Wednesday 13 February 2013

Sehari tanpa perancangan

Assalamualaikum..

Rancak menghapdet kan?
;)

Cuti adalah keseronokan. Tido lewat bangun lambat. Ohh... Syurga! ♥

Arini bersiap awal sikit. Kalau semalam2 bangun lewat then menjeruk bau2an sblm mandi, arini wangi2 la pulak. Hikhik~

Sejok sbb kat luar tu hujan masih turun. Kejap lebat kejap reda. Cuaca macam tu kalau dilayan memang boleh buat kita tido sepanjang hari. ;p

Plan pertama ke simpang renggam. Jumpa teman niaga. Nak amek stok felinna inchloss. Sempena promosi beli 2botol rm120 ni, ramai pulak yg order. Alhamdulillah. Rezeki.

Alang2 ke simpang tu, makan tengahari kt sana sekali la. Hujan2 dapor pon x berasap.

Stock collected.

Nak makan. Perot pon dh nyanyi2. Hujan buat kita asyik nak makan. Am i rite? :)

Tapi.....hujan sangat lebat sampaikan nak turun dr kereta pon susah. Kita pon senyum kambing kat hb smbil cakap dgn muka selamba.

"yok makan mi hot plate."

Senyom lagi. Hb diam x respon pon. Takpe2.....

Bila tengok kereta belok hala ke batu pahat, terus nak lompat bintang rasanya.

Huyeayyyyy,,laki iols best!!!!!

Kat mata dh terbayang mi yg superb tu. Kat kluang tak penah jumpa. Tapi ada member yg dh jumpa menu tu kat kluang.

Xpela. Dh biasa kat batu pahat. Sekaligus cuci mata. ^_^

Nasib baik lagi.. Senang je dpt parking kat bp mall tu. Selalu berpusing keliling sampai kering minyak kereta. Tapi arini tak! Seronok lagi. ;)


Si jantung hati ibu yg tertidur. Dr simpang renggam td dah tido.

Abang pulak..


Asyik tanya jaoh lagi ke mall tak sampai2 lagi? ;p

Masok je dlm mall tu kitorang terus naik tingkat atas bahagian food court. Lapa hokey!.*_*

Umat manusia punyalah ramai! Yg beraya pon ada dlm shopping mall. Menghabiskan angpow la tu.

Mencabar jugak la nak cari meja kosong. Lepas dapat meja, mencabar jugak la nak tunggu makanan sampai.

Bising gile kat dalam tu. Macam bunyik lalat pon ade.hahahah!

Makan dengan penoh perasaan. Serius lupa nak snap pic makanan kami. Lapa la katekan. ;p

Terus memakan tanpa toleh kiri kanan. Mulut comot pon buat muka x paham je. ;p

Mee cendawan + telor untuk ibu. Rm 7.90
Yee mee + telor unruk babah. Rm5.90
Nasi ayam untuk abang & abie. Rm 5.00

air limau utk babah. Barli untuk ibu. Dua2 adalah minuman berais. Memang x reti hujan2 pon nak minum ais. =_=

Setangah jam jugak kat situ. Next nak jalan2 bakar lemak sambil cuci mata. Yeay!
Terus tuju ke fitness concept. Ini cita2 sejak bulan lepas. ;p


Mau beli ini. Perut sudah membuncit bagaikan juara. Nak wat sit up la kasik cun semula. :)


Budak kecik ni pulak siap melompat turun dr troli sbb nampak bola besa ni.

Nak beli ke tidak ye?

Lepas tanya2 hubby terus tuju ke kaunter....


Nah.. Dh bayar pon. Ripleys believe it or not. Memang siyes nk kuruskan perut ni.

Lps tu pusing bahgian kanak2.xde nak beli apepon. Sampaila hb panggil...

Kat tangan die ada longpant. Guess what,,

COLOUR BLOCK!

♥_♥

Lama dh carik untuk anak2. Kaler biru short pant dh ade.ni dpt yg longpant. Seronok la kan.

Rm69.90 sehelai.

Ada biru & maroon. Memang akan pilih maroon sebab shortpant aritu dh kaler biru.

Xl size utk farish. M size kite try kat fareeq. *berangan nak pakai same2*

Hb sangat sporting. Teman ibu yg super eksaited ke fitting room.

Untuk farish ngam je pinggang dia. Labuh sikit xpe. Kita lipat2 la kasi ngam.

Untul fareeq pulak. Pinggang kne ejas. Sampai ngam. Kaki pon lipat 2x.

Ok kan kalau camni? Boleh pakai lama sikit. Ecewahhhh~ sebenarnya ni kalau dihalang pon memang xjalan dahhhh ~_~

Lagi sekali tayang muka kiut kat hb.

Mohon sponser. Mau ini mau...

Babah kata no way. Sengih je. Redha. G kaunter terus baya. Maka 'rongak' la bajet ibu nak beli terubuk masin kat sarawak. ;p

Dr bp mall....
Ke carrefour pulak. Ye kami kalau jalan x terancang memang macam ni jadinya.

Kat carrefour xde la membeli sangat. Beli susu abie je. Ok la murah 10sen dr harga selalu. *sedapkan ati sendiri dr x beli apa2*

Dr situ terus gerak balik kluang. Farish dh 'hanyut'. Abie pon xlama lepas tu.

Ibu pon kejap2 terlentok. Alih2 dh sampai kluang. Lapa la kan hujan2 ni. Maka ibu volunteer belanja makan arini. Then babah pon terus je drive, sampaila.....


Memang die pandai menggunakan offer yg diberi. Sekali mcD die pegi.=_=

Fariah yg tido kena kejut memang gedik la die. Nak berdukung bagai. fareeq je senang. Kejut terus bangun. Good boy.


Dapat fries & mc ciken terus abie x sudi kat bubur mcD. Abang farish yg perabih semua. Ohhh la abie,dh pandai demand.

Farish mengendeng kat funfair blkg mcD ni. Dr aritu dah dia tanya bila nak gi.

Balik rumah dulu. Ibu, farish g funfair! ;)

Sunggoh la ibu gayat naik buai yg besa gabak tu. Tapi sebab abang nak, ibu beranikan aje la. 2 game je kot kitorang main? Hahahah...

Janji dh pegi. ^_*

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati