Monday 11 November 2013

our 5th anniversary trip.

assalamualaikum!

kena cepat2 hapdet short trip kami suamiisteri ke jakarta. nanti makin lama peram,makin kurang feel nak bercerita. aku bagikan entry ni kpd 2part ye. harap tabah menanti sambungan ;)

bab gambar,aku masukkan mana yang sempat. yang xdan tu nanti la ye. tu pon kalau rajin nak upload. hehehehhe..

kali pertama aku terbang ke luar negara. international la kononnya. ;p

terima kasih kepada encik suami kerana menyeponser daku. anggap la ini honeymoon trip kami. hahahahah!

.rabu 6november.
kami bertolak ke lcct jam 8pagi. siap2 hanta double f kat rumah mak. sayu hati pulak nak tinggal diorang. hmmm...nanti kita pegi ramai2 pulak ye anak2ku. ;)

berhenti sarapan di pekan yongpeng,lepas tu baru teruskan perjalanan. cuaca ok. mood pon ok. berdebar jugak bila bayangkan keadaan kat tempat orang nanti. Backpackers la kekononnya.
takde booking supir2 tu. sebab kata encik suami, jakarta je pon. kalau ke bandung perlulah bersupir.

flight kami jam 1245tghari. merasa la ape yang dikatakan menapak menuju ke kapal terbang tu. terbakar kalori sikit r. ;p

2jam perjalanan.
lame lagi perjalanan ke sabah aritu. tapi tak berasa sangat kalini. sebab ntah masa bila aku terlelap. ngeee~

3.30ptg selamat sampai ke lapangan terbang soekarno hatta,indonesia. Berpusing 360darjah aku ni menengok tempat orang. encik suami siap sound,jangan tunjuk sangat muka jakun tu. aiseyyy!

keluar dr airport. tengok keliling.mana nak.tuju ni cik abang oi?! seram sejuk dah tgok orang yang tadi same2 datang dgn kami dah beransur sikit demi sikit.

kemana kite nak pegi ni awak???
aku pandang si suami. Muka lagilah mencuakkan. konon la nk buat cool. #_#

ok dah decide nak ambik bas ke stesen gambir. dari situ boleh tengok Monumen Nasional indonesia. ape ade? aku pon tak tau. nanti aku tengok ape yang best kat sana.

cuma isunya sekarang,kami tak nampak pon kaunter tiket macam yang dibaca dalan blog. Ni maklumat tak lengkap atau encik suami yang tak pandai cari maklumat? geram je bila ingat2 balik.

setengah jam jugak mundar mandir kat situ. Mana boleh tahan kan? buatnya sampai gelap kat sini,tak ke naya? lepas tu macam biasa,bab tanya menanya ni awal2 dah tolak kat aku.

phewww...aku rase laki aku ni perlu bersyukur la dapat bini muka tembok cm aku ni. bedal ajelah aku menanya tanpa sikitpon nak berdialek indonesia. i'm malaysian n i'm proud with it. ;p

tu kat seberang jalan je pon kaunter tiketnya. kaunter x semegah mana. ade meja macam meja kat sekolah tu. padanlah x nampak.hehehe~

bas Damri yang aku naik ni menuju ke stesen gambir ye. die ade banyak hentian. tapi aku tak tau tu tuju kemana. taknak naik takut kemana2 pulak kitorang nanti.hahahahah! harga tiket 30ribu rupiah seorang. Ok merasalah naik bas di kota jakarta. yang penting ade wifi dalam bas ni. kat kluang takde, so aku jakun.

rase naik bas kat sini? Scarry ok. dah tau ade bonggol lagi mau laju2. Melambung aku ni dibuatnya. lepas tu die lalu hujung2 jalan je masa naik flyover. dah la xde divider. memang kalau aku senget ke kiri,aku rasa bas tu terbalik. Berpeluh aku membayangkan itu.

sejam perjalanan. 5.40 sampai ke monas. waktu kat sini sejam lewat dari malaysia ye. tapi dah ramai yang melepak kat kawasan ni. yang berjual pon ramai. paling penting,murah. ;)

aku beli pashmina sehelai. 25juta rupiah. Beli jugak t shirt dekat 12helai. Kualiti ok. harga pon ok. rembat terus utk kaum kerabat terdekat.

berposing bagai nak rak. dengan beg galas tu aku selamba je mengukur dari hujung sini ke hujung sana. tunggu gelap sikit sebab nak tengok perubahan warna tu. orang kata cantik,jadi aku nak konfemkan cantik ke tak. ;p

kalau diikutkan,pengunjung boleh naik ke atas monas ni. tengok pemandangan dari atas tu. tapi kalini tak dibenarkan naik sebab kawasan ni sedang dinaiktaraf. aku ok je tak dapat naik. kalau naik pon mesti sejuk2 tapak tangan aku nanti. hahahahah!

ok cukuplah. jom pegi hotel. dari tiba tadi kitorang tak tengok pon hotelnya cemana. hotel ni encik suami booking di Agoda. rate murah2 je. bawah rm100 semalaman. ok la. sebab hotel ni untuk tido je. masa lebih banyak habis kat luar. asalkan selesa,itu dah cukup. ;)

dari monas kami naik pengangkutan yang namanya bajaj. selalu aku tengok menda alah ni dalam tv. Opkos teringin nak naik sebab aku nak.feeling2 jadi org sini. hahahahah!

masa tu aku tatau murah ke mahal naik menda ni. yang penting enjoy. tengok suasana malam kat tempat orang. walaupon hakikatnya aku takut berada kat sini waktu malam sekalipon aku dengan encik suami. sebab aku tau suami aku tu tak sekuat mana. ;p

sampai hotel,bersihkan diri semua. terus kelua cari makan. maap ye sebab tekak aku memang tak mampu nk telan makanan sepanjang jalan ni. Memang banyak,tapi entahla. =__=

kehalalannya diragui. nasib kami baik hotel ni dekat dengan shopping complex lokasari. menapak sikit je. x sampai 5minit pon. so kat situ kami decide untuk makan kfc je. ;p

memang malaysia pon ade kfc. tapi tak sama kfc sini. menu pon berbeda ya. seperti biasa, aku dan nasik xboleh dipisahkan. Makanlah aku nasik yang dibungkus macam burger. dengan ayam seketul. cicah sos. sos die masam sikit pastu tak pedas. berkali2 aku tengok manetau trambik sos tomato ke kan. ;p

ni satu hal yang kelaka. nasi yang dibalut macam burger tu rupa2nya makan dalam tu jugak. aku ni pegilah curah dalam pinggan. lepas tu carila sudu. sekali kena makan guna tanganlah...;p

siap makan pusing keliling jap. badan pon penat. balik hotel dan tido. esok nak bangun awal. konon nak soping kan. ;)


Terima Kasih

1 comment:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati