Sunday 9 December 2012

Kisah berpantang part 1

Assalamualaikum & slmt berhujung minggu~

Kesinambungan dr kisah bersalin yg lps,terasa nak cerita lagi. Kali ni part berpantang. Pengalaman yg baru buat wanita yg baru bergelar ibu. *banyaknya baru!* ;p

Disebabkan bersalin tengahari,maka perlu la tido semalam lagi kt wad.

Sgt la lapa cmpur ngantok. Mak mahupon hb x nampak bayang. Dua2 uruskan uri si newborn. Jam 4 opismate dtg. Kastam vs bank rakyat.

Mata sangatla ngantok. .lapa sampai rasa cm nk nangis. Ohh sungguh beremosi masa tu.

Nk masuk maghrib bru diorg smpai dgn bu ur nasi. Makan dgn lahap mcm org yg setahun x makan. Ataupon macam org yg baru lps kerja keras. T_T

lps makan tgok baby jap. Letihnya rasa. Badan berpeluh2 td tu lap2 je. Xmmpu berdiri. Kepala cenoneng sangat. Gi toilet hb & mak papah. Lps tu nurse tolong. Selebihnya baring. Terus ttido sampai pagi esok.

Doktor round pagi2. Check baby2. Pastu ibu2. Untungla dokto bagi balik. Seronokkkk!!

Perjalann dr sini ke rumah lebih kurang 20minit. Mcm2 posisi la nak kasi ngam dan selesa dlm kereta tu. Lagi xboleh blah sbb naik perdana hb yg seat melekuk mcm ape. Terseksa nk kua masuk kereta ni.

Sampai rumah mintak mandi. Mak masak. Xde tenaga yg optimum lahi masa ni. Nk bukak stokin pon mntk tlg hb atau cu. Seriau je rasa nak bongkok2.

Baby tido je. Baik. Minum susu tido,tido dan tido... Las2 kena kuning. Adehhh~

Kekuatan tido baby sgt la dahsyat. We all as new parent ni lagi la serba x kena. Jururawat desa dh dtg melawat lps kami call maklumkan dah selamat bersalin.

Mungkin korang xtau, aku ni check 2x je kat KK. Buka buku pon masa preggy 6mon. Lps opismate sibuk sgt suruh buat. Huhuhu~ dtg 2x pastu terus cabut. Malas la nak g. Leceh sikit. ;)

Berurut 3hari. Berbengkung versi real tradisional. Kain 4meter dibelah dua pastu jahit dan sepanjang2 itulah membelit body ni.

Yg dililit xpe lagi. Yanv membelit tu kesian. Bersepai2 peloh. Hahahaha!

Macam2 ubat kuning kami try. Moden sekali tradisional. Las2 yg serasi lendir pokok lidah nuaya tu. Rupanya lendir tu bfungsi mnyejukkan panas dlm. ;)

Susu dh start perah masa hari ke2. Sebab sakit amat bila kena bengkak susu. Paksa hb beli pam dan dia pon beli la pam cap fiffy yg rm30 rasanya. Tu pon cu yg suggest.perah2 dpt kolustrum. Masa tu tau dah cecair kuning ni bagus utk baby. Yg x best nya bila baby minum via botol susu avent yg kononnya mesra pengguna. Sesuai utk elak baby keliru puting.

Seminggu pertama tu dia minum botol jek.try direct ok. Dia dapat menyusu tp bila 'terlepas' dia tak reti nak melekap semula. Maka meraunglah mcm kena dera. Huhhhu~

Masa ni kami dh pilih nama untuk dia. Sicomel itu. Kami namakan dia farish hafiy.

Pam Setengah jam dpt 20z. Tu pon jenuh semua petua. Tepek kapur makan segala sambil sikat breast kasi susu lancar. Berpeloh2 masa tu semata2 nak bagi si anak susu ibu.

Sekali anak minum 2oz tu x sampai 5minit. Phewww~ cabaran sungguh & trpaksa la cover dgn susu formula.

Bila formula itu lebih mudah dr yg alami, semestinya semua memilih utk guna susu formula. Si ibu ttp xputus asa. Pam pastu simpan dlm peti ais walaupon masa tu dia tak sure berapa lama susu tu bertahan. Sudahnya lebih banyak hasil pam yg tumpah ke tanah berbanding yg masuk dlm mulut si anak.

Sedih sgt. Hanya mampu direct feeding kurang 5kali sepanjang sebulan pertama tu. Bila takde permintaan terhadap susu ibu lagi, aliran susu tu pon berakhir...

Ya. Baby membesar dgn semangatnya. Mngkin sbb susu tu. ;(

Kami bermula dgn susu mamex gold. Lpas tu masa farish jaundis dokto bagi pula similac dan pernah 1 masa farish muntah susu semula. Laju mcm paip tersembur. Ibu menangis lagi. Risau anak kecik itu kenapa.

Pengalaman menjaga farish pantang memang mencabar. Dengan masalah kembung perutnya.mungkin ini slh satu kesan pengenalan air putih terlalu awal kpd bayi. Farish trkena kekejangan.macam2 usaha kami buat. Termasuklah berubat kampung. Alhamdulillah menbuahkan hasil. Dia berjaga sepanjang malam dr jam 12 sampai ke pagi. X menangis tp mata bulat membuntang je. Bergilir2 hb dan mak jaga baby. Ibu sgt letih. Hanya mampu melihat dgn pergerakan yg sgt minimum. Lagipon luka bersalin tu masih ngilu dan sangat memakan masa utk sembuh. ;(

Bulan ke2 semuanya semakin baik. Farish semakin debab dan dh boleh tido mlm. Ibu pon kembali bertugas pada hari ke 62 kelahiran. Tu semua sbb cuti awal yg ibu pilih dulu. Huhuhu~

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati