Thursday 18 April 2013

Our first date

assalamualaikum

kisah lama. hampir seminggu lepas. weeee~
maap kerana sudah basi baru mau cerita. ;p

kamis lepas diriku dipelawa oleh blogger yg jugak schoolmate masa kt high school. fatin.

memula malu. sebab sebelum ni pon kami xlah rapat sangat. Cuma mengikuti perkembangan kat blog & fb je. so bila dipelawa gitu, diriku adalah segan ;p

untung Yati nak join sekali. adalah kawan. die pulak bak bawak anak2. so diriku pon angkut farish sekali. anak yati sekelas dgn farish. mcm best je kan?

jam 5.30ptg kita semua jumpa jugak. asalnya janji kat kluang mall tapi bertukar ke kluang rail taman tasik. semata2 ade perantau yg teringin nak makan roti bakar. heheheheh~nasib baik semua boleh ngam elok. xde la istilah 'malu2 kucing'.

sembang la segala2nya. tentang life masing2. kerja. projek terbaru. tp yang paling best cerita tentang bisnes.

salah sorang dr kami memang dh berjaya dalam dunia perniagaan ni. Bihah namanya. Dlm usia awal 20an dia dah ada jenama sendiri dan nampaknya dia makin sukses bila dah berjaya bukak butik di bangi. semoga bihah terus berjaya. amin.

Cik fatin innanie kita pon apa kurangnya. Memang ada bakat jd emcee utk sebarang event. Petah mulut dia. Tapi petah diriku lagi kan? sekali cakap semua terkedu. Tapi diriku bercakap merepek2 boleh la. ^_^


kami.

masa nak amek pic ni pon masalah jugak. sebab takde 'org suruhan'. ;)

nasib diriku yg memang peramah x memasal ni meringankan mulut mintk tolong sorang staff kluang railway ni. dptlah semuaaaa masuk dalam ini gambar.


ini adalah part wajib. seronok sesangat.

sayangnya kluang rail.ni tutup jam 7mlm. so 6++ dia dah kemas. mop2 semua. terpaksa la beransur keluar.

tak kenal maka x cinta. dah kenal xnak balik2 pula. ;p

Dr kluang rail, menyambung ke kluang mall. tak puas lagi la nak dating!

lokasi berikutnya, Baskin robin. not bad. dapatlah merasa sebab baskin robin ni baru je bukak kat sini. Las makan masa g JPO aritu jek. huhuhu~


anak2 menanti aiskrim tiba. masa ni diorang dah mula berkawan dah. siap main game yg sama dlm tab masing2. comel!


me sama yati.

Bangga dengan yati. ibu muda yang bercita2 besa. Akak doakan kamu berjaya ye. Peluang niaga ni sangat besar asalkan kita tekun & bersungguh2. ;)

Tengok anak2 kami. Dah mesra kan?


ini pulak fatin. semoga kamu sukses ye. ;)

masa ni dah jam 8lebih pon. untungla hb pon balik lambat.

dah balik tu farish pon potpetpotpet. .teruja la sangat dpt hangout sama. ibu pon teruja. diorang semua best2. nanti kite keluar lagi ye. ;))

Terima Kasih

1 comment:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati