Tuesday 1 January 2013

ahli baru on the way???

.
.
.
.
.
.
.

motip meletak muka sendiri???
~_~

masih dlm mud tahun baru bersama pejabat lama & segala yg lama2. 

kalau baru pon cuma opiser baru- PN. HANIM & asst. opiser lama-PN. Ita. :p
btw taniah la pada kak ita krn berjaya stay di kastam kluang. :P

pertambahan umur saya, hb, farish & fareeq. setahun kehadapan. 

ibu 25tahun 
babah 30tahun
farish 4tahun
fareeq 2tahun

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIDAK KEPINGINKAH BERBAYI BARU?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BOHONG sangatla kalau kata x kepingin. lagi pulak iols ni x beranak dara lagi. hanya 2hero kecik yg nampak pemalu tapi amat buas sekali. ^_*

penat memang penat. rumah saya x penah lawo. bile hb bising sambil cakap 
'serabut la tengok rumah ni....' 
barulah rumah akan clear. tu pon sebab disimpan semua mainan, buku & segala yg berkaitan dengannya. heheh~ tapi kemas tu pon 5minit pertama je pon! :P
tapi saya puas. puas melihat cahayamata sendiri membesar sihat & kuat. [mcm iklan milo gitu.]

itu anak2 saya. yg saya kandung 9bulan. walaupon xde alahan yg menyeksa, tapi saya tetap melalui keadaan yg sama mcm ibu2 lain.

sakit tulang belakang. sembelit. meloya. memening. kaki bengkak. hidung kembang mengalahkan serombong kapal. muka macam apam terlebih mauripan. oh! saya pon melalui saat2 'menakutkan itu'.

dalam kepala dah menerawang macam2 bisikan 'setan'.

'nanti lepas beranak, gemok. laki pon x bape sayang. mula la pandang2 anak dara yg melintas sebelah bahu die.' ohh...>_<

nononono! wajib kurus selim mcm plywood lepas beranak nanti. bagi la jamu apepon,, mesti telan ok. nak kuruskan? nk cun semula kan. persoalannya,, cun ke anda sebelom beranak aritu?? ;p


untungla,, berat yang naik macam bluehippo time peknen aritu berjaya turun dlm masa 44hari. naik 13kg mengandong 9bulan. x ke naya? selera makan macam jin. :P

setel bersalin farish. fes time jd ibu dgn pengalaman yg ade xde tu la saya besarkan farish. demam kuning. sawan tarik. semua saya lalui dalam minggu2 pertama kelahiran dia.mujurlah bila dia membesar, semuanya nampak lebih mudah. farish susah demam. masa dia tumbuh 4batang geraham sekaligus pon dia x demam. kuatkan farish? mungkin dia dah taknak susahkan ibu dia lagi.................

serik jap. setahun je farish, ibu mula gatal2 dh. feeling nak ber baby lagi. sambil gatal2 tu dah berangan nak beranak gadis. gila x seronok kalau dpat anak sepasang dgn sekali percubaan??? 

ok deal. mari kite mangandong! ^_*
sekali percubaan terus membuahkan hasil. mungkin memang dari kategori 'senang lekat', berhenti ambil pil perancang bulan ni, bulan depan terus period x datang2 dh. hamek ko!

1tahun11bulan umur farish masa tu abie pon lahir. farish yg kecik gitu mmg x faham dari mana datangnya abie tu. die pon x tau yang mulai saat datangnya budak yang asyik tido je tu, dia bakal dibahagikan kasih sayangnya..

bila fikir balik, apekah terburu sangat aku nak bagi farish adik. kesian pulak dia. :(

tapi abie pon dah kelua. sesal dahulu berkesempatan mengelak, sesal kemudian redha jelah beranak. :P

lepas dpt adik, farish pon terus nampak matang. muka pon x kiut2 dulu. no baby look lagi. muka abang long dah. bulan2 mendatang, menjarakkan ibu&farish. lebih2 lagi fareeq ni breastfeed, so memang 48jam die spend time dgn ibu dia ni. semuanya normal balik lepas fareeq berhenti bf. dan semakin hari, farish pon dah mesra balik dgn ibu. :)

fareeq pulak. sekarang ni seusia abang dulu tapi belom ada tanda2 bakal 'naik pangkat'. apakah tahun baru ni ada peruntukan untuk bayi baru???

fareeq masih nampak bayi2 bajet kiut. x sesuai lagi kot jd abang ngah???
fareeq pon masih carik ibu bila nak tido, sambil sebut..
'nak air yakkk...'
fareeq yg asyik nangis, berkelahi dengan abang dia. tapi sekarang dia dh pandai lawan balik. dia ketuk2 je kepala abang.

tido malam bertemankan hero saya. kiri farish. kanan fareeq. kadang2 die panjat dada ibu. menguit sana sini smbil layan mata dia yg dh layu tu. 

jadi, dengan situasi macam ni. rasanya TIDAK la mungkin akan ada penambahan ahli dlm masa terdekat ni. perancangan teliti dengan segala jenis alat pencegah pon dh digunapakai sejak setahun lps. harap2 xde la.. ;p



katil kami sudah full. hahaha!
harus plan untuk next baby lepas weolss berjaya pindahkan farish&fareeq ke bilik lain. itupon lepas diorang dh boleh urus diri sendmanusia merancang, Allah pengatur segalanya. kalau Dia nak beri rezeki jugak, kita kena terima. ada sorang kawan ni dia dah 'ikat' tiub follopio tapi ditakdirkan Allah mengandung juga!

Lihatlah kekuasaan Allah yang mana bila Dia berkehendakkan sesuatu untuk berlaku, maka tiada kuasa manusia yg dapat menghalang. Dan bila itu berlaku, kita sebagai manusia perlulah rasional. menerima walaupun tidak berkehendak, sebab Allah itu sebaik-baik perencana. Wallahualam.

kesimpulannya, saya memang mahu bayi baru. tapi bukan hari ini. hahhaa!
menginginkan anak gadis itu x dinafikan, dan masih mencari tips dalam usaha merealisasikan impian tu. 


saya mahu 4orang penyeri hidup. tapi kalau 3 pon dah ok. yg penting kualiti, bukan kuantiti. peace. ^_^




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati