Friday 29 November 2013

Hari terbuka smart reader kids

Assalamualaikum

Maap sebab terpaksa skip banyak kisah sebelum ni. Kemalasan menghapdet semakin menjadi jadi. Cuma kalini jadi extra excited nk bercerita kisah terbaru yang berlaku semalam.

Minggu ni adelah minggu ibu bapa bertemu cikgu2. Aku awal2 lagi dah apply cuti sebab nak attend pertemuan ni dengan hati yang tenang. Kalau tak cuti mesti aku kena berkejar untuk cepat balik ke opis,sekaligus merencatkan mood sembang2 aku. ;p

Diriku mana puas nak sembang kalau setakat 10minit. ;p

Kebetulan encik suami pon mc semalam. Demamnya tak kebah2. Jadi memang terus kuheret sekali ke muka pintu smart reader kids. Ikut plan asal,aku mintak die kua jap dari tempat keje dalam pukul 10pagi gitu. Tapi bila dah mc,xpayah pening2 nak plan lagi la.

Jam 1030 dah sampai. Ade 2 parent lagi yang menunggu giliran. Nasib kitorang baik la sebab tak seramai semalam. Kalau tak memang berkampung la kami laki bini kat situ. Huhuhu~

Ade birthday party aritu. Masa kitorang sampai semua dah duduk standby nk nyanyi2. Dapatla encik suami tengok keadaan bila celebrate birthday budak2 kat sini. Selebihnya die asyik skodeng anak bujang die tu je. ;)

Dalam pukul 1130 baru sampai turn kitorang. Farish pon ikut sekali masa kitorang masuk bilik tu. Principal kat smart reader ni namanya puan marina. Tapi aku panggil kak min je. Orangnya friendly gila. Lagilah aku suka nak nyembang lama2. Mase jumpa semalam sempatlah aku pass ole2 sikit kat kak min. Hehehehhe~

Sementara kak min sediakan report card farish tu, dalam hati aku ni kemain berdebor. Macam mana lah keputusan farish. Dah la masa exam die aritu aku baik punya bercuti kat jakarta. Haaa...rase bersalah sangat okey! #_#

Kak min letak report card atas meja. Spontan aku terlepas cakap yang aku adelah sangat cuak nak menengok result farish. Nampak tak reaksi orang yang 'peramah' macam aku ni? Selalu terbabas ayat yang jujur2. Kak min senyum tengok aku masa tu. Mesti dia cakap.aku ni gelabah tak memasal. Maluuuuuuuuuu!

    "Farish hafiy ok la. Kalau tak silap dia dapat nombor 2. "

   mase kak min cakap gitu aku tengok dia bangun ambik list nama. Die tengah sorting kedudukan murid2 ikut kelas sebab masa convocation day nanti yang top 3 akan naik.pentas ambik hadiah. Haaaaaa~

Kak min tunjuk kertas tu. Serius ke kak min?? Aku lagi sekali menunjukkan muka sengal takpaham bahasa. Bila kakmin cakap ye,terus sebak macam nak nangis. Huwaaaaaaaa!

Alhamdulillah. Akhirnya depan mata kitorang sebagai makbapak ditunjukkan satu persatu pencapaian farish. Aku memang blank. Macam mimpi tau. Dalam hati tak putus aku bersyukur. Segala masa yang aku luangkan,duit yang aku laburkan diberi balasan setimpal.

Kak min bagitau, farish bukan jenis yang nakal.kat sekolah. Die sangat behave. Padahal kat rumah kemain lagi. Pengsan aku ni ha dikerjakan. ;p

Lepas tu farish ni memang kategori berat mulut. Dia cuma bercakap bila ade buku, bila ade soalan, bila ade keperluan. Hahahahah! Yang tu konfem bukan ikut ibu die.

Alhamdulillah semuanya positif. Kitorang terus register untuk sesi akan datang. Farish pon memang nak stay kat sini dan setelah melihat 'hasil' yang kami dapat, aku suami isteri sepakat untuk meneruskan semuanya di sini.

Pilihan yang terbaik untuk anak kami dalam usaha kami mahukan anak yang terbaik untuk kami. ;)

Bukan senang aku nak cari ruang mengadap farish buat latihan yang cikgu2 bagi. Latihan di smart reader pada aku agak 'berat'. Tu yang aku rasa beberapa bulan pertama dulu. Sampai 2 3 buku kerja sekolah, memang banyak.

Budak2 macam farish pulak jenis bukan boleh hadap semua tu lama2. Ape yang aku buat, malam ni siapkan sikit. Bila die cakap dah taknak buat, aku tak paksa. Simpan dalam beg,terus suruh tido. Esok pagi kat pejabat aku, aku mintak dia buat sikit lagi. Masa ni memang kena ade cara yang baikkk la. Dan nampaknya cara tu berjaya. ;)

Hujung minggu pulak, farish akan ikut aku merayap tak tentu hala kat mana2 shopping mall yang aku jumpa. Lepas dah puas cuci2 mata tu, aku akan bawak dia pergi kedai buku. Beli sikit buku2 latihan. Walaupon encik suami selalu membebel,aku abaikan je.

Pameran buku pon tempat aku paling suka. Farish pon suka bila dapat banyak buku2 baru. Masa pameran ginilah peluang paling baik untuk beli buku2 latihan n bacaan sebab biasanya harga yang diberikan sangattttttttt berbaloi. Kalau setakat Rm50 tu, berpuluh buku boleh dapat tau.

Niat pergi tempat2 macam ni, aku nak farish suka pada buku. Sama macam aku dulu. Aku tak kisah takdapat mainan baru, asalkan dapat buku2 baru. Insha Allah aku usahakan lebih lagi lepas ni. ;)

Bila dah ade banyak buku, farish akan buat latihan yang hampir sama macam yang diajar kat sekolah. Untuk betul2 ajar tu memang tak la. Cuma ni macam satu bentuk latih tubi. Selagi dia nak buat, dia buat. Adik die pon tumpang sekaki. ;)

Aku percaya,lama2 dia akan biasa dengan keadaan ni. Farish masih dalam proses belajar dan sepanjang masa tu akan terus beri sokongan semampu aku. ;)

Balik rumah,belek2 kertas penilaian dia aritu. Peningkatan besar. Farish sukses dalam semua subjek. Bila tengok tiap soalan yang dia skor, sebak sangat2. Aku cium dia,walaupon dia sebenarnya tak paham ape pon. Cuma perasaan aku yang lain macam. Masa tu aku terbayang mak ayah, ni perasaan diorang bila dapat tau keputusan aku mase exam dulu agaknya. ;'(

Aku harap anak2 aku ni terus berjaya. Aku nak.diorang tebus balik apa yang aku 'terlepas' dulu. Aku nk diorang jadi lagi baik dari aku dulu. Ameen.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati