Wednesday 2 January 2013

tips hari pertama ke tadika

assalamualAikum

minggu dpn farish dah mula sekolah. dia memang eksaited sangat2 dah. cuma ibu je yg masih berbelah bagi perasaannya. bukan menyesal sebab anta farish sekolah walaupon ramai yg tanya,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"tak takut dia bosan ke bila sekolah awal sangat?"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya tak rasa bersalah pon sekolah kan dia awal2. sekolah dia nanti ada silibus yg sesuai dengan usia farish. tidak la anak saya tu nanti dikerah otaknya nak paksa kasik pandai. hehehe~

tahun ni farish 4tahun tapi kalau ikut surat beranak umur beliau 3tahun 6bulan. tapi dia dh nampak matang pon pada mata ibu dia ni. mulut pon dah banyak. sikit2 tanya. nampak ini tanya. nampak itu apatah lagi. haishhh! +_+

tapi sebagai ibu, perkembangan macam tu memang mengujakan la. bila kawan2 opis cerita hal anak2 diorang, kita pon dh boleh mencelah. sama kisahnya macam kali pertama farish free diapers dulu walhal anak opismate2 tu dh lebih dulu free diapers. :p

perkembangan anak2 ni berperingkat. 
dari hari dilahirkan, kita tengok dia menangis, ketawa, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari. 

saya dah lalui semua itu. sekarang ke tahap yg berikutnya. alam kanak2. 
dia dah pandai merajuk, memberontak dan mengamuk.
kalau dulu saya cuma perlu dukung & pujuk sambil tunjuk sesuatu untuk alih perhatian dia, sekarang saya kena lebih serius. 
saya pangku dia, pujuk dengan kata2 nasihat. terangkan kenapa tak boleh itu atau ini. walaupon kadang2 saya tinggikan suara jugak bila dia xdengar cakap. ;p

cuma satu ayat yg selalu saya guna untuk redakan emosi dia..
.
.
.
.
.
"abang tak boleh la macam tu, abang dh besar. dah nak sekolah kan....."

alhamdulillah berkesan. :)

jujur merindui setiap hari yg berlalu sepanjang masa saya dan anak2. mereka terlalu cepat membesar. percayalah cakap saya ini. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
anda akan melihat anak yg berada dalam dukungan anda hari ini berlari jauh dari anda dengan pada hari esok. :'( 
-----------------------------------------------------------------------------------------

macam saya. anak yang dulu berlampin kini tidak lagi. malah sedang bersedia untuk melangkah ke suatu alam baru. alam persekolahan. 

bila dia bersekolah nanti, dia akan lebih masa untuk belajar, akan tidur awal dan bangun awal pagi. masa dia bersama saya pon semakin sikit. bersediakah saya untuk itu?

melihat anak semakin membesar membuatkan hati saya sayu. ohh... saya kini sedang meniti putaran kehidupan. semakin berusia dan semakin kehilangan momen indah bersama bayi saya. :(

membelek majalah PA&MA isu januari 2013. ada tips untuk anak2 yg pertama kali sekolah. saya memang pelanggan tegar PA&MA. kerana saya selalu mahu kesempurnaan untuk mereka, cinta hati saya.

ni antara tips yg mungkin boleh saya & ibu2 yang bakal menghantar anak ke sekolah esok aplikasikan. :)


Tips menghadapi hari pertama tadika or taska.

  • Bawa anak ke tadika/taska sebelum sesi persekolahan bermula jika berpeluang.
  • Ceritakan pada anak tentang alam persekolahan yang bakal dilaluinya.
  • Bawa anak-anak bersama membeli alat tulis dan buku-buku.
  • Biasakan anak dengan rutin harian yang bakal mereka lakukan sepanjang waktu persekolahan.
  • Bacakan anak buku dan ceritakan padanya tentang aktiviti hari di tadika/taska dan beritahu ada kanak-kanak yang takut pada hari pertama persekolahannya.
  • Terapkan dalam diri anak bahawa tadika/taska adalah tempat yang menyeronokkan.
  • Sekiranya ingin meninggalkan anak di tadika/taska, beritahu dia dan terus tinggalkan. Jangan tipu anak mengatakan kita nak balik tapi sebaliknya kita masih disitu kerana khuatir anak akan ternampak dan menganggap kita menipu.


mudah2an berkesan. siapa yg dh buat tolong share pengalaman ye. ^_*

dia yang comel & selalu comel dimata saya. :)
 
   

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati