Thursday 7 February 2013

minyak ajaib yg mesti ada dekat rumah kami

assalamualaikum

dah sampai ke penghujung minggu pertama bulan februari. Jumaat. masa memang cepat betul berjalan sekarang ni kan. Bulan februari jugak la bulan yang bakal menambah setahun lagi usia diriku. :)

pagi tadi rutin macam biasa. Cuma terlewat bangun, so kelam kabut la. kena pulak farish buat peel. semua nak ibu. stress sekejap!

pecut laju2. singgah kedai makan tempat mak keje ambik botol air farish yang tertinggal semalam. lepas tu tapaukan karipap untuk dia. kesian pulak x breakfast nanti. sambil ontheway tu, tazkirah jumaat sikit kat dia....

"Abang jangan la macam tadi. Kan abang nak sekolah, ibu nak kerja. Ibu tak suka marah2 abang, sebab ibu sayang abang. Lain kali jangan buat lagi.."

Ibunya sebak tetiba. :'(

farish diam. fahamla tu agaknya. 

Perut la pulak meragam. Dari semalam macam ni. Nak membuang tapi x buang. Angin satu badan la.

Hantar Farish school. Breakfast kat kedai mak dengan Zu. makan roti canai jek. Zu pulak makan mee goreng. tetiba perut buat hal.

Meremang dah bulu roma. Seram sejuk badan. Aiseyman!!!!!!!!!!!!!!

memulas x hinggat dunia. Dengan muka seposen tumpang toilet. Tapi tu la masalahnya. rasa ade, hasil tiada. Seksanya jiwa dan raga. *picit2 perut*

Masuk kereta terus bukak handbag. Nasib la penyelamat di saat2 getir ni memang dh standby baik dlm beg. 

TARA~~~~

MINYAK AJAIB
Tuang kat tapak tangan. Lagi banyak lagi best. *tapi jangan buat cenggini kat baby, melecur perut baby tu nanti*

cepat sapu kat perut yang gedik tu. kejap sakit kejap tak. Tak kuasa nak layan tau. Nak kerja pon x feel. *_*

Lepas sapu, rasakan nikmatnya. Perut berangin jek. Best. Dalam masa kurang setengah jam lepas tu, pembuangan menjadi lancar. syiok!!!!!!!!

Terus sakit perut tu hilang sama sekali. Keluar toilet dgn muka lega. :p

Sebenarnya dah lama guna minyak ni. Sejak dapat baby dulu. Cuma amsa baby betul2 baby tu x la sapu minyak ni. kami beli minyak yang 'lebih sopan' sikit kepanasannya.

MINYAK TELON
Kitorang guna yuyi sapu kat tapak kaki baby je. Sebab xnak kasi masuk angin. Cu yang masa tu kerja kat butik baby bukan main marah bila nak sapu minyak yuyi kat dada baby. Panas katanya. So dgn baik hati cu sponser beli minyak telon ni banyak2 kat baby. Ok gak bau minyak ni. Sedap mcm nak minum. :)

Bila baby dah x berapa nak baby. Umur dah setahun lebih, ibu sapu la yuyi ni kat perut anak2 lepas mandi. Cuaca sejuk je sapu ni. Kat perut, betis, tapak kaki. Tapi xla sapu banyak mana pon. Asal rasa berangin je.

Bertahun lepas guna yuyi ni, keluar pulak isu bilamana ada pihak yg mempertikaikan status halal minyak ni. gulp!

Kenapa ek orang MALAYSIA ni suka buat gempak dgn hal2 serius macam ni lepas bertahun lama. Orang yang dulu2 guna minyak yuyi ni pon dah besa panjang. Kalau dibuat bancian entah dah berapa ribu orang yg guna minyak ni. 

Terkilan. Bila isu ni timbul, akan ada yag was-was. Nasihat saya, kalau was2 tak payah la guna. Untuk saya pulak, lepas je JAKIM keluarkan kenyataan yang minyak takde bahan haram tu saya guna je macam biasa. 

Minyak ni memang terbaik. Perlu ada untuk saat2 kecemasan macam harini. Sekarang baru boleh kerja dengan tenang. Tapi baru je nak kerja tak jadik la,sebab tengok jam dinding ni:

Eh, dah 11.15 pagi la. Out dulu nak jemput putera kecik saya. 

Saya suka hari jumaat kerana.............
BOLEH REHAT LAMA-LAMA TIME LUNCH.

k bye! :)

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati