Sunday 24 August 2014

Maaf, kita tak sama

Assalamualaikum,,

Harini, ahad yang mendung. Petangnya hujan turun, berpanjangan mencurah bumi.

Balik je dari kerja tadi, aku dah bergolek atas sofa. Kepala ni ligat berfikir. Sendiri n senyap-senyap je melayan emosi.

Mengeluh.

Lepas isyak ni, ada majlis hariraya staff opis. Dari awal pagi tadi semua persediaan dibuat. Meriah nampaknya. Aku, pemerhati dari jauh saje.

Satu pejabat diundang, aku pon tak terkecuali. Tak mahu berburuk sangka, dah diundang pun dah cukup pada aku. Lagipun, aku dah bayar bahagian untuk keluarga aku. Rm20. Boleh je kalau nak aku halalkan macam tu je, tapi tula yang buat aku pikir 48jutakali.

Huhuhuhu..

Aku tak la berkira sangat pasal bayaran tu. Apelah sangat nilainya tu berbanding niat sebenar aku nak tengok kemeriahannya bersama-sama.

Dari pejabat membawa ke rumah, aku makin tak keruan. Nak pergi ke taknak.

Alhamdulillah, husband yang awalnya tak hingin nak pergi tiba-tiba berubah hati.

Lega.

Sekarang pokok pangkalnya niat. Dan aku memutuskan, aku akan pergi.

Walau mungkin kehadiran aku mencacat suasana. Memberi mood tak berapa baik pada yang lainnya, aku pasrah. Sehabis pasrah.

Tapi sejujurnya, aku mengharapkan semua tu cuba akal jahat aku yang membisikkan ragu. Yang mengundang curiga pada mereka, walhal mereka tak apa-apa. InshaaAllah.

Aku bukannya nak menjamu selera sangat. Apalagi nak merasa 'grand' nya majlis itu. Aku memilih untuk pergi, kerana aku berharap disitu bermulanya sesuatu yang baik setelah semua yang tak baik antara kami.

Siapa tahu, berkat syawal yang masih berbaki itu hadir buat aku dan juga mereka.

Terserah kalau aku kelihatan tak tahu malu, muka tembok, atau apa sahaja gelaran yang nak diberi. Hakikatnya aku ikhlas, nak mengakhiri kemelut antara kami. Tak penting lagi siapa yang bersalah, walaupon pada mata kasarnya aku tak pernah mengganggu kehidupan dan urusan mereka. Aku cuba lagi menyedapkan rasa....

Aku manusia biasa. Yang imannya senipis kulit bawang. Mungkin ada khilaf yang mengundang benci mereka. Dan kerana aku terlambat menyedari semua itu, aku tekad memulainya sekali lagi.

Bertabahlah hati menunggu waktunya tiba.

Aku tak sempurna, tapi akan aku cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya. Aku rela dijadikan bahan untuk berkata buruk, tapi aku usahakan tak melakukan yang serupa kepada kamu. Biar sesakit mana pengkhianatan itu, aku redha. Kita memang tak sama dan takkan pernah sama. Bila aku diuji begini, aku masih mampu tersenyum. Kerana aku pasti, Allah kan ada.

;')


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati