Wednesday 1 October 2014

Minyak naik harga lagi?

Assalamualaikum

Time aku menaip nih, perasaan aku bercampur baur. Stress. Bengang. Semua ada.

Naik lagi??

Dalam pada rakyat mengharapkan berita gembira menjelang bajet bulan ni, sebaliknya dapat kejutan pulak dihari pertama bulan baru.

Kalau AF penuh kejutan,
Kerajaan Malaysia lebih lagi.
Dan semestinya lebih tragis dari AF tu

Kalau yang berpendapatan besar pon rasa terbeban, apa lagi kitorang yang cuma staf sokongan je.

Gaji bulanan dapat harini, esok lusa langsai dah. Semakin jaoh peluang nak menyimpan tabungan tu.

Secara tak langsung mengiyakan semua anggapan rakyat bahawa GST bakal membawa kepada kenaikan harga yang melampau-lampau. Kalaupon disangkal berkali, mustahil mereka nak percaya lagi.


Rakyat tak berapa bodoh sangat la


Ok-ok, ni cerita harga minyak ron95. Naik lagi 20sen. Memang nampak macam sikit, tapi cer kira semula, agak la besa bezanya tu.

Sasau kejap.
Nak kelua isi minyak ke tak ek? Macam la esok lusa tak reti kering tangki minyak tu kan? Tapi kalau isi harini, at least dapat menikmati liter-liter terakhir untuk seminggu ni. Penjimatan la sikit kat situ.Lepas tu, lain punya cerita la.

Bila masuk bab bebanan kenaikan harga ni, ada pulak yang cakap tak bersyukur sebab negara kita masih lagi bertuah etc.

Bolayan.

Gaji takuk tu jugak, belanja semua makin besar. Menjadik jadik besanya. Ya Allah, semoga Engkau mencukupkan keperluan aku sekeluarga. Permudahkan segalanya, murahkan rezekiku, berkati la rekeziku.

Dan malam ni, bermulalah pesta kat pam-pam minyak di malaysia. Ratusan ribu kenderaan mungkin tengah berbaris mengisi tangki-tangki sambil mengucapkan terima kasih atas segalanya.

Dan esok,
Bersedialah untuk satu lagi perubahan.
Kenaikan yang tak mampu dinafikan lagi.
Kalaulah semua ni hanya mimpi.......









Adios~
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati