati dh bbunga mcm musim bunga. Ceewahh!

Bila dokto dh sahkan. Kandungan 6minggu. Erkk....
'baru kawen sebulan nape pregnant 6minggu?'

Boleh jd isu ni.
(Lps wt research bru la tau cara kiranya.)
Next entry kita citer pasal kira2 pregnancy ni ye. :)

Bayar bil. Masok dlm kereta tu si suami berbunyi slow jek....
"mcm tak caya jek."

Hahahahah! Mau x caya. Sebulan kawen dh termengandung. Sungguh la menakjubkan.

Perasaan?
Hepi sesangat. X penah ada adik kecik. Alih2 nak ada anak sendiri. Mampu tak aku ni ek??



Pening2 lalat je sebulan dua pertama preggy ni.
Muntah? Tak penah. Loya gitu2 je.

Selera makan menjadi2. Sgt seronok makan sbb xde alahan. Lapa-makan.sepuluh minit kemudian lapa dan makan lagi.menu wajib tiap hari;
Mihun soto,roti tampal 2 kepin, teh tarik, air suam(buat bilas) :p

Masa preggy ni jugak, kegilaan minum air masak tu menjadi2. 5liter abes dlm masa 8jam kat opis. Dahsat kan??? Mgkin sbb tu kulit baby cantik je. Xde ruam pon sampai ke besa.
Mengandung farish ok. Xde alahan. ;) seronok menunggu anak sndiri lahir. Yg x best bakal bapa bukanlah jenis yg suka melayan 'pembaziran' dlm persediaan menyambut baby baru.

Ada baju yg sangat banyak. Tambah2 lagi bakal ucu kje kt butik baby fiffy. Seronok la less sana sini.

Selagi x beranak selagi tu la beli baju baby. Sehelai jadi sepuluh jd seratus jd beratus2. Macam2 nama. X campor mittens booties yg banyak giler!

Sampai minggu ke 36. Leaking la pulak. Duduk kerusi kt opis. Basah la pulak.. #_#

Check cpt2 kt klinik. Terus admit ward. HIshhhh! Nk beranak dh ke?

Dokto cakap ok je lg. Mmg ade yg leaking air ketubannya. Slagi kuantiti ok, xde yg membahayakan. So mari balik rumah smula.

Minggu 38. Check up. Dokto cakap uri dh matang. Bila2 pon baby boleh kelua. Ok fine.

Masa ni dh start cuti sebab amek awal seminggu dr due date. Maka rehat2 la kat umah mak. Melayan perut yg besa gaban dgn pertambahan berat badan 13kilo. Hahahaha!!

Kat umh ni nak buat apa je kan. Makan tido. Lipat baju baby. Gosok2 baby cot tu. X sabar nk tunggu baby tido dlm tu. Ohh my~~~

Pagi 8julai2009. Bangun tido. Terasa ada something kelua. Nah seketul darah & lendir. Gulp!!!

Untung mak ada. Muka cuak. Terus call suami yg rasanya baru 10minit smpai tempat keja dia. ;)

Tnggu dia balik. Terus g check.

Itu adalah tanda kelahiran. Doc suggest nak tunggu sakit ke nak induce. Kalau nk cpt induce je lagipon baby matang dh.

Maka kami decided utk masuk ubat. Jam 2.30ptg kne standby. Perasaan masa tu?

Tak saba nk tngok baby. Heheheheh~

Mmula diberi ubat utk buang air besa siap2. Pastu baru dokto masok ubt. X sure bentuk nya mcm mana. Jp je pon dokto tu masukkn. Sila berbaring selama sejam slps itu.

Harapan?
Mengharap baby kelua cpt2. Sementara nk tggu kontraksi tu, bawakla round.kawasan sekitar.

Maternity centre ni kecik je. So jln dr wad ke labour room patah smula kebilik pon x cukup 100meter. ;p

X sakit2 pon perutnya smpaila jam 10mlm. Masa tu dh tacing. Lebih2 pulak hb xleh teman sbb wad kami tu wad ramai2. Huhuhu~

Bg pampers & Wet tissue kt nurse. Mne tau bby kua jap lg. *perasan*

Salam hb sblm dia balik. Nangis. Takut weyh tinggal sorg2. Pesan 150juta kali pegang hp mana tau nk bersalin mlm ni. *perasan lagi*

Terkebil2 sesorang atas katil. Kontraksi makin kuat&kerap. Jap2 g toilet.

Pusing kiri x kena. Kanan pon sama. Sakitnye!

Nurse dtg. Check blood pressure. Pastu 4jam skali kne selok. Haishhh selok itu sgt menyeksakn. Lagi2 bila nurse btau..
"baru 2cm"

Tekan loceng. Mintak nurse tggikan katil. Menonggengla sensorang kat situ. Jap2 g bilik air. Cadar dh bertompok2 darah sana sini. Mcm kucing nak beranak. Sedih........

Tengok jam. Pukul 2. Sakitnya la hai kat ari2. Round dlm wad. Ada 3 patient.smua tido. Ada yg ak masuk.dlu dr dorg tp dorg beranak dulu. Jelesnya la weyh.

Nurse dtg lagi check bukaan. Masih 2cm. Ohh terseksa sakit perut ditambah selok2 tu mmg mengerikan. Nangis sensorang tahan perot yg mcm nak pecah. Makin sedih sbb takde suami. Huwaaaa!!!!

Subuh tu nurse dtg lagi nk check. Kalini cakap terus terang kat die.
"x payah check la. Saya rasa belom lagi.."

Untungla nurse india tu memahami. Dia cakap nnt jam 8 dokto round. Maka sabarlah menanti siang stlh semalaman x tido.

Bahagianya bila mak & hb smpai. Nurse bg milo panas.dgn roti bakar. Jamah sekali gigit jek. Sangat sakit. Kalau letak ayam tergolek pon x mampu bukak selera makan org sakit mcm ni.

Jam 8lebih dokto dtg. Die suruh masuk labour room sbb nk check bpe cm dh yg terbukak masa tu.muka redha. *___*

9.30pagi masuk.labour room. 3cm. Maka dokto cakap dia nak pecahkan ketuban. Angguk jela sambil rasa air makin byk melimpah macam empangan pecah.

Setiap minit cpt sgt berjalan. Nurse beri 100plus utk energy. Tp sudahnya dimuntahkan semula tanpa banyak cakap.

Nurse bg ubat ape ntah. Rasa sakit hilang sma sekali. Lebih tenang.

Tapi tenang tu kejap je. Mata jd ngantok sgt2. Ohh apekah? Mlm td xnak tido skrg ni tgh nk beranak baru nk tido?? X paham nye~

Merayu2 kat hb tolong basuhkan muka. Mata nk tutup sangat dh. Lalok mcm terkena dadah kaw2 punya. Longlai.

Nurse suruh push. Blur jap. Nk push cemana kalau xde gesa. Try je la push beria. Sekali nurse cakap cara puah tu salah. Tu teran kat muka je. Sila teran mcm nk berak. Huuuuuhu~
Rasa nk berak pon xde dh. Mmg x sakit. Nak teran cemana???

Las2 dokto dtg. Mgkin dia dh nak g sembahyang jumaat. Tp aku lme sgt nk beranak kot. Die pelawa aku masok operation theater.

No way la. Kalau tau nk belah xpyh sush2 tahan sakit separuh nyawa sehari semalam.

Dr mata yg rabun tu nampak jugak la dokto tu tgh prepare ape ntah. Dikeluarkan dr bwh katil. Bunyi belaga mcm besi.

Ye. Kena guna bantuan vakum sbb baby dh lama nk kelua x lepas2. Masa tu x kisahla nk buat apa pon. Jnji baby kelua dgn jayanya.

3kali sedut, lahirla baby yg automatik memberiku gelaran ibu. Sayup2 dgr dia nangis lps tu x sedar apa dah...

Nampak bebayang dokto tgh jahit menjahit. Ade aku kesah? Aku nk tido sbb mmg dr td aku nk tido......

Jam 2lebh ak jaga. Mintak hantar kat wad. Tp punyalah ngeri nk bgun dr katil tu. Terkepit2 mcm ape.

Dr pintu labour room nmpk ayh. Tgh tgok bby la tu. Aku pon pangillah kuat2 tanpa rasa bersalah.heheheheheh~

Nikmatnya dpt baring atas katil dlm wad. Tak setragis dlm labour room tu. Masa tu terus mesej kwn2 btau dh selamat bersalin. Pastu mintk nurse tunjuk baby.

Hb, mak dan mak mentua x kelihatan. Katanya g makan. Ok fine.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati