Sunday 14 April 2013

perkara paling membahagiakan spjg 25tahun ini

assalamualaikum,,

slm hujung minggu. ahad. hari plg x brape suka sbb esok adlh hari yg paling x suka, =_=

seminggu dua hri. merehatkan diri dari urusan pejbat. memenuhi tiap jam bersama keluarga, terutamanya anak2. bermalas malas lebih lama pd waktu pagi dan berkesempatan bersiar-siar bersama. itulah keistimewaan hari minggu. ;)

pagi pagi, siap cuci kain kotor. rendam baju sekolah anak segala. bilas2, jemur, cuaca pulak x berapa nk ok arini. gerimis. semalam cuaca ok. tapi kami pulak tidak free. melayan jemputan kawen sana sini. lepas sidai semua, doa2 biar hujan xla selebat mana. huhu~

tengahari ibu ni nak melayan melodi. lama sungguh x layan melodi ni. dulu masa belum kawen, belum beranak pinak tiap minggu x miss. heeheh~

anak2 mintak kotak mainan ibu layankan.janji diam. arini kita lepak bilik rehat. sbb nak menonton kat ruang depan memang xla, sebab hb x layan melodi2 ni. :p


ni keje dua beradik ni sblm diturunkan mainan2 lain.

teringin nk buat exercise gamaknya, si farish baring lepastu dia suruh fareeq tolak ke depan handle tu. hurmm...
mende ni asalnya utk ibu ngan babah yg nak kurangkan kapasiti perut masing2. tp normal la, dipraktikkan pada awal2 je. hilng bau kedai, hilang la semangatnya sekali. T_T


rasa lucu pon ade. bila tengok diorang mcm ni, sangat la membahagiakan. tp bila tengok part berkelahi.......... *pengsan*


usahasama untuk menurunkan kotak mainan. mainan dh surut bekas pon dh kecik. yg mana dah x rupa mainan lagi, ibu dh buang siap2.

ibu masih jd pemerhati. konon saja nk suruh anak usaha sendiri. padahal sebenarnya malas nak mengemas semula nanti, hukhuk~


sebaik kotak dibuka. ekspresi wajah yg tak dapat diteka, mungkin teruja. mungkin jugak pelik mainan dah sikit. ^_^


abang pon duduk join sekaki.


mula la masing2 wt hal sendiri.


fareeq main masak2. erkk? kenapakah??

bila digaul smua bentuk2 yg ade dlm baldi tu, dikacau-kacau pulak. alamak hai anak. kalau ibu belikan set main masak2 kat anak lelaki boleh x? ;p


senyuman ragaku, budak ni manja sangat2. bulan dpn dah genap dua tahun. ;)

bila bertiga macam ni, selalu jugak sebagai ibu kita terkenang balik saat2 awal mengandung, bersalin & membesarkan diorang. ada pengalaman pahit dalam membesarkan mereka. dengan ragam dan cabaran awal sebelum mereka semakin membesar. tapi dlam semua kesusahan, cabaran dan segala yang pahit2 tu, menjadi suatu anugerah yang pada hakikatnya sangat manis untuk dikenang, dinikmati dan dihargai.

sekelip mata, bayi yang suka menangis dulu dan boleh bertutur. banyak bertanya. semakin cerdik sampaikan ada masanya dia mampu menyuarakan sesuatu yang kita sendiri x pernah jangka.

mereka yg dulu kita kendong sampai lenguh tangan dan pinggang, kini mampu melangkah sendiri. beriringan di sisi kita, malah terkadang mendahului langkah kita. semuanya kerana masa semakin jauh meninggalkan kita. masa masa lalu kita.

walaupon jauh disudut hati, terasa kekurangan sebab x mampu melihat setiap inci perkembangan anak2 sendiri, seorang ibu ini tetap mengharapkan yg terbaik, kesempurnaan, dan kejayaan untuk anak2 tersayang, kerana merekalah perkara yg paling membahagiakan sepanjang 25tahun ini. merekalah yg mengubah sakit hati ibu menjadi kegembiraan, kekusutan ibu menjadi ketenangan. merekalah segala-galanya,,, ;')


Terima Kasih

2 comments:

  1. 1st time tgk hero-hero dia...comel :)

    ReplyDelete
  2. wahhh..bagi kita la kak exercise tu.hahahha..lepas ni nak g rumah akak la..mesti best! heheheh

    ReplyDelete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati