Friday 10 October 2014

Jika itu takdirnya

Assalamualaikum,,

Berapa hari tak update dah. Slow jek rasa ni. Dugaan dari Allah, sekecil mana pon mesti terasa berat nak dilalui.

Rabu lepas, rumah ayah kena pecah masuk. Tengahari tu baru dapat makluman dari jiran depan rumah. Rupa-rupanya dah 2hari dipecah masuk baru kami maklum.

Masa dapat berita tadi, kitorang semua kat rumah cu. Tengah tunggu mak siap masak. Lepas dapat berita tu terus hilang kejap rasa lapar, membayangkan apa la agaknya yang jadi kat rumah & apa la yang hilang rasanya.

Berdebar sepanjang perjalanan tu. Aku, ayah, cu & isha je balik tengok rumah tu. Dan seperti yang kitorang dah rasa, tv dah takde kat tempatnya.


Aku tau ayah sedih gila. Tv sebesar tu kena sapu dengan penyangak. Tapi apa lagi nak aku katakan, selain buat-buat pujuk ayah supaya bertabah ajelah..

Ayah redha. Walaupon die ralat sebenarnya, tv tu dia beli dgn duit kwsp dia dulu. Konon nak bersenang lenang kat rumah sambil hadap tv besa. Huhuhuhu~

Bak kata ayah,
Rezekinya sampai sini je. Nanti kumpullah duit beli tv baru. Tapi memang tak sebesar tu lagi la. Janji ada tv.

Lepas tu kitorang check kalau-kalau ada barang lain yang hilang jugak. So far nampaknya tak ada. Tapi memang semua laci digeledah, kain baju dihambur keluar. Bersepah atas lantai. Tabung duit pon hilang. Tapi rasanya tak sampai berapa ringgit pon dalam tu.

Hmmmm...terima kasih si pencuri.






Diorang masuk dari tingkap belakang, kelua ikot pintu depan. Sebab sah-sah tv besar tu tak muat keluar ikut tingkap ni.


Ni kesan cubaan si pencuri pada tingkap yang lain. Tingkap tepi rumah. Tapi kenapa tak jadi masuk ikut sini, aku tak tau.

Aku bawak ayah pegi balai polis, buat report. Sejam lebih jugak kat sana, masa tu la baru terasa perut aku lapar gila. Isha pon mengamuk dah tido, nasib baik makan pujuk raya bila dikendong boleh tido.

Lepas polis datang tengok keadaan rumah, laki cu pon sampai. Lega. Akhirnya ada pon lelaki sebab aku dua beradik memang dah blur taktau nak buat camne kat tingkap yang melopong tu.

Dia tutup sementara pakai pintu stor. Siap berpaku. Bayangkan kalau dia takde, mampukah aku memaku nya? Huhuhuhu~

Selesai semuanya, kitorang balik ke rumah cu. Esok datang lagi kemaskan rumah tu. Sejak ayah dah kerja, mak duduk dengan adik ni rumah tu memang nampak tak terurus.

Kalau orang tengok dari jauh pon orang tau rumah tu takde penghuni. Sebab tu la si pencuri tu berani masuk agaknya.

nasib baik takde sesiapa kat rumah masa tu. Takde sesiapa yang cedera juga.

Kepada pencuri tu,
Tahniah atas kejayaan kamu,
Kami sekeluarga redha dengan bahagian ujian ini,
Mungkin juga Allah mahu menggantikan sesuatu yang lebih baik pada kami,
Atau mungkin juga itu sebagai peringatan dari Dia supaya kami tak terleka dengan nikmat dunia,
Apepon, kita jumpa di akhirat nanti.

Wasalam.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati