Saturday 9 February 2013

Kebetulan yg melangkau pemikiran

Assalamualaikum

Bermula la cuti panjang d hujung minggu ini. ^_^

Kami x kemana setakat hari ini, esok lusa xtau lagi. Tp rasa mcm duduk rumah diam2 je.hihihi~

Mak pula nk balik kg mersing dgn bakal menantu. Seronokla diorang cuti panjang. Kami masih pikir nak join tak balik mersing esok.

Harini x bergerak sangat. Pagi td renew roadtax yg bakal 'kiok'. Happy besday kereta putihku. ;p

Setahun dah si putih.
Patutla lunyai sekali. Hahahaha!

Lepas lunch terus balik rumah. Terasa nak kemas rumah elok2. Minggu dpn dh nak merantau. Sedih. ;(

Seronok nak merantau. Sedih nak tinggal anak2.

Xpe. Kita try. Kalau terseksa next time kursus jaoh2 kite tolak ye. *sedapkan hati sendiri*

Langit mendung sangat2. Tp jujan x turun. Mata pulak macam mintakkk sangat di'cover' jam yg xcukup minggu lps.

So tidokan anak sekalian tido la si ibu. Si bapak bertukang kat depan. Sukahati dia la~

Bangun2 tido kelaparan. Peti ais bersih. Tiada bekalan makanan. Telur adala. Hehehe~

Keluaran unuk makan. Dekat2 je kedai makannya. Hb pon muka kelat sbb kena bebel tadi. Tak tau kenapa die suka sangat menyakat farish. Telinga ni naik bingit bila farish menangis. Sangat x suka.

Lps makan terus ke giant. Nak cari barang 'wajib' kaum perempuan. Apa dia? Sila teka.. ;)

Tgh beratur nak membayar tu jp pon bunyik..
0123xxxxxx

Customer mana pulak la call. Memang nk spend time dgn family minggu ni. So xnak ada urusniaga sebenarnya....

Suara lelaki.
Dlm hati terdetik customer mana pulak ni.

Lepas dah 2 3 patah ayat, baru dpt cam suara tu. Gulp!!

SESEORANG DARI MASA LALU

sangat kering darah! X jadi bayar. Pusing2 kawasan lain dulu.

Xde la cakap apa sgt. Just nak ajak hang out sebab kebetulan dia ada operasi kt sini. Hmmm...jaohnya KL ke Kluang kan.

Ye. Sangat lama x jumpa. Hampir 5 tahun jugak. Kalau jumpa apa la yg nak jd bahan cerita kan. Huhuhu~

Harini memang x doyan la nak jumpa. Dah nak maghrib pon masa tu. Mungkin xde rezwki nk jumpa.

Cuma...
Tu bukan isu utama.

Kebetulan apekah yg sedang berlaku???
Kelmarin baru bukak cerita tentang dia, harini tiba2 boleh dpt call?

Lama sangat x bual kat fone. Lebih setahun jugak. Lepas doe jd tunang dulu memang xde la nak bertanya kaba via fone nih. Chat pon las sblm die kawen, 5bulan dulu.

Bila dia cakap tetiba teringat nk tanya kaba, memang mcm nak pengsan.baru sebut dua tiga hari terpacul kat hujung telinga. Superb la!

Sebenarnya... Nak jugak jumpa. Setakat minum2 tanya kabar. Tak salah rasanya. Tapi bila mengenangkan status kami sekarang, jadi serba salah. Salahnya sebab kami berdua ada sejarah dulukala. ;p

Apa perasaan yg sebelah sana kalau tau kami berjumpa lagi & apa pulak perasaan yg sebelah sini kalau dia tau pergi jumpa ex-boy?

Mintak izin dulu?
Ohhh! Mampu ke nak cakap mcm ni;

"suami,isterimu nak keluar dengan kawan lama. Die bekas pakwe i dulu."

Kalau xmakan pelempang memang bertuah. Tapi paling cikai pon mesti kena mengadap muka kelat tu 24jam sehari. Kalau malang sampai esoknya pon masih kelat lagi. =_=

Kalau kita2 ni pon tak suka dia contact bekas2 cinta dulukala, macam mana kita boleh expect dia boleh cool macam orang xde perasaan je bila tau ade pertemuan terkini & sensasi antara yg dulukala tu?!

Sila jangan menempah maut.

Jaga perasaan orang lain kalau kita nak orang lain buat perkara yang sama kpd kita.

Settle hal itu. Memang x jumpa pon. Cuma bila diingat balik, kebetulan yg sangat menarik. Teruja pulak dibuatnya. Hahahah! Atau mungkinkah si dia tu slh sorang follower kita ni ek? Ohhh man~~~ ♥♥♥♥♥

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati